[Video] Setiap Hubungan Ada Peringkatnya
Video 16 minit ini pasal nak describe peringkat hubungan dalam percintaan. Dan aku sangat setuju setiap peringkat dia. Dan aku yang dah pernah rasa putus cinta beberapa kali, aku seriously terfikir terus ex-bf aku yang pertama.
Kenapa ex-bf pertama sebab yang tu je aku rasa hubungan kitaorang dah hampir menjadi serious. Tapi putus di tengah jalan sebab dia kata kat aku yang dia anggap aku ni macam ex-gf pertama dia. Cara aku bercakap. Cara aku ketawa. Cara aku marah. Rupa aku. Semuanya totally sama. Dia yang minta putus. Dia takut makin lama dia akan tipu aku.
Ah. Dah dua tahun lebih dah kot putus. Tapi kami masih kawan. Aku pun dah tak berdendam dengan dia. Bermusuh jauh sekali. We are like strangers again now. Aku macam kekok lah bila cakap dengan dia. Aku tahu dia pun kekok. He's still single though after breaking up with me. Tak pernah pun aku ternampak gambar perempuan lain dalam Facebook dia.
Dua tahun lepas. Selepas 4 bulan break up. Aku cakap kat dia aku tengah seeing someone. Dia kata kat aku, aku ni cepat move on. Well. People have to move on right? Either fast or slow.
Ok kalau malas nak tengok video 16 minit tu. Biar aku bagi summary.
Stage 1 : Meeting.
Kat sini titik permulaan. Titik perkenalan kita dengan si dia. Masa ni tak ada apa-apa lagi lah. Masih kawan biasa.
Stage 2 : The Chase.
Masa ni dah start takel dah ni. Lepas tu bila dua-dua suka sama suka mereka akan bercinta.
Stage 3 : Honeymoon.
Ok. Baru kapel. Semuanya indah. Tak ada apa sangat stage ni.
Stage 4 : Comfortable.
Peringkat ni dah masuk peringkat kau mula bosan dengan si dia. Kau dah mula kehilangan rasa cinta tu sikit-sikit.
Stage 5 : Tolerance. (Peringkat paling bahaya)
Sampai sini kau dengan si dia mula asyik gaduh. Argue a lot. Almost everyday. Tak ada lagi dah ayat rasa sayang-sayang. Benda yang kecik pun boleh jadi bahan gaduh. Walaupun si dia cuba bertolak ansur tapi arguing still akan terjadi.
Stage 6 : Downhill. (Kemuncak)
Masa ni kau dengan si dia dah tak ada rasa sayang atau cinta pun antara satu sama lain. Love tu totally gone. Sebab asyik argue. Bertambah lagi kau mula rasa bosan dengan perangai si dia. Hubungan makin tegang.
Stage 7 : Breaking Up.
Yes. The end of the relationship.
Lepas tu kau dengan si dia akan kembali kepada stage 1 iaitu meeting the strangers semula. Stage ini kau akan cuba move on. Strangers, again.
Peringkat-peringkat tu sesiapa pun akan alami bila bercinta. Tapi depends dengan pasangan itu sendiri untuk mengolah corak perjalanan percintaan mereka. Kalau pandai mengolah coraknya, maka lambat lah masuk peringat tolerance. Kalau tak, terus masuk peringkat downhill. Tak ada nya nak tolerance-tolerance lagi.
Jadi kau setuju tak peringkat-peringkat tu?
p/s: lakonan short film dia sangat sedih. :'(
Ulasan
pape pun kite, di mane pun stage hubungan kite, we have to be the best we can be.
tapi jgn sampai menyusahkan diri pulak.
when we can be the best that we can be, relationship akan bertahan dgn ape cara sekalipun.insyaAllah.
tapi setiap kali break up, aku tade pulak teringat kat first ex bf.
hari pekerja nie...cukup setaun gua break an awek gua...
tapi,aku macm takdpt lupa dia lagi pulak...mungkin ada bersisa dalam 10-20 persen...
at the same time...dia dh ada pnggnti..
aku blom,aku dh cuba..tapi,skali tu gagal..
dia tak ngam dgn aku dari bbrape aspek...n dia jugk g ptuskn...tak kapel,tapi,hampir...
ada jugk yg pernah luahkn hati..tapi,tah..aku tak brminat...
n somehow..prasaan suka aku dtg trhadap kwan lama aku..yg aku prnah suka masa zamn skolah,n aku knal b4 aku kapel an awek aku tu....n aku skang tgah mgejar dia...wish me luck...
kawan aku ni jenis tak kapel pnya org...jual mahal...dulu aku putus asa,n aku tackle awek aku yg dulu tu...at laz dpt...
hmm..
mgkin aku sush nk buang awek aku sbb bukn aku yg putuskn...tapi,dia....
smpai skrng pn masih kontek...n pnggilan pn aku pkai nama..n buknnya 'aku' 'ko'....tak biasa pulak nk pnggil mcmtu...
ni aku...prasaan dia aku tak tau..tapi,aku harap sgt2 aku dpt lupakn dia..aku pn tak phm apesal aku msh nk ingt dia..sush la klau mcmni kn....
dah.aku tak tau ape nk ckplagi.tapi,kitran atas ni memang aku stuju..sgt.
aku dah lebih 5 kali harung bende yang sama. by my age right now, aku dah rasa serik.
betul-betul serik dan letih.
why cant i have the best for my life? been dump silently without a reason.
almost semua relationship aku skip stage 5 dengan 6. aku pun tatau kenapa.
if they cares about my physical appearance, kenapa sibuk2 ajak aku harung stage 3 dengan 4 walaupun tau satu masa akan dump aku jugak... selalunya after a year. whyyy???
sakit woh bila pikir balik. blur.
harap2 x sampai peringkat 6 ^^
*maap maap lari tajuk XP
this video is what i'm going through right now.
i dont even know whether he wants to break it up or what.
he just remained silent without a word.
i want to move on, even it is killing me slowly.