Mentransformasikan Cinta Dengan Pengiraan Matematik dan Teori Fizik


Ada satu masalah berat yang akan berlaku apabila sesuatu perhubungan cinta itu sudah menjangkau lebih dari 3 tahun. Masalah ini sebenarnya akan berlaku pada tahun-tahun berselang atau lebih mudah di sebut dalam bentuk series seperti 2n, 5n, 8n, 12n, 17n... di mana penyebut n= (exp x)

Faham? Baiklah, menurut kajian aku dalam 'Physics Method in Variation Parameter for Relationship Observation' ada memberikan teori tentang 'dugaan yang berat terhadap pasangan bercinta berkadaran dengan set masa'. Iaitu, untuk mempermudahkan orang awam faham, maksudnya ialah setiap pasangan bercinta akan mengalami satu ujian/dugaan yang berat pada tahun-tahun tertentu akibat sesuatu impak atau masalah terhadap pasangan bercinta itu. Dan teori ini valid untuk mereka yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin. Ahli fizik kemanusiaan seperti aku bersetuju dengan teori ini kerana setiap masalah percintaan boleh di terjemahkan dengan mengadakan persamaan fungsi masa (t) berkadaran dengan impak (u) di mana ia melibatkan fungsi cos x di sini.

Apakah impak dan masalah mesti berlaku terhadap setiap pasangan itu? Jawapannya ialah

BOSAN. atau BORED.

Ya. Mungkin kamu semua sudah biasa dengan punca masalah sebegini. Di ulang-ulang bukan? Tapi, kali ini aku akan terangkan lebih mendalam menurut perkiraan matematik dan fizik. Bosan di sini bermaksud apabila pasangan anda mula BOSAN dengan anda. Bosan kerana apa? Di sini aku senaraikan beberapa sebab yang popular ;

1. Selalu sangat call.
2. Call banyak kali tak angkat-angkat. (mungkin membuta)
3. Perangai macam barua. (mungkin asyik mungkir janji)
4. Selalu memberi janji manis dan harapan palsu.
5. Kecik hati sebab asyik kena 'down'.
6. Selalu sangat dating. (maka kebarangkalian aktiviti menarik semakin kurang)
7. Memendam rasa. (simpan, tak nak luah)
8. Pancut awal, tak reti, dan tiada feel.
9. Sampai sekarang takde anak.
10. Takde duit.
11. Suka berfikir bukan-bukan. 

Semua masalah-masalah tersebut membawa kepada satu direction yang tidak mempunyai magnitude iaitu BOSAN dengan segala masalah. Jadi, kerana mahu keluar dari perhubungan, sengaja memulakan pertengkaran dengan 'harapan' kesalahan memutuskan hubungan bukan terletak pada tangan sendiri. Dengan erti kata lain, cuba menyalahkan pasangan dan bebannya kepada pasangan apabila sesuatu perhubungan itu putus. (Kira macam nak elak dari bertanggungjawab lah).

Apakah penyelesaian untuk permasalahan ini?

Ada. Mestilah ada. Kalau tiada, takkanlah ahli fizik kemanusiaan seperti aku wujud di dunia ini. Caranya mudah. Benda ini melibatkan operator-operator tertentu yang di namakan expectation value. Dalam mekanik kuatum ia di simbolkan sebagai <Px> dan mana-mana canonic-conjugate value, tapi di sebabkan aku rasa untuk memudahkan pemahaman, kita guna variable algebra biasa saja iaitu x dan y.

Dengan expectation value, ia mendidik kita merancang dan meramal sesuatu. Seperti eigenfunction dan eigenvalue yang mempengaruhi antara satu sama lain dalam nilai-nilai jangkaan yang tertentu untuk kita rancang mendapatkan jawapan. Perancangan adalah penting dalam sesebuah perhubungan. Perancangan sebenarnya lebih memihak kepada lelaki kerana fungsi lelaki dalam perhubungan lebih dominan dari perempuan. Maka, lelaki lah yang perlu merancang perhubungan agar kadar kebosanan dalam perhubungan dapat di kurangkan. 

Tetapi, peranan perempuan pun penting juga dalam mengelakkan masalah bosan dalam perhubungan. Kerana, untuk mewujudkan keharmonian (dy/dx), kita memerlukan peranan besar lelaki (x^2) dan peranan perempuan (y). Iaini dy/dx=x^2+y. Ini adalah hipotesis persamaan yang cuba di ramalkan. Kita boleh selesaikan persamaan ini dengan menggunakan integration by part. Di sebabkan ada antara kalian yang mungkin sedikit lembab menjawab soalan matematik tahap tinggi sebegini dan mungkin ada antara kamu semua sedang berada dalam mood peperiksaan, aku berikan jawapan persamaan tersebut ;

dy/dx = x^2 + y 

dy/dx - y = x^2 ----- (i), 


terjadi dalam bentuk dy/dx + P(x)y = Q(x)

P(x)= -1, v(x)= e^∫[P(x)] 

v(x)= e^∫-1 = e^(-x) --- (ii)

darabkan (ii) ke dalam (i)


e^(-x)dy/dx - ye^(-x) = (x^2) e^(-x)

d/(dx ) ye^(-x) = x^2 e^(-x)

ye^-2 = ∫x^2 e^(-x)

Dengan menggunakan integration by parts iaitu ; uv - ∫vdu

Di selesaikan sampai kepada jawapan ;

y = (-x^2) - 2x + 1 + Ce^-x


Berdasarkan jawapan yang kita perolehi, kita mendapat satu persamaan -x^2 yang jika di lakar pada graf, ia merupakan garisan linear inverse di mana nilai exponent iaitu e^-x telah menyebabkan ia meningkat ke arah negatif. Sila lihat graf yang telah di plot di bawah ;


Maka, setelah beberapa analisis telah di buat bersama beberapa pakar matematik yang aku jumpa. Kita dapat menyimpulkan bahawa graf menunjukkan ia selari dan dan bukan sebuah graf berulang seperti persamaan lengkungan mahupun cos. Pada awalan sebelum ini, kita menjangkakan masalah pasangan terjadi kerana kebosanan, dan kebosanan terjadi kerana graf pengulangan, ternyata ia tidak tepat. Walaubagaimanapun, dengan merujuk nilai -2x, ia menunjukkan tanggungjawab lelaki itu menjadi dua kali ganda dari kebiasaan apabila tercetusnya pertikaman lidah kerana masalah peranan. Simbol negatif itu juga seolah memperlihatkan lelaki memang cepat 'down' bila diberi peranan besar sebegini. Agak kasihan juga kepada lelaki kerana terpaksa memikul tanggungjawab yang berat dalam perhubungan. Apatah lagi, dengan fungsi exponent yang seolah menunjukkan ketidakpastian lelaki apabila terjebak dalam masalah sebegini.


Kesimpulannya, aku menolak untuk menjadikan masalah bosan sebagai teori pergaduhan antara pasangan. Ini kerana, dengan pengiraan yang telah di ambil-kira. Masalah pasangan melalui teori awal iaitu 'dugaan yang berat terhadap pasangan bercinta berkadaran dengan set masa' ataupun masalah kebosanan berpasangan lama, adalah kurang releven berbanding masalah tanggungjawab. Ya, aku berpendapat sebenarnya bukanlah sebab kebosanan menjadikan hubungan bertambah renggang, tetapi masalah kurang bertanggungjawab antara sesama pasangan yang menyebabkan hubungan pasangan semakin renggang. Bagaimana? Itu saja kajian yang dapat aku bentangkan kali ini. 

Chalo, Assalamualaikum!

Ulasan

Cik Nursya berkata…
siap ade graf.. x tahan... mybe lame2 mungkian akan timbul prasaan bosan kot.. tp makin lame makin syg yer jugak.. hehe.. gatal.
ezsyani berkata…
tahniah.pasti pelajar cemerlang add math dulu.bravosss :D
AlexiaAqram berkata…
sebab tu aku tolak faktor bosan, sebab ada juga istilah semakin lama, semakin sayang. LOL!
ayue! berkata…
hebak-hebak...
Aslina berkata…
kurang tanggungjawab sesama pasangan = kurang sensitif terhadap pasangan?

logik... logik....



heh.
Verdict berkata…
kurang tanggungjawab = kurang sensitif = sambil lewa = comfort zone?
AlexiaAqram berkata…
kurang tanggungjawab membawa kepada perselisihan.

perselisihan membawa kepada kurang sensitiviti.

dan itu semua baru membawa kepada masalah bosan.

maknanya bosan bukan punca utama.
LiNdA ZaiN berkata…
owesome..!! teori ini dapat di aplikasi kpd semua pasangan.
mr_right berkata…
its great !
saye bakal ahli geoFIZIK.
insyaAllah(:

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/04/merdeka-mr-right-bile-lagi.html
Wadi AR berkata…
arghhhh! aku xphm..
miasara berkata…
aku skip dowh part ko menunjukkan skill math ko.. haha.. did i missed anyhing interesting?
Lalala berkata…
part kira-kira aku terus scroll ke bawah laju.. betul bosan pasal bosan punca kapel lama je break.. sebab masing2 tak reti nak hangatkan hubungan.. dah macam tak kisah sebab pikir dah lama kapel pasangan akan paham kot..
K2r~90 berkata…
aq tengok math tu pon da bosan hahaha
Unknown berkata…
wah ! teruja lah. hehe. formula yang bagus.

Rindu pulak zaman sekolah time belajar fizik dengan addmath. hehe
Tanpa Nama berkata…
math, phy dengan cinta... formula menarik..
shahirahkhairudin berkata…
agreeable.
sebabnya kurang rasa bertanggungjawab. ditambah pulak dengan ego. hubungan tu pun jadi ke laut lah jawabnya.
zey berkata…
woyy..gila genius! cam nak wat gak r graf tuh! haha!
Shah_Real berkata…
huh..guna formula 'add math'..
nice entry
Shahada Fauzi berkata…
dah macam belajar add math pun ade aku rase..ahaha..

yup..setuju..tanggungjawab tu macam amanah yang paling berat harus dipikul dalam sesuatu perhubungan..tak kesah la time couple @ married sekalipun..
shimakamal berkata…
ok pening.bosan?mande de..kalau saling complete takkan bosanlah,hari2 honeymoon.;p
Mira Yusoff berkata…
Kau ni genius sangat arhh . Grr .

Kau buat aku terasa tau tak pandai physics and add maths .

Hue Hue .
Elena Reeney berkata…
gua tak suka add math sebab gua selalu gagal dulu. nasib baik SPM, add math gua agak cantik. haha. okay bab kira kira gua scroll terusss..
Tanpa Nama berkata…
terbaikkkk!!

ak suke..tp ak punye addmath n phsyic (arrgh, eja fizik pon ak failed!!) terlalu cmerlang (terok) huhu..
so ak skip je part2 ade bnde2 tu..hihihi..
Ibu Ammar berkata…
aku tak peduli sangat dengan teori matematik n fizk dan segala graf tu. pusing kepala dah lama tggal math n fizik.

tapi konklusinya boleh pakai. teori kurang tanggungjawab punca utama hubungan lepas beberapa tahun jadi renggang. senarai dia atas tu semua tak lain cuma alasan je.
Amoi berkata…
Kau kenapa aqram tulis macam gini. kenapa bahasa math ni. ai langsung tak faham awak tulis ni. *marah*
abstract motion berkata…
kenapa byk add math ni? tak pe laa. nanti je la aku baca.
Unknown berkata…
differential equation.. aku tak suka tajuk neeh.. huh
SilentReader berkata…
teori ni pada aku memang tepat especially bab senarai kenapa pasangan cepat bosan haha!

aku admit,antara reason aku dumped boyfriend aku ada pada sebab no4 dan no7.
boyfriend sekarang pun,ada ciri-ciri no4 dan no7 tapi aku dah warninga awal2.kalau tak,tata jawabnye.
Nur berkata…
pergh..equation siap hah. memang tak paham satu hape..
rekbing berkata…
cinta+matematik. demm, aku foreveralone+mathdumb mana la paham. haha!
WWWWWWWWaaaaaaaaaUUUUUUUUUuuuuuuuuuuuuuu...
Jemari MonteL berkata…
no 1, 2, 3, 4, 5, 7, 10.... yg nih ako ngah tanggung dan alami (walaupon ako takdok gewe)...

tp takpe... SINGLE is BETTER wat mase skang.... huhuhuhuhuhuh
Unknown berkata…
pening tengok calculation nie ....adeh...
Asip Hussin berkata…
Aku tak paham ape kaitan kire-kire tu dengan teori bosan dgn pasangan. Saje buat kire2 utk tunjuk yg cite ni saintifik? Kalau just buat graf mendatar (awal kenal), pastu menaik (dilamun cinta) dan kemudian menurun (comfort zone) aku paham la kot huhuhu

Aku rase kire-kire tu merepek je. Tak perlukan kire-kire untuk buktikan kisah cinta. Tapi kalau ada pengiraan saintifik yang boleh membaikkan hubungan suami isteri, mengelakkan cerai dlm rumahtangga, yang mmg boleh diaplikasikan dlm kehidupan, ok, sile utarakan..
yannstereokumonomu berkata…
peninggg ! tak suka kalkulus !wekk haha :P
Miss Petite berkata…
gua dah tak peduli bab kajian yang lu buat tu, tapi gua tetibe rindu add maths...seronok baca formula je...hahaha
Fit berkata…
nasib baik bkn aku sorang je yg skip kat formula tu wahaha
picairin berkata…
kajian yang menarik,... =)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.