surat ini untuk kekasih baru kau.


[Entri ini datang daripada personal blog aku - Rojakstory]

Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Jadi ayuh kita mulakan ok?

Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar),

Awak apa khabar di sana? Saya harap awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok?

[Picture Credit]
We have a huge argue and fight before we break up.

Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tiga dengan awak kat belakang saya masa sedang kapel dengan saya. Tapi tak mengapa. Saya dah lupakan semua tu walaupun awak membina kebahagian bersama dia di atas air mata saya. No more tears lah now. Saya harap awak jaga lah Ahmad tu baik baik. Yela. Takut dia main kayu tiga empat lima enama kat belakang awak pula lepas ni. Takut karma is hit you back my dear. Lagipun dia kan terkenal dengan sikap playboy dia tu. Baik awak hati hati ok?

Walaupun saya dah berpisah dengan Ahmad, saya harap awak jangan lah menghalang dia daripada bersahabat dengan saya. Dosa tahu tak kalau awak cuba rosakkan persahabatan orang lain demi kepentingan diri awak sendiri. Siapa kata dah berpisah tak boleh berkawan kan? Sebab itu saya tak pernah remove Ahmad daripada Twitter atau Facebook including Myspace dan Friendster. Eh. Awak mana tahu dia masih main Friendster sampai sekarang tahu. Awak kan urban. Mana nak pandang Friendster tu.hehe.

Kasihan Ahmad hari hari kena paksa dengan awak supaya remove saya dari semua social networking. Jangan lah begitu sayang. Kalau Ahmad betul betul remove pun. Saya tak kisah sangat. Setakat itu sahaja awak mampu buat. Sebab awak tak mampu nak padamkan semua memori cinta saya bersama Ahmad dalam minda Ahmad lain lah awak hentak ketuk kepala Ahmad kat dinding sampai dia hilang ingatan ye tak? Tapi saya tahu awak tak sanggup nak cederakan Ahmad sebab awak sayang dia kan =">

Kalau boleh. Saya mahu berkawan dengan awak. Mula mula memang lah saya marah dengan awak sebab awak jadi pihak ketiga dalam hubungan kami. Tapi sekarang saya dah ok. Saya rasa kita boleh tahu jadi kawan baik kalau kena dengan caranya. Tu lah. Awak masih tak sudi balas salam perkenalan saya. Takut sangat ke saya rampas Ahmad dari awak tu? Ke awak rasa bersalah dengan saya eh? Jangan risau lah. Saya tidak akan membina percintaan di atas air mata perempuan lain. Saya tak perli awak. Ini prinsip saya :)

Saya tahu awak masih suka stalk saya kat Facebook. Nak tengok apa yang saya dengan Ahmad bualkan kat sana. Padahal perbualan kami biasa sahaja. Mana ada main kata kata sayang macam awak buat kat Ahmad dulu masa dia masih lagi in a relationship dengan saya. Awak mungkin tak perasan status hubungan Ahmad kat Facebook sana masa tu kan?

Ahmad yang cerita kat saya. Katanya awak melenting gila bila hari tu saya ajak Ahmad pergi tengok wayang kat Facebook. Mungkin awak tak tahu. Ini tengok secara beramai ramai lah. Bukan berduaan dengan dia. Ada reunion sekolah. Tak kan awak tak tahu saya dengan Ahmad dulu satu sekolah dan satu kelas selama 5 tahun dari Form 1 sampai Form 5 kan.

Apa yang saya mahu. Saya harap awak akan lebih memahami perasaan Ahmad daripada saya. Saya harap awak akan tunjukkan pada saya yang you're worth it with Ahmad than me. Jangan pula nanti Ahmad yang kembali menagih kasih saya semula. Saya tak mahu itu terjadi.

Semoga awak bahagia dengan Ahmad tahu.

There are a huge space between me and him.
I hope you will occupy the space for him :')

Daripada bekas kekasih Ahmad.

Ulasan

Cik Nursya berkata…
haha.. lawak la.. yd dh blah tu, biarlah blah buat slamenyer..
Wadi AR berkata…
chill la weh..kumbang bukan sekor..bunga bukan sekuntum..berekor ekor ko dpt nanti..
Amoi berkata…
babes, it was a fiction story. kan kat atas tu ai dah tulis hanya rekaan semata mata.
Ade sape2 yang terasa ke? hahaha...
Awek Ahmad berkata…
Kepada ex Awek Ahmad lalingku,

Ai tak kesah.


kekeke
Nur Amy Yussiela berkata…
ohhh owhsem!!mang suke sgt larh..hahha..trase sbijik2 kt muke sndri..erk
Hani Yuhani berkata…
boleh saya jadikan entry ni sumber inspirasi:,)
Izyan Masri berkata…
ENTRY PALING IKHLAS DALAM DUNIA XD
Kc Kasedah berkata…
=) tersenyum aku.
Kc Kasedah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fyqa berkata…
babaii ahmad. haha

*tetiba

hmm. snyum tak perlu kata apa apa :))
Nusra berkata…
terbaeklah!

aku teringin nak tulis surat macam ni kat perempuan tu. lepas tu kirim sekotak coklat oleander. dalam sampul surat tu, letak serbuk miang buluh+bedak johnson. kertas tu rendam dengan larutan sianida, then dakwat campur dengan aconite macam cerita detektif.

muahahaha!
miss'ENH berkata…
wahaha..boleh nak anta ni..
Unknown berkata…
x leh blah suratnya....
cam menyindir ja..hehehe
♥c!k Ann♥ berkata…
terfaktab aku membacernyer
Zaujah Miqdad berkata…
hehhe...superb la:)
kesimpulannya (kalau jadi kat aku) :

walaupun perempuan tu dah kebas pakwe aku , kenangan aku dengan pakwe aku tu akan still remain . dah lekat dah . so , jangan salahkan bekas pakwe aku kalau dia nak tagih balik cinta kat aku . oh wait ! jangan risau , aku takkan kutip balik apa yang aku dah pernah buang .

**ini betul jadik kat aku okey**

http://putrisayangkamu.blogspot.com/
hidayahshariff berkata…
oh my. gila sama dengan kisah aku. haha. kena print surat kau ni, bagi kat perempuan tu. haha
Lalala berkata…
cerita fiction untuk Amoi tapi kisah benar untuk aku... haha suka ayat ni.. apa lagi share kat fb...

sama macam ayat yang pernah aku lontarkan dulu cuma tak dalam bentuk surat aku bagi
Amoi berkata…
I glad everyone like this story

:D
... berkata…
yeayhh~ thumbs up utk surat nih..ayat memang kasi sentap abes..!!

eh,jap..nape aku tetibe emosi.ha2.no komen..;P
vampire's lovex berkata…
best... kalau betol2...bagi je k..haha
Cik TeN10 berkata…
suke3 !!! penah alami bnda ni jugak.. ex bf main kayu tiga dgn mmbr aku sdri..

skrg aku dh dpt yg lg baik dr ex bf aku.. aku xnyesal dgn apa yg berlaku..
adeyla berkata…
hahaha..penad ak gelak2 depan laptop bhai..taley bla la ex ahmad uw..;p
hajar's blog berkata…
BEST! kalau i jadi DIA yang menulis surat ni, i kan kenakan kaw2 dia yang merampas ahmad tu!
Kya Von Misteriusha berkata…
owh kakak amoi
best larh surat ni !
somehow i felt that
it consist of 2 things
puas ati lar coz dlm mse yg sme kite perli mnah tu tpi kiter pon doakan yg terbaek utk dowg
bia larh nnt Tuhan balas
stakat Ahmad tu ta heran pon
nnt i dpt pkwe bru yg agi ncem, baek, pandai, alim, tggi, hot n setia dri ahmad >_______<
azhar shoib berkata…
iiii amoi...single lg ke??leh ngorat??hehe..

tp mmg xsuka org kaco awek/bf org ni..dr dlu smpai skang prinsip..eh, dlu ms skola menengah prinsip laen skit (br kapel, lom kawen..still leh kaco)..tp ade brader da sdarkn ak, kalo org 2 leh tgglkn bf/gf dia tuk kita,x mustahil dia leh tgglkn kita utk org laen lak..huhu..

dua kali clash, dua2 kali sbb ade org ketiga..so da mrasa sdih kna tggl..or mayb salah sndri..xtau la..i'm not perfect...hoho..

btw, nice letter..nk copy xpat..xleh nk hailait n kopi..huhu~

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.