Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dara

Sosial Media yang Gagal ke, Awak yang Gagal?

Imej
“Gadis dirogol lelaki yang ditemui dalam facebook” “Anakku dilarikan rakan facebooknya” “Jejaka kasanova mencari mangsa dalam Facebook” “jerat facebook mamat Afrika” “Hilang dara kerana Facebook” “Facebook membawa kepada keruntuhan akhlak” Apa lagi? Apa lagi? Banyak betul kisah pasal Facebook dan gadis yang tertipu cinta ni. Daripada guru, selebriti, ustaz, hinggalah menteri semua sibuk membincangkan isu ini. Sampaikan media cetak, dan forum dalam TV juga membincangkan isu yang sama.  Sehinggakan ibu bapa zaman sekarang cepat mencegah anak-anaknya daripada mencari jodoh dalam Facebook. Bahaya, banyak penipu katanya. Apakah benar Facebook ini satu alat yang kejam dan membahayakan? Yang direka khas oleh Zuckerberg dengan hanya keuntungan di minda tanpa memikirkan natijahnya kepada anak gadis seluruh dunia? Cukup tinggi kebencian golongan bukan-muda (cara sebut yang lebih berhemah) kepada laman sosial Facebook.  Tapi betulkah ia salah Facebook, atau salah...