Mama,Sometimes I Wish I Never Been Born At All...
Aku cN. Di blog aku dikenali sebagai Cob Nobbler. Di Twitter aku dikenali sebagai @comradenami. Pada keseluruhannya hidup aku adalah Comfortably Numb. Pada 21 haribulan ni, aku genap 27 tahun. Bagi seorang yang bernafas dalam grunge, angka 27 tahun adalah angka yang sangat menakutkan - tambahan baru ini 5 April yang lalu genap 17 tahun Kurt Cobain mati menembak diri dengan shotgun. Aku pernah cuba tiga kali walaupun tidak menembak.
Aku terdengar bait-bait lagu Bohemian Rhapsody. "Mama, I don't want to die, sometimes I wish I never been born at all". Aku tak tau apakah kewujudan aku atas muka bumi ini adalah atas permintaan aku. Aku lahir di atas bumi ini tidak tahu apa-apa. Apa tujuan aku atas muka bumi ini aku pun tak tahu.
Setahun empat bulan sejak kau campakkan beg itu di luar pintu. Setahun empat bulan itulah aku tak pernah menjengah kau, tidak pernah bercakap atau berbual, walaupun ada bersua muka tatkala si adik sudah bertunang. Bagi kau - aku adalah saekor loser yang lebih gagal dari segala kegagalan - adik kau yang belajar takat SPM pun dah mampu kahwin, aku ni hidup tonggang langgang, tumbang terbalik - dan aku nampak kau hanya memandang aku dengan hujung mata sahaja.
Aku tidak pulang beraya tahun lepas. Aku lebih rela pakai baju kerja dan pergi kerja daripada pulang beraya. Bukan aku ego, bukan aku tak mahu bercakap dengan kau, tapi apa aku nak kata? Pandang muka aku pun tak mahu. Haha, aku masih ingat masa kita sekeluarga duduk di rumah setinggan di Gombak satu masa dulu. Kau kata nenek tak nak pandang muka kita sekeluarga sebab kita miskin, papa seorang anak yang telah dihukum nenek kerana tidak sebulu dan sependapat. Kita sekeluarga dihukum nenek sebelah ayah sebab kita miskin. Kita dihalau dari rumah sewa dan kita mencari suaka tetapi dihalau kerana peristiwa silam. Terpaksa kita mengembara hingga ke Johor rumah nenek sebelah mama.
Macam mana nenek pandang papa - macam tu mama pandang aku pada hari itu. Aku tak pernah lupa pandangan tu. Aku tak lupa.
Bercakap tentang betapa terfaktabnya aku dalam keluarga ni, aku hilang roh aku sekarang. Kau tak tau apa yang aku lalui selama 4 tahun selama ini. Kau, ibu dan ayah hanya tahu mengharapkan keputusan. Mengharapkan aku untuk berjaya - mengikut acuan hidup kau. Kau tak pernah ambik tahu apa emosi aku, apa yang aku rasa. Result, result, dan result. Akhirnya kau fikir apa yang kau mahukan, bukan aku mahukan.
Aku - aku tak tau apakah kau masih ingat lagi aku. Sama ada aku makan, aku merempat mengais sampah, aku tidur tepi jalan - aku tak tau lagi mama. Aku tak rasa kau fikir tentang apa kehidupan aku sekarang. Aku pun tak tau kenapa aku teruskan hidup sekarang tanpa restu dari kau. Macam Qabil yang mengembara mencari sesuatu yang hilang - hidup tanpa restu.
Kalaulah aku ini hanya menambah bebanmu, kenapa kau lahirkan aku?
Hari ini aku meraba-raba dalam terang cahaya lampu neon di ibu kota ini. Setiap hari bangun pagi, setiap hari meredah lautan jutaan manusia. Aku manusia tanpa harapan. Aku manusia seperti buih-buih di lautan - entah mana aku hilang nanti aku pun tak tahu. Esok lusa aku sendiri tak tahu nasib aku macam mana.
Walaupun setegar karang, walaupun hati batu, jiwa kaudu, jauh di sudut hati, aku mahu pulang. Aku dah penat semua ini.
Mama - kalau rasanya abang dah kecewakan mama, abang mintak maaf. Tapi buat masa ini, jiwa ini dah hancur berkeping-keping apa yang mama buat setahun empat bulan yang lalu.
Ulasan
kejayaan dlm hidup ni tak semestinya atas kertas result, kan.. dan tak datang semudah itu.
semoga mama kau lebih terbuka hati nanti.. harap2 korang dapat jadi family mcm dulu lg.. ;)
sblm tdo, spill dlu kat bantal,selimut, kain lap hingus. huu.
insyaAllah, satu hari nnt terbuka jua hati ibu..
p/s : setinggan kat gombak?wira damai ke?
Doalah semoga keadaan jadi lebih baik. Allah bersama kamu. =)
tapi mcm sedih je..=(
ingt 1 perkara ja, mama itu lah yg mengandung kamu, mama itu lah yg membawa dan mengendong kamu selama 9bulan.. mama itu lah yg menyusu kamu (if she did la)..
penah dgr x - kalo kita mengendung ibu kita bwk keliling kaabah pun belum tentu dpd bls jasa dia menyusukan kita....
so, lupakan ap yg dia lakukan terhadap kamu, ingt, dia ttp ibu kamu.. kalo xde mama, kamu xkan merasa nilai cinta, kalo xde mama,kamu xkan kenal nana, kalo xde mama kamu xkan tengok dunia..kalo xde mama jugak kamo xkan menulis poem hari2, kalo xde mama xde lah kamu skrg ini..
kamu kena set target nami, bangun dan capai ap yg kamu nk capai, then jumpa mama... ingt, kamu masih ada mama.. mama masih wujud didunia..
kena yakin pada Pencipta, kerana Dia telah menjadikan dan menizinkan kejadian mama dan kamu.. Dia jgklah yg telah menentukan jodoh kamu, Dia jugalah telah tentukan ajal kamu dan mama kamu.. kite tdk tahu.. hargainya selagi masa masih ada.. atleast, dgn harapan akn kujumpa mama dan kasih syg mama nanti di syurga utk selamanya kerana tdk berkesempatan ketika didunia...
ko wat apa gampang......
saja tulis bende2 mcm ni supaya awek lbih bersempati.........
ah c-bai betul
dont be sad!
p/s:sori terpanjang pulakkk... xD
sabar weh.
caya la. mak kau mesti ada igt2 kau jugak cuma cara dia ja beza.
I hated her, I dreamnt of leaving her, I even dreamt of her dead.
Nothing I did never gets her applause, even when I am a straight A, top-of-class student.
I get whippings for going to friends' house for study and I was never allowed to play outside. I once got locked out of the house for coming home a few minutes after maghrib. baru pukul tujuh.
I swore to leave her side when I got enough money and a car and a job. and I did, boy I was glad.
Strangely though, that day come, when I had a fallout, my pals leave me, my love hated me, my job was gone...and I become depressed. I came back to her house, and she helped me back to life.
the very same mother I hated so much, is now the person I occasionally bring to lunch dates and bookshops. slowly, she healed my soul.
ok tengah nangis. cemerlang la kau nami, buat gua nangis. benci lu oi!
aku follow ttgb ko dgn terfucktab ni..tau2 je ko masuk terfaktab..
ape cer..
sedih la gak citer ko ni..
biasa la xde masalah xde la cabaran..
masalah besar kecil berpadalah atas orangnya..
kalo da dapat hikmah tuh kasi taw guwa ea
moge tabah ye :)
T__T
makk~
You feel so lost...
That your so alone...
All you is see is night...
And darkness all around...
You feel so helpless...
You can’t see which way to go...
Don’t despair and never loose hope..
Cause Allah is always by your side...
Everytime you commit one more mistake...
You feel you can’t repent..
And that its way too late...
Your’re so confused, wrong decisions you have made...
Haunt your mind and your heart is full of shame....
Don’t despair and never loose hope..
Cause Allah is always by your side
Turn to Allah...
He’s never far away...
Put your trust in Him...
Raise your hands and pray...
Insya Allah you’ll find your way...
You're strong nami ! You can make it ! Trust yourself and trust in Allah..pray for u....
Allah lebih tahu segalanya!
Allah lebih tahu segalanya!
kalau tak pernah - sila buat macam tu dulu baru kau boleh cibaikan aku.
I heard about his story before this.
He never lie to me until now. :D
so why must saying he's trying to make up a story about this?
bab mama kau tu, mcm sume org len ckp aku pon pkir yg kau bila dh jmpe tjuan hidup msti akan boleh maafkn mama kau n hidup dgn lbih bermakna.
hope kau akn jmpe sum1 yg bley rapatkan kau dgn ALLAH n mama kau dan jugak family kau. (:
may ALLAH bless u.
percaye pade Qada' & Qadar..
peace :)
bahawasanya mama jugak rasa bersalah kerana membuang kau setahun empat bulan lalu,
kau takkan pernah tahu,
mama lah insan yang paling terguris saat memikirkan nasibmu di jalanan,
mama juga seorang insan biasa yang kadang emosi dan terkhilaf,
saat mama tersedar kesilapan mama,
semuanya telah terlambat..
kau dah pergi membawa rajukmu dan mama tiba-tiba kehilangan cara untuk memujuk hati mu,
mama kenal sifat mu dan mama sedar tiada apa yang mama boleh bicarakan untuk menuntut kemaafan mu..
kalaulah kau tahu bahawa mama tak sanggup untuk menatap wajahmu kerana perasaan bersalah mama yang menebal terhadapmu...
tapi pernah dapat call dari mak yg lebih percaya orang luar dr bloodline daripada anak sendiri sampai dia cakap sampai hati aku buat dia camtu. well that time i know i disappointed her. mase tu dah kawen, tgh sarat lg...terasa cam dibuang emak sendiri sampai adik beradik blame aku hny kerana ipar duai yang dengkikan hidup aku yang agak merempat tapi masih mampu kais pagi kais petang.
i refuse to talk to my mom, received call sbb aku tau yg aku terima hnylah rasa kecewa dia.
but nami, trust me...1 day dia sendiri yang akan confront kita. bila adik beradik yang lain tak mampu nak tolong dia...barulah dia akan nampak kita sbg anak dia. maybe sbb aku perempuan, so it just took 3 months untuk my mom confronted me back.
Tunngu je la saat tu..but i know the pain.