Jauh
Ku utus surat cinta ini kepada kau yang jauh.
Hatiku meronta kerana satu perkara. Kau mahu aku lepaskan kau pergi.
Gesekkan viola pada kali pertama kita bertemu. Kau dengan kemerduan suara. Aku dengan viola ku. Kita dendangkan lagu tentang janji cinta kita bersama. Pada setiap bait-bait yang dinyanyikan. Pada setiap melodi yang aku hasilkan. Tertulis satu makna ringkas ;
Kita sedang jatuh cinta bersama.
Tahun kedua kita bersama. Masihkah kau ingat sewaktu aku mengalunkan organ lama di rumahmu dengan lagu tentang betapa bermakna kau di sisiku selama ini? Kau menyanyikannya. Aku mengiringinya. Kita duduk sebelah menyebelah dan bermain organ bersama. Dari lagu kisah lama kepada lagu hilai tawa. Kau dan aku percaya pada satu makna ;
Kita akan terus setia bersama.
Bila aku datang kepadamu dalam kering kontang. Kau isikan dengan kasih sayang. Bila kau datang kepadaku dengan seribu permasalahan. Aku isikan dengan jalan penyelesaian. Apakah itu bukan saling lengkap-melengkapi? Aku suka begini. Dan kita harus kekal begini.
Namun semalam kau mengatakan sesuatu yang membuatkan ku dirundung kekecewaan. Hanya kerana aku. Kerana aku mahu lebih jauh jadi yang terbaik untuk mu. Kau katakan kau tak mampu hidup di sisiku dan kau mahu aku melepaskan kau pergi.
Seandainya.
Kau kata seandainya.
Antara kau dan impian.
Aku perlu pilih.
Dan aku tidak mahu memilih.
Aku mahukan kau dan impian itu dalam gengamanku.
Tunggu aku sayang, I love u.
- end
Ulasan
pernah kamu gapai :)