4 April 2011

Cinta Dan Dapur.



Jika kau bauuuuuuuuuuu...apa yang si Batu masak!

OK,I received a complaint here. Ada orang komplen yang gua ni balik-balik tulis cinta gagal.

"Damn it cN kau ni tak habis-habis tulis cerita gagal macamlah kau ni huduh nak mampus macam Homo Erectus! Relax la! Orang nak berkongsi cerita bahagia kau jugak. Please la cN, tolong la cerita benda-benda happy pulak!"

Ya ya right - orang cakap kesepian ni adalah masa terbaik setan nak masuk campur. Ada je pandang-pandang bawah beranda tingkat 17 rumah aku tu. Aku dah tiga kali buat - dan bila umur aku mencecah 27 tahun pada 21 hari bulan ni - aku sangat takut sebab hero masa aku kecik aku - Kurt Donald Cobain - mati pada usia 27 tahun. So, let's open up some cerita ceria pulak. Takdelah #dearfuturegf aku yang terjumpa kunci atau yang cuba pecahkan mangga Solex yang aku pagarkan hati aku ni rasa depressive sangat aku ni. Aku ada jugak bright side der.

Aku tak tau lelaki lain - tapi aku suka masak untuk girlfriend aku. Dan jugak girlfriend yang masakkan untuk aku. Bagi aku memasak adalah satu benda teknikal kemahiran hidup yang sebagai Homo Sapiens harus tahu. Tak tahu memasak boleh belajar. Tak suka memasak boleh mati. Money cannot buy everything - bila dalam perang nilah skil yang paling penting kalau kau nak tau.

Sejarah aku dengan dapur - adalah sangat panjang. Seperti aku dan keyboard komputer untuk menghasilkan nukilan-nukilan tulisan - abah aku ada dapurnya. Abah aku ialah seorang executive chef di Hotel Grand Continental KL satu masa dahulu. So, despite aku tak rapat dengan abah aku - since peristiwa pakcik psycho aku pecah tabung dan aku cakap kat dia tu - aku masih belajar memasak dengan dia macam adik beradik yang lain.

First girlfriend aku - Intan, aku tak pernah masakkan untuk dia. Mungkin masa tu takde kesempatan lagi aku masak. Tapi dia pernah masakkan aku kueyteow ladna. Technically - dia masak, tapi aku yang potong sayur potong ayam semua. So acane nak cakap tu ek? Masak sama-sama? Aku pernah terfikir nak masakkan dia tom yam dulu tapi aku tak reti, aku cuba belajar dengan adik aku tapi by the time aku dah reti masak, dia pulak lari dengan anak datuk ADUN mana entah tu.

Second girlfriend aku - Shahida, tak sempat apa-apa. Relationship balik-balik cerita tuduh menuduh aku keluar dengan perempuan mana - jeles tak bertempat, so takde apa-apa masak memasak.

Third girlfriend aku - Ezreen, or dikenali oleh fan #awekchucktaylor sebagai Mira, seorang yang paling tak pandai masak (as per say oleh abangnya). Pegang pisau pun fail. Tapi first time aku masakkan dia masa mula-mula dulu. Masa tu hari hujan dan nak keluar makan pun tak boleh sebab hujan sangat lebat. Kereta abah dia bawak. So aku masakkan dia nasi goreng kampung - sebab aku nampak dalam peti ais kangkung dan ikan bilis. Aku goreng in a modest way - no udang, no sotong(aku pun allergik seafood), no ayam. Cuma berbekalkan sambal belacan si abang dia beli lauk makan semalam tu dengan ikan bilis dan kangkung. Jadilah.

Kali kedua aku masak untuk dia tengah demam. Aku nampak beras kat rumah dia and then semalam abah dia baru pergi Tesco beli ayam. Aku beli halia, daun bawang, stok ayam Maggi dan aku masak bubur untuk dia. Arwah adik dia, aka future girlfriend aku pun turut menolong.

Turn dia masakkan aku first time masa dia dapat tau yang adik dia, masakkan aku kangkung goreng belacan untuk aku(which I tell you later). Dia cuba nak buat spagheti goreng, tapi dia gagal potong bawang dengan elok(sampai hancur-hancur). Bagi alasan kidal, which aku dengan arwah adik dia juga kidal. Then aku ajar teknik Jamie Oliver potong bawang putih - cara shortcut dan pantas. Thank God I know Jamie Oliver. Dan dia masak - tiba-tiba terlebih garam. Melihat muka aku kelat tertelan benda masin, dia kecewa. Tapi the next day aku ajar dia memasak. And bila aku ajar dia masak, dia ambik nota. Dia observe dan dia tengok betul-betul. Never give up belajar potong bawang walaupun berbakul-bakul bawang dia beli semata-mata nak perfect.

Today - Ezreen is a vegan. Kat rumah she is the master of vegan cooking. Lagi mahadewa memasak dari aku. Aku pun beli tempe dengan tauhu kat supermarket, dia buat sendiri tempe dengan tauhu. Dia buat sendiri taucu dan dia tanam sendiri kacang soya. Typical Ezreen - always nak lebih dari orang lain. Hari ni dia boleh ajar aku cara-cara nak buat French toast vegan - tanpa gunakan telur - tapi rasa lagi sedap. Aku pernah try tapi in the end, kau still rasa nak telur over kacang soya.

Fourth girlfriend - Diela - seminggu couple memang tak sempat buat apa.Fifth girlfriend - Tasha - asyik kerja nak mintak gua mentop-up je kerja dia. Selain tu, minah ni kerja dia membadak dengan menelefon McDeliveries bila lapar. Aku tak tau dia ni boleh masak ke tak - tapi both tak pernah masak sesama sendiri.

Sixth - arwah Elly - dia masakkan aku sekali. Aku juga begitu. Tapi both masa bukan jadi couple - sebab dia kat Canada baru aku couple dengan dia. Dia masakkan aku nasi lauk kangkung goreng belacan. Dia walaumacam mana pun sendiri tak makan - sebab dia allergik dengan seafood lagi extreme dari aku. At least aku boleh makan udang. Dia langsung tak boleh, kalau tak, kata dia bersin tak berhenti-henti.

So, aku nak masak untuk dia ni memang betul-betul kena pastikan dia tak kena allergik. End up aku masakkan dia sup sayur "jangan bening". Barang siapa tidak tahu jangan bening ni apa - ini adalah masakan sup Jawa. Sup Jawa bukan hanya bakso okay? Jangan bening ni adalah 'clear soup' dan sayur (biasanya bayam), direbus bersama kentang, bawang, bawang putih, dan juga suhun. Ini adalah masakan paling tersihat sekali yang paling tidak menggemukkan.

My seventh girlfriend Sue - aku ada banyak kesempatan untuk masak - vice versa. Tapi yang first masakkan ialah dia. Dia masakkan aku maggi - tapi wait a second, bukan maggi paket 2 minit tu. Ini maggi goreng berkuah. Maggi terpedas aku pernah makan. Berpeluh-peluh. Second time dia masakkan aku ialah nasi lauk sambal tumis. Ini paling terbaik. Tapi sayang dia tak makan petai. Walaupun tanpa petai - tapi serius it's still awesome. The third time dia masakkan aku ialah masa hari raya - dan tak tau nak buat apa dengan ketupat yang berlebihan. Dan boring makan rendang, boring makan dengan lodeh. Ketupat goreng - this time dua-dua bertungkus lumus. Aku blender udang geragau, goreng ikan bilis dan potong sayur(kacang panjang), dia pulak tukang masak. And honestly - among my lovers - dia ni paling pandai masak. Respect. The fourth time dia masak masa dia dengan adik perempuan aku sekali masak. Dia masakkan aku spaghetti Bolognaisse - hasil kerja tolong menolong dengan adik perempuan aku.

Aku masakkan dia dua kali je - masa tu dia praktikal kat Seremban. First time - spaggheti goreng. Sebab aku lebih suka treat makanan Barat ni untuk disedap-tekakkan oleh seorang Melayu, aku goreng dengan cili padi dan sayur sawi untuk dimakan. Second time - aku masakkan dia nasi goreng.

My eighth girlfriend - Nysa - aku masakkan dia maggi goreng, masa tu dia ada pertandingan netball. Dan sebagai balasan, dia masakkan aku kari ayam Nyonya dengan sayur bayam goreng. Well, happy meal!

Jadi bagi aku la - instead korang bawak girlfriend korang kat fancy restaurants - atau paling lekeh bawak girlfriend pergi makan McDonalds dan KFC(lepas tu bila girlfriend dah gemuk kau dumped macam tu), why not gunakan sedikit effort untuk ke dapur dan masak. Kalau nak bawak dia pergi makan pun - bawaklah tempat makan yang tip top. Jangan jadi mat bandwagon - pergi wayang, makan McD, naik kereta pusing-pusing. What a bandwagon twat. Make your girlfriend feels special. Kalau tak reti masak - belajar. Siapa cakap masak tu susah? Pergi belajar dengan Jamie Oliver.

37 ulasan:

amalin @ elyn berkata...

camne na masak samesame? bukan ad umah dk skali pun. ta kan la na msak kt umah oeg tua kite lak an.

AxieAziz berkata...

aww,
such a romantic dude u are.. how come asyik gagal dalam percintaan? =D

saye.mejai berkata...

"Today - Ezreen is a vegan. Kat rumah he is the master of vegan cooking."
nami, u typo. hihi. shld be she :)

kc kasedah berkata...

ini kali pertama aku masak utk bf aku. haha sedap ke tak,lantak la. janji isi perut =)



tp serius,kitorang nikmati makanan ngn kasih syg. ewahhh!

Cob Nobbler berkata...

amalin:tupperware adalah teknologi ciptaan manusia yang sangat unik - boleh je tapau kan?

Cob Nobbler berkata...

Axie:ntah - saya tak tau kenapa saya selalu gagal.

saye.mejai:hahaha serious tak pasan typo..

kc:great!happy meals!

Mcjust.lol berkata...

serious aku respect laki pandai masak! ;)

Nolita Sue berkata...

bontot i kembang bila u puji hahahahaha!

BonekadalamChermin berkata...

banyaknya gelfren??









WOW.

so not a silent reader now berkata...

byk nye gf... haha, okay salah point. but i do respect guy yg pndai masak! my man penah masak for me once. from what he told me, the kitchen doesnt seems so well afterward. hehe. tp tetap sedap! 2 thumbs up utk u jg sbb pndai msk! :)

Miss Shizu berkata...

mantap bro...aku suka laki pndai masak...siries cool beb...

♥ tiah ♥ berkata...

macam mane ketupat goreng tuh?
nak resepi :P

Cob Nobbler berkata...

BONEKA:boleh tak aku cakap kat mat selalu kena buang keje "wow,banyaknya tempat keje kau,hebatnya".

Samalah.

Nolita Sue:hi #7!

tiah:mintak resipi kat Nolita Sue.

♥ tiah ♥ berkata...

Nolita Sue
hye! nak resepi :P

cik fara @ fanadz berkata...

wah..bestnye ade bf pandai masak! :)

ayue! berkata...

bila aku ngah bcinta aku rajin sgt masak. kalau tak,haremmmm=p

Aslina berkata...

tatau kenapa, tapi aku lagi prefer lelaki yang kuat makan dan cuma tau masak bende2 basic je. sebab aku gila masak. dapat genetik gila masak ni dari arwah mak aku.

satu hari arwah mak demam, arwah ayah aku menggelabah kat dapur nak masak sarapan mcm mak aku selalu buat. tanya aku... mana la aku tau apape masa tu sebab baru darjah 1...

so, ending dia ayah aku masak nasik goreng yang super duper manis tapi pedas.

haha...

bila aku teringat balik... aku rasa sweet sangat. gelabah tu ayah aku masak walaupun sebenarnye goreng telur pun fail.

masa tu la. lepas arwah mak takde... tibe2 je dier terer masak makan2 yang basic. maybe sebab masa 5 tahun arwah mak aku sakit, dia terpaksa jugak blaja masak.

aku tau dia pun blaja dari jamie oliver. sebab aku balik cuti sem takleh kaco dia tengok afc channel :D

eh panjang plak komen. hihi.

aTiKa aTeRkaH berkata...

jangan bening....terbaik....aku pon suka....tapi kalau mak aku masak je lah...har har har...kalau aku masak bukan jangan bening dah...jd jangan pening..har har har

Mainur Hasnah berkata...

family aku baik laki perempuan pandai masak.. dari kecik train,\.. aku ok masak cuma segan depan orang,. pernah masak untuk bf and dorang pun sama pernah masak kan.. opsss ex bf..hahaha

LUNA berkata...

wow. berapa banyak da. hee. best nye main masak2. nice experience though ^.^

roxanne berkata...

nami nami, i nak blaja masak gak lah pasni =D

Tanpa Nama berkata...

bf ak slalu masak kn megi tok ak..tp sdap sbb die x msak megi yg biase, die ade resepi sndiri..actly die sgt cerewet..hehe
klo beli ayam nk potong sendiri, kate nye kt kdai tu kebersihan x jamin bersih..
abes kecah dpur, tp puas ati la..
serius mmg bermakne sgt3..!!
ak suke laki yg pndai masak..

cik aletheea : berkata...

wah.. romanticnye masak for gepren...
sweet je bile boys reti masak .
yeah, jamie oliver rocks!

pw3nCeSs appLe berkata...

weeeee~ sgt suke laki yg pndai masak..romantic okay ;)

my ex pnh masakkan time nk bukak pose dulu..dye pkai msukan je bahan2 yg ade wat sup mybe..but still sodap! then evrytime nk bukak pose sure teringt kt dye..*taceng

tp sye mmg xpndai masak..hehe :D

ika~~ berkata...

susah nak dpt laki yg pndai masak..i mean boleh mask pn jadilah.respect la kt ko.

cikasutinggi berkata...

best giler dpt bf pandai masak...muahahahahah....


:)

fast yg slow berkata...

adeh.terliur plak bc psl mknn ni.haish

Eve Hawa berkata...

lelaki didapur adalah Seksi.fullstop.

kyra shakira berkata...

aku juga suke lelaki yg pandai masak. memang nice

Askar MUFC berkata...

Ramai lelaki yang pandai masak, terutamanya yang biasa duduk rumah sewa ramai ramai masa belajar atau bekerja.

Kalau tengok kedai makan pun, kebanyakannya lelaki yang masak. Sebabnya lelaki masak cepat, tak renyah dan tak banyak sembang masa masak. Kecuali Chef Wan.

SHAHIRAH TERMIDI berkata...

OMG, apasal kau cool sangat ni CN. T^T. gila sweet tahap boleh dapat diabetes!

lama tak makan sayur bening. patut makin gemuk. -.-"

Z berkata...

aku pukul tekak bf aku dengan tom yum, asam pedas,kangkung goreng belacan.

die servis dengan kek.


tp betul la. bek kite masak dr mkn kat luar.
kat luar belom tentu bersih.

BEEdadari berkata...

Haha betol tu. Saya setiap kali nak jumpa ex bf sy dulu mst bwk something yg sy bake (sbb lagi suke bake), pernah jugak maskkan dia jemput jemput pisang dengan speghetti masa dia nk paper ACCA sbb nk kasi semangat belajar. Setiap kali tengok muka dia makan, rasa sangat bahagia. Perasaan yang sangat seronok (:

Tanpa Nama berkata...

Cn :aku pandai masak. pro, mehla kapel.wakakakaka

Etit berkata...

Oleh kerana aku kuat makan , memasak itu adalah satu penjimatan...

erinn kechiik berkata...

waaaa CN sangat romantiks !!! love love love !!

kyrah berkata...

gila cool