Dari Pejabat Terfaktab 3 : DiGi WWWOW Contest
Cinta merupakan suatu kapasiti. Apa yang menyebabkan kita bercinta, adalah kerana kita tahu kualiti cinta itu sempurna, seperti yang kita idam-idamkan. Seperti yang kita bayangkan. Cinta itu memadamkan prejudis, cinta itu memaafkan, cinta itu memberi ketenangan seperti ketenangan di pagi syawal, dan cinta itu mengekalkan kewarasan kita bila kita gundah-gulana.
Kadang-kala cinta itu mencederakan dan juga mengubati. Malah mencegah. Sudah banyak tangisan yang di dengari kerana cinta. Sudah banyak suara keriangan yang di dengari kerana cinta. Kerana cinta itu memenuhi dan mengurangkan. Ia tidak mengira warna, rupa, kulit, bangsa, agama dan masa depan. Cinta hanya melihat manusia.
Cinta bukanlah Tuhan, tetapi ia merupakan kuasa istimewa yang Tuhan berikan kepada manusia. Cinta tak memerlukan pembalasan, apatah lagi penghargaan. Ia hanya memerlukan pengorbanan dan semuanya di berikan secara percuma.
Di suatu saat nanti, kita akan lihat kuasa cinta itu mengubah sesuatu. Bukanlah mengubah dunia sepenuhnya, tetapi ia mengubah beberapa bahagian di dunia. Dalam masa yang sama, cinta itu bergerak mengubah persepsi manusia.
- AlexiaAqram, Pulau Pinang, 2011.
Aku menulis serpihan ayat ini apabila melihat keperluan untuk kita semua berevolusi dalam mengubah persepsi manusia. Dalam membantu manusia mendapatkan cinta yang tulus, dan cinta yang unik. Jadi, aku dan rakan terfaktab yang lain, sebulat suara untuk ke depan dalam menyemarakkan aktivitis kami di mata masyarakat umumnya di Malaysia.
Kami di Terfaktab telah menyertai pertandingan DiGi WWWOW di dalam kategori Blogger Of The Year, khas untuk mengetengahkan lagi kewujudan kami sebagai aktivis dalam memperjuangkan hal percintaan, perhubungan manusia dan sosialisma rakyat.
Kami percaya bahawa kuasa cinta itu hanya berada di tangan anda, kamu, si dia, mereka dan semua orang. Jadi, kami berharap untuk anda berikan kuasa cinta anda kepada kami dengan mengundi kami di pertandingan tersebut. Kerana kami yakin, kuasa dan undian yang anda berikan itu, adalah kuasa yang mengubah diri anda dan dimensi baru yang kita semua idam-idamkan dalam mencari..
Cinta Sempurna.
Sekian, dari pejabat terfaktab. Kami ucapkan terima kasih atas pengorbanan yang anda lakukan dalam menyokong kami selama ini. Undi anda kepada kami, adalah simbol cinta yang anda idamkan. Terima kasih. :)
Ulasan
XD
ak btol2 harap korg dpt coz mmg spatotnye dapat!!!!ahahah..
Tak kira lah vote siapa pun :)