Seorang ayah yang terfaktab.
Assalamualaikum.
Setiap anak perempuan pada hakikatnya adalah kesayangan dan kerisauan seorang ayah. Percayalah, tiada ayah yang tidak mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lagi-lagi anak perempuan. Dan makin meningkat dewasa seorang anak perempuan, kerisauan seorang ayah semakin menebal. Demi memikirkan siapalah yang bakal mengambil alih tanggungjawab menjaga amanah sepenuhnya ke atas anak perempuannya, seorang ayah yang selain makin memutih rambut di kepala, rasanya juga makin menyesak dada.
Dan apa yang sedang berlaku pada aku masa ini adalah apa yang juga dilalui oleh anak-anak perempuan lain.
Aku membesar sebagai anak perempuan tunggal yang jika mengikut gejolak jiwa seorang remaja, aku acap kali memberontak. Mahukan ini, tapi ayah mahukan itu. Tidak mahukan itu, tapi itulah yang dimahukan ayah. Apa yang aku rasakan sering sekali bercanggah dengan kemahuan seorang ayah. Tapi sebagai seorang anak yang menggelodak jiwanya, segala kemahuan ayah sering aku anggap sebagai ayah-memang-tak-faham-jiwa-anak.
Bohong kalau aku katakan aku membesar dengan langsung tidak membetah kata ayah. Sampai satu tahap jika difikirkan balik, boleh jatuh hukum anak derhaka aku ni. Tapi, syukur Tuhan masih sayang. Diberi kesempatan untuk aku sedar sebelum ayah pergi tanpa sempat aku tagih kata ampun.
Dan pada tahap sekarang, kerisauan ayah terhadap aku adalah tentang calon suami aku. Walau ayah tak pernah bersuara secara terus dengan aku berbicara soal pilihan hati dan sebagainya, tapi aku tahu jauh di sudut hati ayah sebenarnya bimbang melihat keadaan aku.
Satu stigma yang perlu masyarakat kita perbetulkan adalah; Kahwin bukan pengukur kegatalan.
Kalau nak kata bila anak nak kawen dianggap gatal, gatal lagi orang yang gasak bercinta tapi taknak kawen. Dan dalam kes aku, bukannya aku yang beria gatal sangat nak kawen. Secara jujurnya, aku masih belum punya calon untuk diangkat sebagai suami. Dan dah lama aku terapkan dalam diri sendiri untuk mengikut kata ibu dan ayah, termasuk pilihan suami. Tambahan pula, aku sendiri tiada calon.
Jadi, untuk keadaan ini, seorang ayah (baca: ayah aku) risau dengan keselamatan hidup aku dan akhirnya berkata pada ibu jika ada calon yang sesuai, kawenkan dia dengan aku. Kiranya ayah aku yang gatal ke sebab nak kawenkan aku? Tak kan. Kalau nak kata aku gatal pun tak adil jugak, sebab bukan aku yang mintak nak kawen. Calon pun takde kot.
Yang sbnanye seorang ayah yang tahu tentang pancaroba kehidupan mengharapkan ada lelaki yang dapat menjaga aku kerana dia juga tahu bahawa hayatnya tak lama untuk terus menjaga aku seumur hidupnya. Ayah takut aku terjerumus dalam perkara yang tidak-tidak, lalu dia mahu aku dikawenkan. Bukan dia cuba lari dari tanggungjawab, tapi dia mahu tahu aku selamat dalam jagaan seorang suami.
Ibu pernah cakap, aku ibarat berada di bawah bukit dan ibu ayah sudah pun berada di puncak bukit tersebut. Apa yang ibu dan ayah nampak dari puncak bukit tersebut aku hanya mampu pandang secara sama rata kerana perkara tersebut telah pun dilalui oleh ibu ayah tapi tidak aku.
Aku memandang lelaki untuk dibuat calon suami dengan ayah sebagai benchmark. Susah nak cari lelaki yang betul-betul mahu bertanggungjawab ke atas kita. Sebab tu usaha dan doa kita kena selari. Tahap kebergantungan yang tinggi kepada Tuhan adalah perlu. Kerana kita hanya hamba yang mampu meminta tapi Dia yang punya kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Pernah seorang teman berkata alangkah bertuahnya aku mendapat ayah seperti itu, yang mahu jaga aurat anaknya, mahu jaga batas pergaulan anaknya, mahu jaga anaknya serba serbi. Kerana katanya, ayah dia tak pernah menghalang baju apa pun yang dia nak pakai sedangkan aku, baju sentiasa hendaklah dilabuhkan. Kata-kata dia membuatkan aku berfikir. Lama. Dalam.
Lalu, aku keluarkan satu kenyataan; Kenapa kita suka nak sesuatu yang kita tak punya? Sebab kita belum tahu apa rasanya jika kita punya sesuatu tersebut. Dan kenapa kita susah nak hargai apa yang kita punya? Sebab kita belum pernah rasa kehilangan apa yang sudah kita punya.
Jadi buat ayah yang sedang terfaktab, maafkanlah anakandamu ini. Sesungguhnya apa yang aku ingin lihat adalah senyuman dan hati ayah menjadi tenang. Kahwinkanlah aku bila-bila masa kau sudah bersedia melepaskan aku daripada tanggunganmu. Hanya anak yang terfaktab memahami ayah yang juga terfaktab.
Annyeong~
Ulasan
truly
deeply
lovely
sampai sekarang pun anak ayah ni masih tanya ayah bila sampai bab hati-perasaan...
Tak apalah, ayah
Sampai masa nanti, kakak kahwin juga. InsyaAllah
aku anak sulung dan tunggal perempuan... aku la racun, aku lah penawar, dah aku je sorang anak perempuan yang dia ade,
aku ade kisah tragik yang buat ayah aku cuba untuk tersenyum depan aku, dan aku cuba senyum palsu supaya dia boleh senyum palsu jugak pada aku, ya.......kerana aku sayang sangat2 ayah aku, kerana setiap nafas dia yang ada kini sangat berharga untuk aku, kerana aku mahu menebus segala kekecewaan yang dia tanggung kerana aku.
" Ayah, sampai masa nanti, akak da jumpa pengganti, akak kawin ok, jangan risau, anak ayah ni laku, terhangat di pasaran..... "hehehheheheh
Tapi makin masa berdetik. Keadaan berubah. Dulu aku dengan abah kamcing. Sependapat. Sekarang asyik tak sependapat je, akhirnya dua-dua akan ended up terasa hati.
Normalkah itu?
Bila nak masuk fasa baru, kenapa kami berdua berubah dah tak kamcing?