For them with LOVE
Mak,
Tanpa mak siapa la achik. Achik tak berada di mana achik berdiri tanpa mak. Mak yang banyak membantu dari segi kewangan. Walau susah mana pun, mak tetap ada untuk beri yang terbaik untuk achik. Achik ingat masa belajar dulu, achik nak pakai sangat duit. Abah takde, kerja. Mak jalan kaki 2 kilometer nak pergi bank untuk bank in kan acik duit belanja.
*serious shit air mata tetiba je mengalir masa tulis ni*
Achik tahu achik banyak buat salah. Achik admit benda tu semua adalah proses untuk meningkat dewasa dan mematangkan pemikiran. Achik tahu apa mak rasa, banyak memikul beban di bahu. Achik memang nak sangat senangkan mak. Achik nak mak rasa yang pengorbanan mak tu tak pernah sia sia. Walaupun perangai membebel mak tu kadang kadang super annoying, bila dah duduk jauh jauh ni memang rindu sangat. Selalu je rasa bila lah achik nak jadi super kaya boleh bagi mak maid seorang dua siap dengan driver biar mak tak payah buat apa apa pun lagi.
Terima kasih kerana selalu ada dengan kami adik beradik. Terima kasih sebab selalu masak sedap sedap. Terima kasih sebab belasah achik dulu sebab achik ni nakal sangat. Terima kasih kerana menjadi mak yang terbaik di dunia walaupun kadang kadang achik ada juga merungut belakang belakang. *teheee*
HAPPY BIRTHDAY EMAK ( 9 April )
Abah,
Walaupun achik selalu rasa tak puas hati kenapa mak banyak menolong kami adik beradik lebih dari abah tetapi abah tetap abah kami. Abah mengajar achik kehidupan lebih demokrasi. Rotan tu semua tiada dalam kamus abah. Abah mengamalkan kehidupan lebih kepada psychology. Buat kesalahan berat, abah suruh duduk lepas tu amik la abah gunting rambut along baik punya masa along kantoi sneak out. Haruslah along memakai tudung kalau nak keluar selama 2 bulan. Abah tak se ego mak. Kalau abah salah, abah tak malu mintak maaf dengan anak anak.
Walaupun abah terlebih 'moden' sangat, masa mak call bulan lepas, abah dah start sembahyang, achik sampai terharu menangis kat kedai makan. First and last achik nampak abah sembahyang masa arwah tok abah meninggal lama dulu. Achik harap semua dah boleh berubah dan kehidupan kita kan menjadi lebih baik kelak.
HAPPY BIRTHDAY ABAH ( 13 April )
Along,
You are the best! Walaupun kita adalah 2 orang yang berbeza, kau dengar Sinar FM, aku dengar Fly FM, kau tetap kakak terbaik. Kita boleh melepak kat semua tempat bersama. Aku tau kau susah sikit sekarang ni. Apa yang aku mampu, aku boleh tolong kau. Aku tau masa dulu aku memang boros orangnya, kau bagi aku duit sebab nak cover duit belanja kat U. Aku takkan tau yang kau tolak handphone kau kat kedai kalau bukan bf kau waktu tu yang bagitau. Sejak dari tu, aku segan gila nak mintak kau duit. Aku tak sangka kau sanggup buat macam tu.
Walau apa pun dugaan yang datang, kau tau aku tetap utamakan kau lebih dari orang lain. Terima kasih sebab kau selalu masakkan untuk aku, jadi driver, basuhkan baju, kemaskan rumah. Aku sayang kau. Kahwin la cepat sebab aku nak ada orang yang betul betul boleh jaga kau and I know you deserve a very good guy.
*kesat air mata*
okay birthday kau bulan 6 tak payah wish dulu!
Ayie & Ucuk,
Dua orang ni kat JB, jaga mak abah elok elok. Achik harap achik boleh harapkan korang berdua yang kat rumah sana. Jangan susahkan emak ngan abah. Jangan degil, jangan nakal sangat. Tinggal korang berdua je yang bersekolah sekarang ni. Achik janji achik akan cuba buat yang terbaik untuk korang, kesenangan korang. Walaupun kecik kecik dah ada handphone kan korang ni. Nak top up je baru sms achik, kalau tak, HARAM. Achik sayang korang berdua. Cehhh.. bab bab keluarga ni memnag emosi terlebih sikit!!
HAPPY BIRTHDAY AYIE ( 13 APRIL )
HAPPY BELATED BIRTHDAY UCUK ( 4 MARCH )
Semua beranak awal awal tahun, gua je sesat dah nak penghujung.
Ulasan
this achick lelaki or perempuan???kalau lelaki mintak no fon..:p
ok bye:)
petang2 touching....(T_T)
P/S : sangat comel dunia indah kamu:)
nak balik!!! huhu
bila sampai part *along*,
bergenang dah air mata..
sbb aku pun along gak..
kakak / abg sulung memang begitu..
achik, jangan boros2 tau!!!