Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel erra fazira

Tips Cinta Lahanat #3 (Cara Memancing Lelaki Kuat Pancing)

Imej
1) Cari gambar awek cun. - Jangan gunakan gambar artis atau celebriti. - Digalakkan untuk menggunakan gambar sepupu atau dua pupu yang tiada facebook. - Pastikan betul- betul cun. Macam ni. (Kalau ada gambar cleavage tu kira bonus). 2) Beri nama palsu yang cun untuk gambar awek cun tadi. - Contoh: Amy Anjelina, Amelia Syaraidah Fonseka Binti Atan, Elena Reeney, Alexia binti Kunju Mohideen, yada yada.. - Jangan gunakan nama samaran yang tidak masuk akal seperti The Poyo Me, Bukan Penggoda, mahupun nama- nama ganazz seperti Hellioz dan nama- nama muntah seperti Qeyla Dax Cumey atau Amy Tex Besaq. Seriously. - Oh lupa, Jika gambar awek cun tadi muka ala- ala Caucasian, Omputeh mahupun Yahudi, boleh tambah nama seperti Cullen dan Swann. 3) Buat 1 akaun facebook untuk Awek cun tadi. - Jika ada masa terluang macam aku, cuba isi profil facebook seperti filem kegemaran, artis kegemaran, bla bla dan paling penting, letakkan status "single" dalam facebook. 4) Add pengguna facebook lain...

Jangan Marah Orang Beli Kondom.

Imej
Ada tengok OhBulan punya page tak? Ala yang pasal iklan HIV itu. Marah betul semua orang dengan Sazzy Falak sebab dia minta orang pakai kondom. time kaceh kat ruumz.com dan Ohbulan.com Eh, die minta je. Bukan dia galakkan seks bebas. Kalau aku pun, aku jumpa anak muda beli kondom, aku tengokkan aje. Tak kasi dia beli? Kalau tak bagi dia keluar kedai, buat jugak. Baik bagi aje kan. Oh marah ke mak ngah? Hakikatnya bukan aku menyokong seks bebas. Seks bebas tu salah, sangat salah. Tetapi jangan dibiarkan mereka tambah satu lagi salah dengan menyebar HIV. Satu dosa berzina, satu lagi dosa kerana menyebarkan penyakit berbahaya. Dan tu belum dosa kalau ada anak dan anak itu terbiar. Cuba tengok di negara kita. Berapa persen orang Melayu yang buang anak? Berapa persen orang melayu yang kena AIDS dan HIV? Banyak tak? Kenapa kaum lain tak banyak? Kondom ke? Ke mereka tak buat seks langsung? Hakikatnya masyarakat kita dah cukup benar menasihat tentang seks bebas ni. Pum-pang-pum-pang (...