Oh Lelaki Oh Perempuan 3.0



Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan tu pandang hati
Jadi kau siap-siapkan lah diri
Dengan harta berguni-guni
Dah kau sendiri nak muka macam Angelina Jolie
Maintanance tinggi
Setakat pakai kereta Kenari
Makwe kilang sekarang pun demand tinggi
Mintak-mintak perempuan gini dapat dijauhi.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki berperangai setan
Masih ada yang siuman
Yang jenis tak pandang kau punya cutting badan
Yang prefer muka keibuan
Jadi tak payah la kau asyik nak buat perbandingan
Muka kau dengan Emma Stone bagai langit dan lautan
Jadi jaga la perangai jangan jadi murahan.

Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan pandai luahkan rasa hati
Jadi kau tengoklah kanan kiri
Mana tau hint-hint dah diberi
Jangan lah kau asyik buat tak reti
Makwe sakit hati pun kau boleh lepak Ameer Ali sampai pagi
Siap pulak kau bermention-mention dengan Nani, Hani, dan Abby Abadi
Nanti aku takut kau makan kaki
Baru kau tahu erti hidup ini.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki jenis yang kau idamkan
Jenis apa kau mintak semua dia lambak penuh satu taman
Kau ni pun beragak agak lah kan
Kerja baru nak masuk 3 bulan
Kau dah mintak cincin berlian
Kau ingat kau kawan dengan jutawan?
Atau anak Sultan?
Come on la, pakwe kau tu pun tak cukup makan
Siap paw kau hujung bulan.

Perempuan oh Lelaki
Harap kau semua mengerti
Hidup bercinta tak manis hari-hari
Ada masa orang akan pergi
Ada masa kau sendiri lari
Harap kau tak makan diri
Harap kau tak rabak serupa ada orang mati
Setakat baru bercinta 3 bulan dah sampai nak bunuh diri
Kau nampak aku punya kaki?



p/s: Ini nukilan terakhir dari ER di Terfaktab. Dengan ini aku mengundur diri dengan menyusun 10 jari, semoga kata-kata kesat, sinis, dan kurang menyenangkan dapat di maafkan. Sekian, terima kasih. 





Ulasan

TheBentPencil berkata…
Aku baca ni dengan suara ko reen. Wah gego jugak jantung aku. Kakaka
sheAYANG berkata…
Nice one.
Selamat bersara, ER.
Bersara ke?
nhdaughter berkata…
aku suka ni,terbaik XD
mr E oSk girL berkata…
nice one...awesome!!
aLEEamanina berkata…
Masterpiece terakhir yang HEBAT!!

Semoga ketemu lagi, ER
danny_nrc berkata…
nak akak tibet kembali... ehhhhh

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.