Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel harapan

Komplikasi sebuah harapan.

Jujur, untuk mencinta atas dasar harapan semata bakal buat kamu kelihatan seperti seorang yang bodoh. Tapi ironinya itu, karena kalau bukan dengan datangnya yang nama harapan, kamu nggak akan pernah berani mencinta bukan?  Lantas ini datangnya soal cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta dari satu sisi. Cinta yang cuma kamu yang mau, tapi tidak dibalas. Ada yang akan berkeras untuk menunggu, dan akan ada juga yang akan putus asa. Harapan, bisa jadi satu kesempatan tapi bisa juga jadi satu kekejaman.  Satu ketika saya pernah percaya kalau harapan itu akan mematikan dan melumpuhkan hati seorang manusia. Dan saya mengambil keputusan untuk tidak lagi percaya akan semua apapun omongan (baca: percakapan) manusia yang berlainan gender. Bahkan sampai sekarang, saya masih lagi awas, masih lagi berhati hati atas semua yang mereka ucapkan, karena (mungkin) masih tersimpan rasa takut untuk menggantungkan harapan ke orang yang salah.  Kita semua pernah dimatikan gara g...

PHP

Halo. Sekarang udah selesai tugas kuliah, jadi ijinkan saya tulis di sini lagi ya. Oh sebelum saya mulai, gimana review tentang Kitab Terfaktab 2. Udah dibeli belum? Kalau belum tinggal klik bagian merah di atas. Langsung nanti bukunya sampe di depan pintu pagar (yah itu pun kalau ada pagar).  *** Saya akan bicara tentang PHP. Tidak saya tidak lagi bicara tentang partai politik. Ini tidak ada hubungannya sama sekali dengan gerakan Bersih. Blog ini bukan blog bersih. Blog ini blog merah, blog cinta. Blog hati dan rasa. Ga ada warna kuning sini, yah kecuali kalau hati anda bernanah (euw).  Kalau di negara seberang, PHP itu kata singkatan buat Pemberi Harapan Palsu. Sebutannya (pey-ha-pey). Buat manusia manusia yang suka menghempaskan golongan hati hati yang cenderung lemah. Buat orang orang yang tau bagaimana mengangkat tinggi seketul hati dan membantingnya sepenuh hati di tembok batu. Dan saya percaya ada antara kalian yang pernah menjadi PHP, bahkan mungkin ada ju...

i am a woman

Imej
There is a woman behind every success man, and there is a jerk behind every strong and independent woman. indeed ! bak kata orang Bota.. lelaki, tanpa perempuan umpama padang pasir yang kering tanpa oasis. sedang perempuan itu diibaratkan seperti oasis, maka dengan adanya ia, tumbuh subur pohon-pohon tamar, padang pasir tidak lagi tandus, malah terbentuk pula sebuah kota, dihuni manusia pelbagai lapisan. [gambar: ihsan google - Huacachina Oasis, Peru ] perempuan menjadi inspirasi. perempuan sumber ilham. malah perempuan juga pencetus semangat. ecewahhhh !! tapi.. tapi.. tapi..  perempuan pula menjadi lebih-lebih berjaya kerana lelaki bejat.  sebab.. perempuan ni, kalau didakap kasih sayang lelaki yang benar-benar tulus, dia jadi manja. semua lelaki mahu buatkan. kalau sakit minta dikhabarkan. ada masalah, minta diadukan. kalau sedih, belum pun minta sudah dihulurkan bahu, siap dengan pakej sapu tangan berwarna biru.  kalau pun perempuan mahu...

Jika Tangan Terhiris Pisau.

Imej
Berikut ialah entri kiriman dari Shahirahkhairuddin . Sebuah entri yang menarik untuk kita fikirkan dan renungkan mengenai cinta. Terima kasih kepada Shahirah, love love love! Putus cinta. Ditinggalkan. Difaktabkan. Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun. Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masa...

Dari Pejabat Terfaktab 3 : DiGi WWWOW Contest

Imej
Cinta merupakan suatu kapasiti. Apa yang menyebabkan kita bercinta, adalah kerana kita tahu kualiti cinta itu sempurna, seperti yang kita idam-idamkan. Seperti yang kita bayangkan. Cinta itu memadamkan prejudis, cinta itu memaafkan, cinta itu memberi ketenangan seperti ketenangan di pagi syawal, dan cinta itu mengekalkan kewarasan kita bila kita gundah-gulana. Kadang-kala cinta itu mencederakan dan juga mengubati. Malah mencegah. Sudah banyak tangisan yang di dengari kerana cinta. Sudah banyak suara keriangan yang di dengari kerana cinta. Kerana cinta itu memenuhi dan mengurangkan. Ia tidak mengira warna, rupa, kulit, bangsa, agama dan masa depan. Cinta hanya melihat manusia. Cinta bukanlah Tuhan, tetapi ia merupakan kuasa istimewa yang Tuhan berikan kepada manusia. Cinta tak memerlukan pembalasan, apatah lagi penghargaan. Ia hanya memerlukan pengorbanan dan semuanya di berikan secara percuma. Di suatu saat nanti, kita akan lihat kuasa cinta itu mengubah sesuatu. Bukanlah mengubah d...

Deeper Conversation

Imej
My heart is taken. Even  if it's just for just a little while, I... Will enjoy every bits Of our deeper conversation.

Kau Anak Tunggal? Untunglah

Imej
Minggu Familyhood telah di tamatkan secara rasminya 15 April lepas. Pihak Terfaktab mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penulis dan pembaca yang sudi menjayakan minggu istimewa tersebut. Semoga kita semua mendapat input yang berguna dari minggu tersebut. Sebelum melabuhkan tirai, berikut ialah penulisan dari seorang pengirim bernama Atiqah yang mengirimkan penulisan beliau di e-mail Terfaktab. Selamat membaca dan terima kasih! " Kau anak tunggal, mesti kau selalu dapat apa yang kau nak ". Dari kecil sampai sekarang ni, bila orang dapat tahu yang aku ni anak tunggal, mesti diaorang cakap pasal benda ni. 22 tahun bernafas kat muka bumi ni, aku ada 2 identiti. Hidup sebagai seorang anak tunggal, dan juga hidup sebagai seorang anak yang ketiga dari 4 orang adik beradik. Zaman kanak kanak aku mewah. Mewah dengan kasih sayang dari ibu dan ayah, juga dari sepupu sepupu aku. Jarak umur di antara kami agak rapat, mungkin sebab itu aku lebih menganggap mereka sebagai kakak...

Biografi Ringkas : Terfaktab

Imej
Baiklah. Hari yang indah dan ceria di sulami sinaran matahari yang memancar di permukaan merah Marikh. Berterbangan debu-debu pekat berkandungan karbon dioksida. Tipis dan tajam, tidak sesuai untuk berkehidupan melainkan jika ada penanaman pokok secara konvesional. Aku sekarang berada di Marikh sedang tari-menari dengan ilusi yang aku cipta, mungkin selepas ini aku ingin bermandi-manda di gelungan Zuhal sambil menyalutkan diri dengan wap hidrogen. Panas bak sauna. Eh, lupa pula dengan motif penulisan kali ini. Tanpa membuang masa, aku ingin menceritakan satu jawapan yang selalu orang persoalkan mengenai sebuah blog yang menjadi tempat alternatif aku mencurahkan penulisan iaitu Terfaktab. Oh, sebelum itu. Biarlah aku berterus-terang bahawa untuk masa kini dan sehingga kini, terdapat tiga blog/web yang menjadi medan aku mencurahkan penulisan. Pertama, semestinya LensaRosak . Kedua, Terfaktab. Ketiga, sebuah blog deep aku mengenai hal-ehwal keagamaan dan kebencian aku pada politik koto...

Rumput-Rumput Cinta

Imej
Berikut ialah artikel-cerpen yang di kirimkan oleh penulis jemputan kita iaitu Sastra Suhadi atau di kenali sebagai Sastraboy . Enjoy! Dia sedang duduk mencangkung, di tangan kanannya tersisip rokok Marlboro Merah , masih menyala, sentiasa ada asap kelihatan terlepas dari hujung rokok itu. Di tangan kirinya, ada seberkas rumput. Hujung rumput itu diselaputi tanah, ada kelihatan akar berselirat pada gumpalan tanah yang melekat itu. “ Cabut rumput ke San? ”, aku berbasa basi. Dia buat bodoh, matanya masih pada rumput-rumput itu. Dibuangnya rumput yang digenggamnya tadi ke belakangnya, di situ, ada timbunan rumput lain. Habis saja mencabut seberkas rumput lain, dan membuangnya ke timbunan rumput tadi, dia berhenti. Rokok yang tersisip di celahan jarinya tadi, beralih tempat, kini di celahan bibirnya pula. Hitam saja warna bibirnya itu. “ Woi San!! Cabut rumput ke??! ”, aku jerit sikit, bagi dia dengar. Kemudian, dia selak rambut gondrongnya, terserlah headphone yang mendiam di telin...

Cinta Yang Agung Ialah Cinta Yang Dirakam Dalam DSLR dan Di Upload Dalam Vimeo

Asyik dengar cerita sedih je. Asyik terfaktab je. Sebagai boss Terfaktab, gua risau dengan perkembangan yang mematikan nafsu aku nak bercinta. Terencat air mani nak produce tau tak? Jadi, untuk happy-kan diri sendiri dan mungkin happy-kan hati korang. Kita berharap-harapan lah sikit yang sebenarnya cinta itu indah kalau kena gaya beb. Mari layan video yang sweet ini. Enjoy! Video Duan dan VV sebelum wedding diorang. (Aku tak kenal depa, tapi aku harap depa tak saman aku dah ler, hehehe) Credit to Radzi Zin Okeh, sekarang memang musim orang rakam love-love dalam video super lawa macam ni eh? Mesti lepas ni jadi trend dan ikutan korang plak kan? Sebagai kenang-kenangan, mana tau time bergaduh, bila pasang video ni boleh terdetik balik nak bersama semula ye dak? Nasib baik video ni makwe nya lawa dan pakwe nya kacak. Keh keh keh! p/s : Gua layan vimeo, apa barang 1tube?

Harapan Hitam Putih

Imej
Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.  Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap. Hope is for losers -Ez- . Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.  Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawap...