Kepercayaan Kepada Pasangan

Kalaulah prinsip Kepercayaan Kepada Pasangan ini di letakkan dalam Rukunegara, mesti tak ramai orang cerai-berai. Tak pun, di letakkan dalam Syarat Sah Nikah, mesti ramai orang akan mendapat keberkatan dalam perkahwinan. Oh, mungkin juga baik di letakkan dalam Love Lesson 101, confirm semua orang akan bercinta dengan hati yang tenang dan bahagia. Hati berbunga-bunga bak kedamaian taman-taman syurgawi yang di limpahi air dari telaga Kausar.

Semua orang pernah bercinta dan semua orang akan bercinta.

Tetapi, yang selalu menjadi permasalahan bagi seseorang yang bercinta ialah ;

Kesukaran melupakan cinta pertama, kekasih lama dan peristiwa lalu yang menggugat kepercayaan kepada diri dan pasangan. Sekaligus, ia menyebabkan hubungan penuh dengan syak wasangka tanpa sebab yang jelas. Tak percaya? Terdapat satu kes yang penulis jumpa mengenai seorang perempuan yang dahulunya adalah seorang lesbian.

"Bagaimanakah aku hendak menjelaskan zaman gelap aku dahulu yang merupakan seorang lesbian kepada bakal suami aku nanti? Dan apakah suami aku boleh menerima aku dengan se-adanya?"

Ok, rasanya contoh ini tak sesuai. Sebab semua lelaki teruja dengan lesbian. Keh keh keh. Ok, contoh lagi satu.

"Bagaimanakah aku hendak menjelaskan zaman gelap aku dahulu yang pernah terlanjur dengan ex-boyfriend aku dahulu? Apakah teman lelaki aku yang baru atau bakal suami aku ini boleh menerima aku seadanya?"

Ok, terus-terang lah. Memang ada sedikit kesukaran dalam menerima zaman gelap seseorang. Tetapi! Ya, ada tetapi. Tuan-tuan dan puan-puan  perlu tahu kesukaran itu boleh di atasi dengan Kepercayaan Kepada Pasangan. Dalam kepercayaan kepada pasangan ini merangkumi hal ;

1. Berfikiran positif dalam halatuju perhubungan
- Chill, cool dan rileks. Jadikan perhubungan bukan sebagai suatu beban, elakkan dari berfikiran was-was. Kerana was-was itu akan menyebabkan perpecahan.

2. Rangka masa depan dengan lebih komited
- Elakkan dari bercerita perkara lama. Yang lepas itu, lepaslah. Yang baru ini perlu di fokus. Setiap pasangan itu perlu lebih banyak bincangkan hal masa depan yang hendak di rangka dan di tempuhi bersama.

3. Berterus-terang dalam hal yang memerlukan kefahaman kedua belah pihak.
- Ini paling penting. Luahkan dan selami lah antara kedua-dua pasangan. Jika ada satu perkara rahsia yang perlu di beritahu, jadikan ia sebagai objek untuk menjernihkan. Bukannya sebagai objek untuk mencari kesalahan. 

Tapi, bagaimana pula dengan kes kesukaran melupakan kekasih lama atau cinta pertama?

Baiklah, manusia di anugerahkan memori. Kita tidak boleh memadamkan memori. Kita tidak boleh mengubah ingatan seseorang. Tetapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita berupaya untuk memberi harapan, di mana ia boleh membuat memori itu di lupakan dalam tempoh tertentu.

Ya, harapan. Suatu terma baru yang unik. Jika ia di susuli dengan kepercayaan, hubungan sesuatu pasangan itu lebih terikat bagai atom. Kuat dan sukar di pisahkan. Hal yang sedemikian, harapan dan kepercayaan merupakan suatu cara yang di gunapakai oleh Tuhan Yang Maha Genius dalam mengawal manusia. Jadi, mengapa tidak kita menggunakan ilmu tuhan berkaitan harapan dan kepercayaan terhadap manusia untuk mengawal perhubungan?

Sekarang, sudahkah anda nampak bagaimana cara untuk percaya kepada pasangan anda? Kita sambung lagi dalam tajuk Harapan Kepada Pasangan pula di lain hari.

Chalo dan assalamualaikom!

Ulasan

Lalala berkata…
macam mana nak percaya lagi bila orang dah buat taik... sekarang dah takde kepercayaan nak salah siapa pula...hurmm
Cik Nursya berkata…
tp kadang2 ragu2 jgk...
ezsyani berkata…
ragu ragu perlu tapi bila terlampau sangat memakan diri sendiri aje.susuli dgn kemaafan sbb manusia tak terlepas sps kesilapan.yg penting,enjoy je.toksah kalut sgt nak beratkan kpale sndiri.lepastu tension.lepastu skit jantung.then mati.apekahh ?hee
jhnrdzi berkata…
Terima kasih Aqram. Yang ni benar benar mengilham :)
.drakula. berkata…
berhenti bila terlalu ragu-ragu...selamat.
KatekateKite berkata…
bila kita dah buat satu kali kesalahan yang amat perit untuk dilupakan oleh pasangan kita, dia jadik hilang kepercayaan lagi kepada kita, kerana sekali kita telah menyalahgunakan kepercayaan tersebut.

sukar untuk mengembalikan semula kepercayaan tersebut =(
Anem Arnamee berkata…
Percayalah seperti mana kamu mahu dipercayai.Tapi bila sekali dikhianati, parah juga.

P/S:adakalanya cinta boleh buat kita jadi durjana. Hurmm
si penulis berkata…
trust. tfaktab mcm tau2 je ye i`m facing this like 2 sec ago. haha. to be honest, sy xpenah letak trust to anyone 100%. and i guess i`ll neva can. my man & i mmg slalu facing this. mcm mn nak ckp ye, i trust him, but at the same time i dont trust him too. tp dh makin tua ni, matang yer. matang, bkn tua. haha. ble trima dah yg kita manusia ni takkan penah kehilangan sebab kita ni tak pernah memiliki. just now is the most peaceful fight we ever had. :)
Ibu Ammar berkata…
aku selalu percaya kat partner aku. tapi partner selalu tak percaya kat aku.

tau tak bila mana dia asyik ragu2, aku jadi memberontak. kang aku buat macam apa yg dia tuduh kang.. haaaa.
Qahirah Shahid berkata…
mmg susah...hurm...kdg2 ase sakit ati plak..asyik ckp bukan2...

http://beloggagah.blogspot.com/2011/04/terbakar-dada-i.html
SuperAqram berkata…
@mainur

haha. aku cuma harap, bila taik itu ada. kepercayaan kepada golongan itu tidak melibatkan semua pihak.

@nursya

standard lah.

@kc

senangkan

@eza

betul! dan sangat betul!

@johan

no sweat.

@republic

yezza!

@kate

itu perlunya harapan. nantikan.

@anem

aku faham perasan kau. huhu.

@tacha

:)

@si penulis

aku harap ia dapat membantu walau sedikit.

@alex

itu pentingnya kau kena berterus-terang tentang apa yang kau rasakan.

@mizz

cakap yang bukan2 itu terbit dari syak wasangka.
Fyqa berkata…
terima kaseh. :)
LediGagap berkata…
Trust is like a mirror, you can fix it if its broken but you can always see the cracks...

in short, just buy lots and lots of spare mirror.
kiko kiki lala berkata…
ini betul betul betul. :DD
Unknown berkata…
suke dgn entri nie..kepercayaan adalah satu perkare yg penting dlm hubungan..slgi kepercayan between others tu ade..hubungn tu akn owez tenteram..percaye bole tp jgn letakkn kpercayaan 100% mcm penulis kate tulis :) knn.. (yer,jd semkin matang bukn smkin tua..^.^)
Kumbang Jingga berkata…
Kalau boleh bende2 yang buruk tentang kita yang dulu jangan di cerita kpd pasangan..hehehe...
John berkata…
len org len akaun... xkn nk msukkn org yg laen2 dlm akaun same... kan2?? haha... try smpi dpt..xtry xtaw maa.. xkn pnh rugi, untong lg ade, klo tembakan mengena... hehe

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.