Ayah + Ibu = Anak Yang Comel (Aku)

Assalamualaikum and a very good morning I bid to all my readers. Ehem ehem. Bukan ape. Aku saje amek mood nak speaking berabuk sebab aku ada muet esok. Tetiba rasa haram J bila teringat yang aku sepatotnya tido awal kengkononnya takot bangun lambat esok. Kikiki. Busit sume tu!

Okay, habis citer aku nak amek muet. Skang mari berfokus dengan apa yang bakal aku coretkan. Sempena minggu kekeluargaan ni, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri. Pehhh! Bukan senang siak aku nak tules based on my own experience. Sebab biasanya aku cilok pengalaman-pengalaman orang dan aku terjemahkan dalam penulisan aku.

Here it goes...

Masa aku kecik-kecik dulu, parents aku macam parents orang lain jugak. Ada ke parents yang suka suki bagi anak dorang bercinta sakan masa tengah pakai baju sekolah lagi? Aku tak rase ada. Dan kalau ada pon anak-anak muda budak sekolah yang berkapel bagai tu, aku tak rase dorang dapat approval daripada parents dorang unless parents dorang memang open gila la weh! Kalau aku dulu, parents aku tahu je aku kapel, mampos kena libas dengan hanger. Parents skang ni jangan kate nak libas anak dengan hanger, nak cubit pon alahai, sayangnyewwww... Tak sanggup lettew. Tapi memang itulah kot lumrah dunia skang. Kita bergerak dalam peredaran zaman macam beredarnya bumi dalam orbitnya dan berputarnya bumi pada paksinya. Apakah? Okay, abaikan.

Aku dulu memang agak nakal di sekolah. Agak. Nakal. So, biasalah kawan laki kan ramai. Tak terkecuali lah rase nak kapel bagai. Dah sah-sah lah aku akan kena libas punyalah kalau kantoi. Macam mana kemas pon aku simpan rahsia aku kapel, mesti akan bosor punya. Aku tahu aku typo. Tapi aku malas nak backspace memandangkan aku menulis dalam kelajuan cahaya sebab aku kena kejau masa weh. Masa tido aku dah exceed dah ni. Mana boleh jadi. Tapi takpe, demi uols, iols sanggup letak lidi kat celah mata ni. Kuikuikui.

And now, I'm twenty something (umur terpaksa dirahsiakan. kikiki). Biasalah. Dah maken kurang umur ni, maken megheyam la kan aku nak mendirikan masjid (kemaen ayat!). Tapi, apa yang aku dapat peratikan keadaan skang ni, begini...

Aku: Ibu, nak kawen...

Ibu: Tunggu habis belajar dulu. Kang dah habis, nak kawen sangat, kawen lah.

Ayah: . . . . . .

Eleh, sbnanye ibu aku tu saje je taknak bagi aku kawen dulu. Sedih lettew nak lepaskan anak yang comel dan menyenangkan macam aku ni. Huu. Dan ya, ayah aku pulak tak penah amek port walaupon telah digiatkan oleh ibu aku. And somehow aku rase macam errr macam errr macam ayah aku pon taknak lepaskan aku. Mungkin dia sedih. Dan aku bajet mesti ramai sedara-mara aku yang akan menangis masa aku menikah nanti. Kahkahkah! Tapi, kalau ibu dengan ayah aku menangis, aku sanggup tak kawen weh (hari tu), tangguh kawen hari dorang tak nanges. Kehkehkeh.

Sbnanye memang banyak kalau nak citer pasal aku kapel-kapel yang tak jadi ni aka cinta berok(beng). Sape tak paham, dia mesej pending. Aku bukan nak highlight kan pasal citer cinta berok(beng) aku tu. Tapi, apa yang aku nak highlight adalah kalaulah parents aku tak libas aku dengan hanger dulu, takde la aku boleh libas anak aku dengan batang paip nanti. Kikiki. Tu je. Bedtime story dah habis. Boleh tido dengan lena ye, kanak-kanak.

Ulasan

Nobita Sensei berkata…
libas dengan buluh lagi sakit woo.
Lalala berkata…
parent aku open je.. tapi kitorang lak naik lemak.. hurm...
juliam berkata…
amboi. kemain nak kahwin kau eh. siap mintak izin.

haha
SuperAqram berkata…
apekebenda semua ni?

hoi!

HAHAHA!
ain revival berkata…
mak ak dah suruh cari calon sekarang...haha
t jadi ank dara tua..
tp blom jmpa ag..adess!!
Ms Yunis berkata…
Penulisan kau kelakar ! haha.

nak ulas sikit pasal cinta monyet based on my own experience. aku pernah bercinta monyet tapi sayang dah terlebih-lebih pada lelaki yang takde masa depan. one day kami clash tapi aku tak menangis pun walaupun relationship kami dah lama.aku cerita kat mak aku kenapa hati aku heartless?


mak cakap : Alhamdulillah Allah perkenankan jugak solat hajat mak nak pisahkan kamu berdua. Bagus lah clash lega hati mak. belajar dulu nanti kat universiti ramai lagi lelaki handsome yang pandai2 yang beragama you boleh pilih.


Aku : Kenapa perlu handsome? haha
Nurafizah Che Ap berkata…
aku tak berani nak bersuara pasal couple nie ngn parents. sbb muda lagi kot. hihi
ezsyani berkata…
haha hadoihh.kemaen nak kawen.ewahh.ckp org lak aku neh.HAHA
Wadi AR berkata…
bapak aku da bg hint ble nk kawen? ngeee~ sbb umo aku da 22..
Tanpa Nama berkata…
Umur 17 tahun:
mak: jangan ko mengade ade pakwe. baru setahun jagung nak menggedik.SPM tak lepas lagi woi!

Umur 20 tahun:
mak: jangan nak menggatal2 lagi eh. habis belajar dulu. rugi!

Umur 24 tahun:
mak: ko tak terasa nak kawin ke?

Eleh, dah kita tumpu stadi, mana la ada masa mencari. tau2 aje dah kena suruh kahwin. ehhhh?

Zuely, satu hari nanti anda akan alami macam saya. kehkehkeh

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.