Tips Cinta Lahanat #1 (Warning NSFW)
Aku ada nafsu. Kau pun ada nafsu. Semua orang ada nafsu. Tidak kiralah nafsu makan, nafsu serakah, hawa nafsu mahupun Ahmad Nisfu. Nafsu itu perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kau ada pasangan hidup. Kau mahu pasangan hidup. Siapa tidak? Ya mungkin kau akan cakap benda- benda seperti "aku cinta dia kerana aku tertarik dengan hati budinya" and so on, tapi aku yakin perasaan itu tidak datang tanpa sedikit atau banyak tarikan seksual. Setuju? Raut wajah yang cantik, rambut ikal mayang, pipi yang gebu, pinggang yang ramping, itu semua attributes fizikal yang subjektif yang menyumbang kepada tarikan sexual. Bernafsu. Bernafsu tatkala melihat seseorang yang mempunyai ciri- ciri fizikal yang subjektif tadi. Jadi kau mulakan langkah pertama. Mesej teks yang pertama, email yang pertama, apa- apa sajalah yang pertama, dan kemudian pertemuan muka ke muka pertama. Rupa parasnya lebih menarik daripada dalam gambar. oh damn. kau semakin bernafsu. uhh uhh (sengaja tambah sound effect)...