Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel parents

Seorang ayah yang terfaktab.

Assalamualaikum. Setiap anak perempuan pada hakikatnya adalah kesayangan dan kerisauan seorang ayah. Percayalah, tiada ayah yang tidak mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lagi-lagi anak perempuan. Dan makin meningkat dewasa seorang anak perempuan, kerisauan seorang ayah semakin menebal. Demi memikirkan siapalah yang bakal mengambil alih tanggungjawab menjaga amanah sepenuhnya ke atas anak perempuannya, seorang ayah yang selain makin memutih rambut di kepala, rasanya juga makin menyesak dada. Dan apa yang sedang berlaku pada aku masa ini adalah apa yang juga dilalui oleh anak-anak perempuan lain. Aku membesar sebagai anak perempuan tunggal yang jika mengikut gejolak jiwa seorang remaja, aku acap kali memberontak. Mahukan ini, tapi ayah mahukan itu. Tidak mahukan itu, tapi itulah yang dimahukan ayah. Apa yang aku rasakan sering sekali bercanggah dengan kemahuan seorang ayah. Tapi sebagai seorang anak yang menggelodak jiwanya, segala kemahuan ayah sering aku anggap sebagai...

I got it from my momma.

Salam semua. Hai, saya lagi, Ze Bent Penzel. Asyik-asyik saya je kan? Well, hari ni saya nak mencapap sikit. Nak buat perutusan selamat ulang tahun kat mak ayah saya. Eh, sukatilah, saya kan author jugak. Ada hak buat post merepek meriban. Ah, tak adalah! Sebenarnya, sempena ulang tahun mereka, saya ingin menulis sedikit-sebanyak ilmu percintaan dan perkahwinan yang saya belajar dari mereka. Sesuailah dengan tema definisi cinta infiniti. So here are the things that I learned from them : 1) Couple before marriage, they do exist . Jadi anda semua expect bila saya bercerita tentang kisah cinta ibu bapa saya, saya akan sebut tentang "pakcik/makcik kampung sebelah datang meminang, mak tak pernah jumpa muka dia, terus kahwin blablabla,bahagia ke anak cucu blablabla..." well, no. Ibu dan bapa saya sama seperti kebanyakan anda--belajar di universiti, bertemu semasa belajar, terpikat pandang pertama, minta nombor dorm (dulu mana ada hanset), berutus surat, outing hujung minggu kelu...