Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel self-image

Virgin-O-Meter

Imej

Tujuh Puluh Tujuh Perpuluhan Lima

Imej
“Apaaaa….naik lagi TIGA?” Hayley menjerit sakan. Dia hampir terlompat daripada skala penimbang digital itu. Ah, adakah salah kalibrasi? Ah, tak mungkin, baru semalam sudah setting. Diperiksanya bateri. Elok lagi. Lalu dia naik. Kemudian dia melangkah turun, kemudian naik semula. Turun, naik semula. Betul, nombornya memang betul. Memang sah, sudah naik berat badan. Tidak! Getus Hayley dalam hati. Tambah lagi tiga—dengan ketinggiannya 5’ 4’’, sungguh tak sesuai. Dia tercari-cari apakah salahnya. Senaman? Memang tak pernah tinggal. Diet? Memang terjaga. Dah berapa kurun tak datang ke McDonalds dan KFC. Tapi—ah! Coklat! Semalam, sepupunya Cassandra datang ke rumah. Dia hulur coklat Belgium. Tanpa berfikir panjang, Hayley menelan sebungkus. Hyaley duduk bergulung di hujung katil. Perasaannya cukup down sekali. Air matanya bergenang. Malu! Malu sudah naik berat badan. Hodohlah rupa diri selepas ini. Macam taknak pergi kelas la hari ni. Tapi dah lama pulak ponteng. Manakan tidaknya asyik t...