Biografi Ringkas : Terfaktab

Baiklah.

Hari yang indah dan ceria di sulami sinaran matahari yang memancar di permukaan merah Marikh. Berterbangan debu-debu pekat berkandungan karbon dioksida. Tipis dan tajam, tidak sesuai untuk berkehidupan melainkan jika ada penanaman pokok secara konvesional. Aku sekarang berada di Marikh sedang tari-menari dengan ilusi yang aku cipta, mungkin selepas ini aku ingin bermandi-manda di gelungan Zuhal sambil menyalutkan diri dengan wap hidrogen. Panas bak sauna.

Eh, lupa pula dengan motif penulisan kali ini. Tanpa membuang masa, aku ingin menceritakan satu jawapan yang selalu orang persoalkan mengenai sebuah blog yang menjadi tempat alternatif aku mencurahkan penulisan iaitu Terfaktab.

Oh, sebelum itu. Biarlah aku berterus-terang bahawa untuk masa kini dan sehingga kini, terdapat tiga blog/web yang menjadi medan aku mencurahkan penulisan. Pertama, semestinya LensaRosak. Kedua, Terfaktab. Ketiga, sebuah blog deep aku mengenai hal-ehwal keagamaan dan kebencian aku pada politik kotor iaitu RebelRevolutioner.

Baiklah, biarlah aku menceritakan mengenai blog Terfaktab. Ini kerana, aku lelah dengan pertanyaan yang terlalu banyak dan tak berapa bijak seperti "Apa maksud Terfaktab?". Padahal, telah aku tuliskan maksudnya di ruangan 'Apa Itu Terfaktab'. Tekan dan bacalah maksudnya. Pemalas betul. Sebiji seperti sikap merkuri. Menjadi kanser dalam tubuh manusia. Tahukah kamu merkuri sangat lembab? Ya, lembab seperti kamu.

Hmm, bagaimanakah ya hendak aku mulakan? Okay, blog Terfaktab di wujudkan oleh aku dan Alexia. Ya, aku dan Alexia adalah founder atau pengasas blog Terfaktab. Boss? Boleh juga. Ketua? Pun boleh. Semua urusan rasmi di blog Terfaktab di uruskan aku dan di bantu oleh penulis-penulis yang lain. Tapi, aku tak berapa suka sebenarnya untuk mengatakan bahawa aku secara solo sebagai founder dan boss sahaja. Ini kerana, kewujudan Terfaktab tidak terjadi jika tiada Shafiq Helmi atau nama pena-nya Penulis.Sahaja, seorang pelajar, blogger dan gitaris. Kiranya, aku, Alexia dan Shafiq bersama-sama mewujudkan Terfaktab di pertengahan November 2010 lepas. Eh, hampir lima bulan ya?


Mengapa aku wujudkan Terfaktab?

Mudah sahaja. Aku ingin jadikan dunia penulisan blog lebih menarik, berilmiah dan sebagai wadah pengumpulan penulis-penulis berbakat. Kadang-kala, salah satu perkara yang aku lihat mengenai penulis berbakat, ada sesetangah mereka tidak berupaya meraih tempat di kalangan pembaca kerana sewaktu itu sememangnya dunia blog sedang berada dalam keadaan tidak stabil, di mana ia di penuhi oleh ribuan blog yang... ah, menjengkelkan. Sangat jengkel, seperti rasa benci kita pada gelatin dalam makanan contohnya.

Oh, sebelum di berikan nama Terfaktab. Aku memberikan nama lain yang sangat menjijikan. Kiranya, sebelum keluar idea nama Terfaktab, ada satu nama lain yang aku guna untuk daftarkan pada asalnya. Nama itu ialah Couple-Triple. Haha, aku sendiri rasa jijik bila nak tulis Couple-Triple. Nasib baiklah, sewaktu hendak mendaftarkan blog itu di Blogger. Terdapat masalah berlaku. Jadi, kerana stuck dengan masalah tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku daftarkan nama Terfaktab. Betullah kata Shafiq, tak dapat bayangkan kalau sampai sekarang kita masih menggunakan nama Couple-Triple, bukan Terfaktab. Mesti di cap lelaki jambu. Dan layak menyertai Pencarian Lelaki Jambu di Facebook. Hahaha!

Lantaran itu, aku dan Alexia kemudian menulis e-mail jemputan kepada penulis-penulis yang berpotensi menulis mengenai hal-ehwal percintaan seperti Mr.K, SueAnnaJoe, Mantot, TheBentPencil dan ramai lagi. Dalam banyak-banyak jemputan itu, tak sangka pula Mr.K sudi menyertai kami. Sebenarnya, yang menulis email jemputan itu ialah Alexia, entah apa ayat yang dia pakai aku pun tak tahu sampai Mr.K join. Hahaha! Namun, kehadiran Mr.K dalam Terfaktab sebenarnya memberi impak yang besar. Aku akuinya dan memang entah pheromones apa yang Mr.K pakai aku pun tak tahu.

Terfaktab kemudian menerima kemasukkan Mr.K, TheBentPencil, J.Abdullah. Ya! J.Abdullah, kalian pasti ingat siapa gadis ini. Aku sukakan penulisan dia. Dia adalah perempuan yang bagi aku seperti singa di hutan. Namun, jodoh dia dan Terfaktab tidak panjang. Aku juga ada menjemput Ashraf Latif atau nama lainnya Ceghap. Tapi, pun sama, ada sedikit kontradiksi, Ceghap tidak dapat bersama lama.

Kehilangan Ceghap dan J.Abdullah tidak mematahkan semangat aku. Bagi aku, matlamat dan halatuju Terfaktab yang aku ingin set-kan ialah ; menghimpunkan seberapa banyak kelainan pandangan manusia dalam hal ehwal cinta perhubungan. Jadi, aku memberanikan diri membawa masuk Hellioz, Amoi, Bukan Penggoda, ElenaReeney dan HuskyPusky. Kesemuanya bagi aku, ada kelebihan tersendiri dalam menterjemahkan pendapat. Ya, itu yang aku mahukan. Aku tak mahu Terfaktab itu nampak terlalu soft, kerana ada masanya perlu juga untuk rough dalam sesuatu isu.


Kemudian, aku tercari-cari pula satu kekurangan dalam Terfaktab. Oh ya! Blog ini nampaknya belum cukup stabil kerana ada antara penulis yang masih kekok untuk come-back, dan belum nampak lagi halatuju Terfaktab yang aku sedang cipta untuk perkongsian bersama. Jadi, aku pun secara drastiknya membawa LadyNoe dan Durian sebagai keseimbangan. Dan seterusnya membawa dua blogger yang bagi aku cukup handal bermain kata-kata penulisan di iringi pandangan yang sungguh unik iaitu LordZara dan CobNobbler.

Hasilnya, inilah skuad Terfaktab. Inilah Terfaktab. Sebuah blog mendiskusikan hal percintaan dan perhubungan manusia. Khas dari aku untuk tatapan masyarakat secara relastiknya. Aku cuma mahu menyumbangkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat dalam membentuk kesejahteraan sesama manusia. Sebab, aku lihat, skop percintaan merupakan suatu faktor yang menyumbang kepada gejala sosial jika ia tidak di gunakan secara betul. Terfaktab merupakan platform bagi kita semua agar menjadi manusia lebih baik dengan membaca pelbagai kisah tauladan, artikel yang bermanfaat dan pandangan manusia dari segi yang berbeza. Itu semua khas untuk kita fikirkan dan renungkan agar kita semua boleh survive dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Nampaknya, dengan penerangan sebegini. Mungkin ada antara kalian yang tidak faham sebelum ini, boleh membuka mata bahawa kami di Terfaktab menulis bukan untuk populariti semata-mata. Kami hanya berpegang pada prinsip ; Let it be. Itu saja. Populariti atau tidak, itu belakang kira.

Harapan aku pada Terfaktab sebenarnya memerlukan pandangan yang jauh. Kalau ada rezeki, ingin aku meng-konsultan-kan Terfaktab menjadi suatu badan perunding nasihat dan kaunseling. Menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat tanpa terlalu non-profit, khas untuk membantu semua orang dalam memilih jalan yang betul dalam percintaan dan perhubungan. Senang cakap, ya! Terfaktab merupakan badan aktivis tanpa berunsurkan politik. Sekarang ini aku lihat trend aktivis di Malaysia kebanyakkannya ada unsur politik. Kenapa ya?

Sekian, semoga ia boleh memberi kefahaman kepada kalian semua, assalamualaikum.


p/s : Sebenarnya aku sedang mencari penulis yang ke-empat belas untuk di bawa masuk ke Terfaktab. Sebab itu aku terbitkan entri ini. Aku mahukan penulis perempuan. Ada cadangan siapa orangnya?

Ulasan

Izzati Tatie berkata…
owh macam 2 citernyer.bdaway,nama blog terfaktab mmg saye rase plg sesuai.mudah diigati slalu.keep it up ye tuan bog.sye pmnat blg kamoo:)
rekbing berkata…
blog kompilasi ilmiah dengan pendekatan menarik seperti terfaktab perlu dibanyakkan bagi menangkis blog2 menjengkelkan yang membanjiri dunia blog sekarang ini

skema ayat..
stuvwxyz berkata…
needing a student's point of view ? weehee . *tuding diri sendiri* haha jk


anyway, you all rocks! :)
nourjaafar berkata…
aku xhadap blog aku sekerap aku hadap terfaktab nh..like!
nn berkata…
nasib baik bukan couple triple weyh. terfaktab macam cool jugak. couple triple macam o_O
kawan aku ada tanya pasal terfaktab bila aku letak terfaktab dalam page favorite aku.

dia kata, kenapa nama macam ter-fuck-tab eh? ha ha ha. aku gelak je.

aku kata, sapa yang baca dan terasa, hey, u've been fucked before with your own life. LOL!

ehem, bila nak letak Dunia Sebelah Zara sebagai page favorite Terfaktab di FB? Kih3~
kaki ayam berkata…
aku tak nk jadi penulis. tp aku nk rekemen kat ko sorg awek ni

http://matykatak.blogspot.com/

dia ni pompuan
study law
ko tgk la sndiri blog dia
just bg cadangan je la
Shahada Fauzi berkata…
meh aku jadi penulis yang ke-14 tu..bhahaha..


honestly, dulu masa mula2 aku kenal penulisan ko..(kes pasal guna gmbr sorang blogger femes tu)..aku tak berapa suka cara penulisan ko sebab bagi aku ko terlalu lancang bersuara..tapi bila dah lama aku ikut penulisan ko secara senyap..aku rasa itu cara yg terbaik walaupun terlalu keras..


apa2pun, geng terfakab yg ada sekarang ni pun dah cukup mantap..semoga semua terus sukses..
Nusra berkata…
kriteria penulis?
MegaImaginasi berkata…
aku nak gak no 14 tu....emmm dapat apa erk...kiki
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
huda berkata…
pit asal makwe kau shakinah saduri takmasuk skuad? :O
ezsyani berkata…
ter-fuck-tab kpade mreka yg mmg -fuck-tab.LOL..apekah?!
Tanpa Nama berkata…
nak aje aku cadangkan diri sendiri. LOL.

btw, terfucked up memang best dari couple-triple. erm. best2!
ayue! berkata…
agak-agak korang tfkir tak nak wat apa-apa event ke gathering tuk org yg ada masalah cinta.heee
Wadi AR berkata…
aku leh ke bai? de ciri-ciri terfaktab x? hahaha..
CKB berkata…
heh, bru trbukak terjojol mata mereka yg x pepaham trfaktab ni.

anyw, aku nk calonkan diri aku leh? haha
perasan tahap KLCC
Tanpa Nama berkata…
saya bukan lah pmbaca tegar blog ni,tp bila da bukak tu lame jugak la dok tatap, psal nk cr penulis tu
i would suggest her,
http://ajourneylikenoother.blogspot.com/
Tanpa Nama berkata…
hehehe..kwn2 pon byk tny sy ape mksud terfaktab ble sy suggest utk dieorg ikuti blog ni..
adenye n3 mungkin boleh bntu mereka yang mlas..hehehe
keep it up to all writers 4 this blog..
penulisan korang sgt menarik perhatian sy..;)
Tanpa Nama berkata…
cadangan aku try propose Fida Aishah.
wohoo berkata…
ak bminat nk taw psl j.abdullah

can somebody gets her link?
Hellioz berkata…
@wohoo

j.love dah bersara.
byk kali dia delete blog.

u aint have the chance to stumble upon lah.
haha~
Akimura24 berkata…
aku setuju dengan Mira J.Anna yang dia rekomenkan Fida Aishah, baru je nak cakap.
putra87­™ berkata…
Terfaktab mcm tersentap pun ada... hahaha.. ter-Fcuk-Up pn ade...
Tanpa Nama berkata…
ce try propose blog neh>>>sseeccrreett.blogspot.com
DIA berkata…
buatlah uji bakat. HAHA
zyra j berkata…
yg ni mcm best..:)

http://kesahati.blogspot.com/
ibti berkata…
nah. kisah beliau ini, lain. mungkin aku pikir kau suka lain dr lain :)

http://apairofeye.blogspot.com/
kami.kata berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.