Cerpen Faktab: Abah.
Sebuah rumah di hujung kampung. Sebelum simpang ke jalan yang menuju ke pantai. Papan dindingnya. Beratapkan rumbia. Jika hujan menyembah bumi, maka basahlah lantai, dan tidurlah mereka anak beranak di atas pelapik plastik. Berselimutkan sehelai selimut yang di kongsi empat orang.
Satu pasang suami isteri bersama dua orang anak mereka meneruskan hidup di dalam rumah itu.
Sang suami, berkenderaankan basikal tua. Atas pemberian penghulu kampung untuk memudahkan urusannya ke pekan untuk menjual kelapa-kelapa muda yang di petiknya sendiri di atas tanah tok penghulu. Hari panas, rezekinya boleh tahan. Sekali lagi, jika hujan menyembah bumi,
"Nak, ini sahaja rezeki kita. Jangan merungut. Makanlah untuk teruskan hidup ya nak?" sambil menghulurkan satu plastik yang di penuhi dengan hasil laut 'lala'. Selalunya mereka akan merebus lala tersebut. Dia membeli lala itu secara longgok dengan harga murah kerana lebihan untuk hari-hari pada waktu petang.
Jika haritu rezekinya lebih, dia akan beli seekor dua ikan yang gemuk. Isinya putih. Beli juga seplastik minyak. Untuk di buat goreng ikan.
Di dalam hidup serba sederhana itu, sebahagian besar duit pencarian sang suami ialah untuk pembelajaran anaknya Zaki. Yuran dan pembelanjaan lain sekolah. Nasiblah buku teks boleh di pinjam.Adik Zaki punya penyakit. Lembab sedikit. Down syndrome jika dalam bahasa inggeris.
Pagi itu indah sekali. Sebelum ke ladang memetik kelapa, sang suami akan menghantar anaknya dahulu ke sekolah. Dengan berbekalkan air kosong di dalam botol mineral yang usianya sudah mencecah dua tahun itu, Zaki bersiap-siap ke sekolah.
"Zaki! Cepat turun! Nanti lambat. Kena kunci dari luar pagar. Tak boleh belajar. Zaki suka belajar kan?"
"Tanak pergi sekolah Abah. Aiman dengan Tahir selalu kacau Zaki. Diorang kata seluar Zaki tampal-tampal macam kain buruk restoran mak cik Lela."
"Biarkan orang buat kita Zaki. Jangan kita buat orang. Dah, turun cepat. Abah tunggu dekat basikal."
Sang suami menyarungkan kasut hitam yang di beli dari jirannya dengan harga Rm5 sepasang. Ada koyak sikit di hujung. Namun sang isteri dah tampalkan dengan hasil lebihan kain yang dia ambil dari kedai menjahit tempat dia bekerja.
Zaki dengan laju berlari anak menuruni tangga rumah dan terus duduk di atas basikal ayahnya. Comel juga Zaki ni. Gua syak umur dia dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.
Di dalam perjalanan untuk ke sekolah, sang suami memulakan perbualan anak-abah macam perbualan anak-abah orang-orang lain.
"Ki, kat sekolah belajar rajin-rajin tau."
Tiada suara yang di keluarkan Zaki. Seperti tiada respon. Hanya bunyi rantai basikal sahaja mencelah masuk antara perbualan mereka.
Tapi sebenarnya dia sudah menggangguk di belakang. Matanya melilau memandang ke arah anak-anak kampung yang lain menuju ke sekolah dengan menaiki basikal mereka sendiri.
"Zaki dengar tak ni abah cakap? Diam je?"
"Dengar bah. Baik." jawab Zaki sambil mengangguk sekali lagi.
"Nanti Zaki besar, Zaki nak jadi apa?" sang suami tanya lagi. Kakinya masih mengayuh. Angin pagi yang menghembus mereka anak beranak buatkannya tidak terasa penat mengayuh.
"Entah." jawab Zaki ringkas.
"Zaki nak jadi apa? Polis? Askar? Cikgu? Dokter? Semua tu kena belajar rajin-rajin."
Zaki mengangguk lagi.
"Jadi, Zaki nak jadi apa nanti besar?"
"Entah Abah."
Kaki sang suami terus mengayuh.
*****
Syarikat Zaki semakin hari semakin merudum. Sebelum ini mereka lah paling gah jika mahu melawan tender hartanah di Negeri Sembilan ni.
"Kamu semua ni kerja ke tidak? Macam mana kita boleh jatuh teruk sangat?!" herdik Zaki kepada para pekerjanya. Mereka semua diam. Sudah biasa dengan herdikan-herdikan dari Zaki.
Selesai sahaja mesyuarat, Zaki terduduk di biliknya. Tiada siapa berani masuk biliknya waktu tu. Orang kata waktu genting tu. Kalau nak kena baling kasut sepam dua, masuk ah.
Terduduk. Marah. Kecewa.
Matanya terpandang satu gambar di satu sudut meja. Abah dengan maknya. Matanya tiba-tiba mengalir. Celaka touching!
Abah dia tak pernah langsung mengajar dia untuk menjadi macam tu. Kuat marah. Walau dulu dia lambat siap ke sekolah, Abahnya tak pernah sedikit pun mengherdik. Kalau dulu mereka sama-sama masak lemang sebelum raya, kalau dia tersepak lemang sampai jatuh terus ke bara api tu, sampai rosak, abah dia tetap kata,
"Takpe Ki. Rezeki kita dua batang ni je kot. Yang lain ni kasi ayam boleh kot. Ye dak?"
Sama-sama ketawa.
Sekarang, hanya doa sahaja yang mampu menghubungkan mereka berdua.
Dia tutup mata.
"Abah, kalau Zaki boleh pusing masa, Zaki dah tahu apa yang nak jawab bila abah tanya Zalki nak jadi apa bila besar."
"Adam nak jadi manusia. Macam abah. Maafkan Zaki kalau Zaki tidak menjadi seperti acuan yang abah bentuk."
Gambar dari henset gua. gambar hiasan. |
p/s : mungkin ada yang pernah baca kisah ni di blog gua. gua olahkan sedikit untuk terfaktab. :)
Ulasan
Adam sape ?
wuwuwuwwuu.
teruskan menulis cerpen..saya suka dan akan terus menyokong
:')
tkot ye nak kje t...
xpe2 , boleh phm sbb awal2 dah kate diedit . so mesti la copy paste sket2 kn ;p