Entri ini 99% perasan dan 1% keagamaan.

Seorang lelaki mengepos status ni pagi semalam.

“Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?”

Saya senyum sendirian.

Of course la free hair saya lagi lawa.

“Astaghfirullahalazim!” Awak mesti cakap camtu kan.

Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang kepada cermin dan berkata “Hai beautiful.”

Sungguh, rambut saya cantik sampaikan kalau Erra Fazira tengok pun dia akan depressed sebulan dua.

Eh, perasan la you ni.
Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu?

Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok.

Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika.

Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke?
Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu selalu, sisir elok-elok, dan trim dengan kerap. Jadi dia tumbuh elok.

Saya bukanlah anak orang kaya, setakat mandi air panas bolehlah. (eleh kaya jugak tu kan ada water heater).
  
Rambut kan mahkota seorang wanita. Mestilah jaga. Mesti cantik, mesti berkilat, mesti wangi. Tudung ke tidak, jaga rambut itu wajibalghunnah.

 #flipshair

Eleh, kamu cover rambut. Boleh la buat statement macam ni. Entah-entah rambut macam bulu hidung panda.
Hah? terasa ai tahu.

Siapa kata? Orang bertudung la rambut paling lawa. Tak terkena sedikit pun cahaya matahari Malaysia yang penuh UV-A dan UV-B ni.

Lagi satu, kalau rambut freehair cepat  rosak. Mana taknya, kejap hujan kejap panas. Kena sapu lembapan tambahan, kena ada multivitamin tambahan.  Orang free hair hari-hari ada bad hair day. Kami tak ada pun.

Kalau simpan elok-elok bawah tudung, bila balik rumah , turunkan rambut cantikkkk je dia jatuh. Ala macam iklan sunsilik tu. Guna jari pun boleh.

Jaga rambut baik-baik, tapi tidak ada siapa boleh menghargai. Kesian kamu.
Eh, saya tidak pernah kasihan kepada diri sendiri. Malahan saya lagi bangga.

Benda yang special dan cantik haruslah dieksklusifkan, macam rambut saya.
Takkan lah saya nak bagi orang sesuka hati tengok.

Nanti bila ada pasangan yang sah , saya bagi la dia tengok puas-puas. Nanti tiap hari bila saya balik rumah, saya menarik tudung secara dramatik lalu berkata,

“Abang rambut saya macam Jessica Alba tak?

Dan dia akan menjawab  “Jessica WHO?”

dengki kat I le tu Jessy.[link]

La, tunggu kahwin baru nak freehair, itupun dalam rumah?
Rugi ke? Tak saya tak rasa rugi. Itulah nilai eksklusiviti aurat Muslimat dalam Islam.

Aurat yang terlalu cantik dan menarik perhatian, sampaikan ia terpaksa disimpan hanya untuk tatapan orang-orang istimewa sahaja.

Skandal? Boyfriend? Teman tapi mesra? Eh, tak cukup layak lagi tengok keJULITAAN rambut saya yang aum ini. Biar suami sah saja tengok, oke tak.

Kalau dia tak suka?

Ah, sukati dia la. Mesti dia jeles rambut dia tak lawa macam rambut saya. #flipshair


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
SUKA !!

- . . -
kembang lobang hidong kejap. terasa anggun dengan bertudung. muahaha.
.drakula. berkata…
berpura-pura demi kita.
Unknown berkata…
suka

dakwah yang bersahaja

moga y free hair sedar hakikat ini
TheBentPencil berkata…
@nurrezaly: yesss! rambut kita lawa kann. #flipshair


@miss ran: entri dakwah? ni entri perasan ni. hehehe
Lucy S. berkata…
love it!

hahahaha.

biar la kita mmg obligate pakai tudung daripada on off kan:)

utk kebaikan diri sendiri and org sekeliling jgk.
cikpia berkata…
dakwah dalam perasan atau perasan sambil berdakwah.........??? either or, TERBAEK!!!
Amirulhazim Alias berkata…
smart. cara cakap yang sempoi dan simple. LIKE. seriously suka.
ksyu berkata…
bagus2..
pakai tudung cantik , bila tak pakai pun cantik...2 2 cantik...kn3..hehe
pakai tudung kat luar...free hair kat rumah...anggun...^_^
Tanpa Nama berkata…
haha. hebat la. ni bukan auta tapi FAKTA :) thumbs up dear
Jemari MonteL berkata…
*mengawal tahap bokaan lobang idong yg kembang kempis akibat bangge*

sesungguhnye berhijab itu menawan... sekian, macehhh ~!!!!
Tanpa Nama berkata…
ok..like this one..biar org tak pakai tudung terasa..tp pakai tdg dgn niat ikhlas la ok dear..peace ! ^__^
Unknown berkata…
setuju.hanya orang2 terpilih shje boleh tgok.
abyahuys berkata…
sangat suke + sangat setuju ^^
Aku Skema berkata…
saya freehair tapi saya tetap hensem..haha
Wahida Samsuddin berkata…
pakai tudung bukan satu alasan untuk x jaga rambut. mcm pakai baju la, bukan alasan untuk x mandi. hehu :)
ewanthology berkata…
pakai tudung lagi comel
Dunia Mommy Comel berkata…
adeii terantuk sendirik la..huhuk..anyway nice entry suka sangat2
Ms Yunis berkata…
dialogue tuh comel. saya rasalah ! :P
sempoi dan bijaksane care penyampaian ni...thumbs up!!!
Unknown berkata…
nice.... manusia tidak dinilai secara pukal.. mungkin org free hair berdosa dari satu hal..tapi berpahala dalam satu hal yang lain... akhirnya akan ditimbang di neraca... kalau baik ke syurga la dia, kalau berat dosa ke neraka la dia...wallahualam.
Tanpa Nama berkata…
thumbs up!!!
yg cantik n eksclusif bia la utk selected people je...rambut org pkai tudung mmg cantik! heheh

yg free hair...bile lg?? ;)
Encik Akmal berkata…
exactly. simpan keistimewaan itu untuk yang benar2 berhak. :)
Gumiho berkata…
nice entry and i do agree..;)
Syisyi berkata…
Sempoi je ayat.
I Like~~
Terperasan seketika :DDD
Ara berkata…
oh my god, the bent pencil, nape la i xknal org cool mcm u ni dr dlu lg? ;)

Well-said!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.