Keluarga : Mereka Nyawa Bersalut Madu Dan Racun.
Kembar selalu tanya aku.
Kenapa aku seperti mewujudkan dinding antara diri aku dengan manusia lain. Aku peramah, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila kembar menyatakan sedemikian, aku menyedari sesuatu. Kembar, seperti juga Busuk (dan Nakama kadangkala), dapat melihat jauh ke dalam diri aku yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi.
Tapi itu dulu.
Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri.
Senyum.
Sakit sendiri.
Ubat sendiri.
Sembuh sendiri.
Itu prinsip diri.
Keindahan adalah kehidupan itu sendiri saat ia membuka tabir penutup wajahnya. Dan kalian adalah kehidupannya itu, kalianlah cadar itu. Keindahan adalah keabadian yag termangu di depan cermin. Dan kalian adalah keabadian itu, kalianlah cermin itu.
(Kahlil Gibran)
Gambar : Ada banyak kunci kehidupan, tetapi yang mana akan membuka kepada pintu yang sebenarnya? |
Keluarga Kekuatan Diri.
Begitu juga halnya dengan keluarga.
Itu antara penyebab kenapa aku perlu kuat.
Walaupun kekuatan aku sering diuji dengan perbalahan kecil dan ujian berskala sederhana daripada keluarga, aku mengerti tanpa mereka, aku mungkin sampah yang tiada nilai di dunia.
Air mata pernah tumpah.
Aku pernah tewas.
Aku pernah kalah.
Kemarahan aku membuak seiring dengan kesakitan aku.
Pertahanan diri aku dicerobohi dengan kata-kata yang memakan diri.
Aku sedar yang aku bukan baik.
Aku manusia jahat.
Orang lain semua malaikat dan aku syaitan.
Tidak.
Anak-anak saudara Puan Mulia adalah yang terbaik, rajin dan boleh diharap.
Aku ini adalah musibat yang langsung tidak akan kenal erti suka dan gembira.
Aku ini anak jahanam yang tidak pernah berjaya.
Aku kan si celaka yang tidak pernah memberikan apa-apa,
Siapa aku mahu dibandingkan dengan mereka yang lebih baik dan mulia?
Aku bukan ada nilai signifikan ataupun bermakna.
Aku cucu penuh cela.
Kisah aku dijaja.
Dari mulut orang tua kepada yang lebih muda dan lebih muda.
Bila berjumpa, semua mata serong memandang aku yang terpinga-pinga.
Ah, nasib baik masih ada yang bocorkan rahsia.
Baru aku tahu nilai aku pada mereka.
Senyum.
Kesat air mata.
Kenapa aku terlampau mengikut hati?
Biarlah orang lain mahu benci.
Aku patut mati sendiri.
Aku tidak pernah kata aku baik.
Aku tidak pernah mendabik dada kononnya aku telah berjaya.
Bahkan aku bukan apa-apa.
Aku tiada nilai dalam keluarga.
Tapi salahkah aku mahu sedikit bahagia?
Salah!
Walaupun kau dilamar pekerjaan dahulu berbanding mereka, kau tetap ada cela.
Kau pemalas, kau penuh cacat di setiap aspek pada pancaindera mereka.
Senyum, duka.
Pahitkan?
Aku telan sahaja.
Tahniah.
Tahniah.
Tahniah.
Aku buang kau dari senarai Mukabuku. Tunggu, bukan kau seorang. Suami kau. Anak lelaki kau dan juga tiga anak perempuan kau. Eh, aku mana kejam. Aku kan anak saudara yang baik kan? Aku buang, aku halang (baca : blocked) kau dari masuk ke Mukabuku aku (walaupun kau berusaha untuk masuk ke Mukabuku rasmi aku di sekolah) dan juga melaporkan kau (baca : report as spam). Tidak, aku bukan kejam. Aku buat ini untuk kebaikan bersama. Biar kau boleh terhalang dari melihat siapa aku dan dunia aku. Biar kau cari benda lain untuk mengata aku.
Oh ya, mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku tidak pernah menulis atau memberikan ulasan balik bila kau mengutuk aku sesuka hati sebelum ini. Jawapan aku mudah bila adik-adik melihat aku mengamuk macam orang gila akibat tidak dapat mengawal kemarahan tadi (sudah tentu Bonda tiada di rumah untuk melihat itu semua). Sebab aku masih punya rasa hormat yang tinggi. Tapi kalau kau hakis sedikit demi sedikit, jawapannya pasti, aku akan hilang diri. Dan kau bersedia untuk aku hindari.
Gambar : Kau tak percayakan diri sendiri dan mengoceh hal orang lain. Satu frasa kata, kau boleh pergi mati! |
Teratak keluarga ibarat sangkar emas yang hanya ada dua penjaga. Untuk melepasinya dengan tujuan bertemu rakan lain atau sesuatu yang tidak melibatkan kerjaya hanya akan membuatkan aku terpuruk semakin jauh ke dalam dunia yang aku sahaja yang tahu. Hidup aku di dalam kepompong yang dibina dari kecil sehingga aku hampir mencecah usia dua puluh tiga.
Senyum.
Aku sudah terbiasa di dalam kepompong utuh jagaan dua pemilik yang berkuasa penuh. Tiada apa yang mampu dilakukan untuk keluar dan terbang bebas menikmati dunia. Tiada. Kalau aku berjaya lepas bebas keluar, tunggu sahaja bahana yang aku perolehi bila mahu pulang ke sangkar semula. Lebih pedih atau menyakitkan dari yang sebelumnya. Ah, teringat saat aku keluar bersama bekas-bekas rakan sekolah, sepanjang tiga jam aku berada di luar, telefon genggam aku tidak berhenti berbunyi dan bergetar dengan pesanan ringkas penjaga wanitanya. Pelbagai kata-kata dilemparkan kepada aku, dan aku hanya tunduk pada ayat-ayatnya. Pulang aku ke sangkar sebelum waktunya demi menjaga hati mereka.
Ketawa.
Metamorfosis adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku pada aku selagi kaki aku terikat di dalam kepompong. Takdir barangkali, aku mahu lari keluar dengan meminta kerja jauh dari sangkar emas, tetapi aku tetap terpuruk di dalamnya untuk membina kerjaya. Senyum kanyur.
Kamu boleh ketawa, silakan.
Kamu boleh menghina, mulakan.
Kamu boleh berbuat apa sahaja, relakan.
Kerana metamorfosis aku tidak akan bermula. Senyap dan sunyi dunia aku bila aku tidak dapat berhubung dengan manusia lain secara maya. Aku bina dunia aku sendiri, mengikut acuan yang aku mahukan, dengan rangkaian yang aku senangi dalam usaha membina keluarga kecil yang mengerti kemahuan aku. Belum berjaya barangkali kerana orang sering tersilap dengan jantina aku. Senyum.
Aku percaya, dalam suka dalam duka, aku masih punya keluarga.
Mereka tetap yang terbaik.
Itu aku percaya.
Lord Zara : Layangan beku masa yang meniup puing rasa tidak bersulam bahagia.Tidak punya waktu untuk berduka dan memikirkan lara kerana aku lebih gemar sendirian dan mendidik diri menjadi lebih dewasa dari yang sepatutnya.
Ulasan
kerana apa?
kerana kita di ikat dengan darah.
i myself living in a golden cage now. soon, when i got what it takes to get out from this cage, i might not look back anymore.
be strong sis, be strong.
:)
telur ada tak?
Indeed, we love our family so much. and yet, the family is what hurts us the most.
maybe because deep down inside, they wants us to like them too.
and follow their whims.
even though we might not like it.
and when we dont, they hate us, and unleash the most pure-bred hatred only a bloodline can give.
eh, eli, sekarang anda paham tak? saya tulis inggeris ni. kekeke
be strong.bertabah hati :)