Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kitab terfaktab

Senarai Nama dan Tracking Number untuk Pembeli Buku KT/Diorama/MDalam

Imej
Hai hai selamat petang semua hensem dan hensemahs sekalian! Sudah beli KT3? Belum? Sudah? Haa, tak kira sudah atau belum, sudi-sudilah bookmark Online  Shop   kami, manalah tau sat lagi termengidam nak beli ka. Huhu! Online shop ini lebih tersusun berbanding cara kami sebelum ini. Jadi sekarang, bila nak beli buku, hanya perlu isi di Terfaktab.com. Anda tidak perlu memeriksa email anda beberapa kali sehari untuk tengok reply dari saya. Hanya lihat akaun anda dalam Terfaktab.com dan kami akan tulis samada On Hold (belum bayar lagi), Processing (dah packing tapi belum hantar) dan Completed (dah pos--akan letak tracking no later). Pos ini akan diuruskan setiap Isnin dan Khamis sebab maafle, bahagian sales ni sibuk sikit :P Ha, bagi yang belum dapat tracking number camane? Meh sini, saya senaraikan di bawah. Sila-silalah tengok. Masukkan nombor ni dalam Track And Trace Poslaju dan tengok samada dah sampai ke tak. Kalau ada masalah tak sampai lagi ke, barang ros...

Jualan Murah Kitab Terfaktab Kembali Ke Kolej!

Kembali Ke Kolej? Yes, jualan murah untuk kawan-kawan kita yang mungkin asyik pinjam buku kita tapi tak pulang-pulang kan buku. Sedih kan bila buku tak dipulang atau bila pulang, buku itu jadi astaghfirullah.. rabak rabak dan koyak. Jadi, jualan murah Kembali Ke Kolej ini memang sasarannya kepada kawan-kawan kita yang masih belajar di kolej dan universiti. Sebab budaya pinjam meminjam buku banyak di kolej kan? Apa lagi, beritahu pada kawan-kawan anda yang kaki pinjam itu supaya beli saja dengan Terfaktab secara by-post terus sebab harga buku sedang murah! Cakap saja pada mereka supaya layari terfaktab dan isi borang pembelian, bayar kat bank dan email bukti pembayaran. Lepas tu tunggu dalam 2-3 hari buku akan sampai. Ha, bacalah, simpanlah jangan pinjam-pinjam lagi. Hihihi. Ala yang tak kaki pinjam pun boleh beli. :P Jualan murah ini berlangsung 10 hari dari 21 September 2012 hingga 30 September 2012 . Jom beli! Isi borang kat bawah ni tau! Loading...

Korang Semua Memang Power!

Imej
Ada dua benda sahaja aku nak sampaikan kali ini; 1. Sahaja aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang datang ke soft-launching Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal pada 29 April lepas di Dewan Tun Hussein Onn PWTC Kuala Lumpur. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Lejen Press dan FIXI kerana sudi memberi pihak kami iaitu Terfaktab Media menumpang barang sekaki dua melancarkan buku kami di booth korang.  Meriah wehh! Ucapan budi kasih juga aku ucapkan kepada semua warga skuad Terfaktab dan komplot Terfaktab kerana melibatkan diri, menonjolkan diri dan memalukan diri sewaktu soft-launching. Seperti Mofasad misalnya, perut dia je dah makan space dua orang. Elok-elok booth tu boleh muat 200 orang, masuk dia, jadi 198. Ini tak adil. Hehehe. (gurau je) Skuad Terfaktab yang hadir ketika soft-launching ialah Penulis.Sahaja, Elena Reeney, Mr Kay, Brader Leplep, Nami Cob Nobbler, Lord Zara, The Bent Pencil, Isaac Ismael, Husky Pusky, dan Hellioz (dia datang we...

The Checkmate (preview)

Imej
Source Naja memegang kotak berbunga itu. Erat. Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia. Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona. “Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja. “Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja. Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam. Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan. ----------------------------...

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Imej
Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta. Marilah bernikah, buat apa tunggu lama-lama buat dosa kering? Baik nikah, dosa kering jadi pahala barkah. Yummy yummy bak gediks-gediks kata. Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal merupakan buku keluaran kedua dari skuad Terfaktab yang bakal memasuki pasaran pada April ini ketika permintaan buku keluaran pertama Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti turut mendapat sambutan menggalakkan dalam arena penulisan independent. Kehadiran buku kedua ini pasti memeriahkan lagi, atau menambah rasa secara total khusus kepada semua Terfaktab-Lovers yang menyokong Terfaktab hingga ke hari ini. Ye lah, sebelum ni ada orang cakap buku pertama agak nipis, tak puas, klise lah. Ha, sekarang ni amek kau. Kami bagi tebal dan karya padu yang belum tentu ada penulis lain buat kat Mal...

Dari Pejabat Terfaktab 6

Imej
SUBANG JAYA, 24 Feb - Terfaktab, sebuah kumpulan penulis-penulis blog yang berbakat kini boleh menarik nafas lega dengan satu perkembangan terbaru yang bakal memberikan impak positif terhadap hala tuju Terfaktab pada masa hadapan. Terfaktab kini secara rasminya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama TERFAKTAB MEDIA  bagi melicinkan penerbitan, penjualan dan pemasaran produk-produk penulisan kreatif dari skuad penulis Terfaktab khususnya pada produk Kitab Terfaktab dan blog Terfaktab.           Disamping itu, dengan permulaan sebagai sebuah kolonial media, Terfaktab juga akan menghasilkan produk-produk yang bakal memberi pulangan memuaskan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab diseluruh negara. Antara produk-produk yang bakal dipasarkan ialah t-shirt Terfaktab edisi terhad, cenderahati, aksesori dan sebagainya. Pihak TERFAKTAB MEDIA juga berkenan untuk mengembangkan perniagaan...

P E R O M O S I

Imej
Gua kena paksa sebenarnya nak buat entri ni dengan LejenPress. Namun, gua akur kerana demi menegakkan unsur kapitalisma yang bersih dari cengkaman freemason dan illuminiti. Gua tulis jugak demi kesejahteraan umat manusia yang dahagakan ilmu dan kasih sayang. Ya, kami-lah hero sebenar. Kamilah penyelamat minda kamu semua yang semakin hari semakin dijerluskan dengan program-program realiti dan siri Cinta Elysa. Nasib baik dah tamat siri itu. Layari laman LejenPress di www.lejenpress.com LEJEN PRESS - Sebuah syarikat penerbitan buku yang berlagak dan angkuh. Tetapi tidak menerapkan semangat Umno mahupun Pas. Sebaliknya syarikat yang diterajui dua anak muda, dan bakal tiga tak lama lagi dengar ceritanya adalah satu-satunya syarikat penerbitan buku yang mempunyai masa depan cerah dalam menumbangkan monopoli Alif 21 (abaikan typo) kerana hanya yang terbaik dari yang terbaik sahaja akan diterbitkan oleh Lejen Press untuk selera anak muda kini. Dengar khabar Ben Ashaari juga berminat hendak ...

Pemenang Kitab Terfaktab

Imej
Assalamualaikum. Hai!  Berdebor tak bila tengok tajuk entri ni? Kehkeh. Tapi sebelum tu, kami nak mintak maaf sangat-sangat sebab terlewat dari tarikh yang kami janjikan nak umum pemenang. Kami bukan malas cuma errr tak sempat. Kot. Hehe. Ye, kami akui tempoh kelewatan tu bukanlah sehari, bukan juga seminggu, tapi mujur belum sampai sebulan. Kalau tak, kami memang nak bakar je opis ni. Takde sorang pon nak dok umum keputusan ni. Kesian la kan kat pembaca-pembaca yang tersayang. *amek hati* So, setelah kami buat penilaian, pemerhatian, pengiraan dengan menggunakan pelbagai jenis formula yang Sir Isaac Newton mahupon Albert Einstein pon pasti gerun bila mengetahuinya, jadi kami telah pon sepakat untuk memilih satu pemenang. Kenapa satu? Sebab memang kami nak satu je pemenang tapi bukan satumalaysia. Kahkahkah. Okay, tak lawak. =.=' Sbnanye memang banyak lagi nak merapu tapi memandangkan ni entri mewakili satu terfaktab, jadi tak bolehlah nak buat macam entri sendiri. Baiklah. Tanp...

Terfaktab Setahun Bersama, Pertandingan dan Hadiah Untuk Pembaca!

Imej
"Sudah setahun kita bersama sayang." ujar seorang lelaki sambil memutar-mutarkan sebatang lighter berjenama Zippo. Matanya tepat memandang anak kecil yang sedang seronok bermain-main gelongsor, papan jongket dan bermacam lagi mainan di satu taman permainan. Haritu ramai betul anak-anak kecil bergembira di taman. Maklumlah, sudah 3 hari hujan petang berturut-turut. Hanya facebook dan youtube sahaja teman mereka. "Hurm, yeap. Lama kan? Banyak betul naik turun yang kita alami." seorang wanita seperti teman kepada seorang lelaki tadi senyum menjawab ayat yang dinyatakan. Perempuan itu nak di katakan seorang yang terlampau keagamaan sangat tidak pula dia sarung jubah ke mana-mana. Nak kata terlampau seksi tidak menutup aurat, tutup sahaja semuanya. Tudung tiga segi yang biasa menutup rambutnya, baju t serta cardigan hitam di luar serta seluar labuh menjadi pakaiannya haritu. "Awak rasa kita ni bagus tak?" si lelaki tadi menyambung perbualan. Lighter tadi di...

Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di Helowin Datang Lagi

Imej
Jangan lupa ya kawan-kawan. Esok, bertarikh 31 Oktober bertempat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, adalah hari berbahagia buat anda kerana anda semua boleh mendapatkan Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di event Helowin Datang Lagi : Pelancaran 8 Judul oleh 7 Penerbit. Ya, walaupun Kitab Terfaktab telah dilancarkan pada 1 Oktober lepas. Pada event kali ini, ia lebih kepada pelancaran untuk cetakan kedua Kitab Terfaktab (hamboihh). Seperti yang anda maklum, cetakan pertama telah habis di jual. Kerana Kitab Terfaktab telah mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan , maka kami dan pihak penerbit bersepakat menerbitkan cetakan kedua. Ala senang cerita. Tumpang kaki apa salahnya ye dak? Buat roadshow sekali. Banyak cerita pula nak terang panjang-panjang. Ok. Event kali ini bukan setakat Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor saja. Malah juga ada buku-buku lain yang maha power dan sensasi. Berikut ialah senarai buku-buku dan pihak penerbit yang terlibat. 8...

Terkini Dari Terfaktab

Imej
Salam 2-0 kepada semua. Sejak akhir-akhir ini, pejabat Terfaktab nampak tenang sedikit setelah kelancaran launching dan roadshow untuk Kitab Terfaktab. Pihak skuad mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian semua, peminat dan proksi kerana membeli produk kami iaitu Kitab Terfaktab Edisi #1 dan tegar membaca hasil penulisan kami di blog ini.  Mengenai Kitab Terfaktab, hasil perkhabaran yang telah kami terima dari pihak penerbit iaitu Lejen Press menunjukkan hanya tinggal lima belas (15) buah buku cetakan pertama yang tinggal untuk di beli. Sebarang cetakan kedua menurut hebahan rasmi setakat ini bergantung kepada pihak penerbit yang akan menguruskannya. Pihak skuad telah menerima beberapa aduan dari para pembeli mengenai hal kelewatan mendapatkan Kitab Terfaktab. Umum yang kamu tahu dalam hal ini, pihak penerbit iaitu Lejen Press telah pun melakukan penghantaran pos secara berjadual pada hari Rabu dan Jumaat. Telah dikenal pasti bahawa, masalah keterlambatan ini mungkin ...

Kitab Terfaktab Ipoh Roadshow : Mekaseh Yob!

Imej
Leplep dan katak kesayangan IPOH : Sebuah kenangan yang lejen apabila skuad Terfaktab diwakili oleh penulis, Brader Leplep, Elena Reeney, Bani Hakim dan Cob Nobbler menerjah bandaraya rock Ipoh bagi menghadiri roadshow Kitab Terfaktab #1 yang di anjurkan oleh pihak penerbit iaitu Lejen Press (diwakili Deus) dengan kerjasama oleh Projek Rabak (diwakili Suffian Abas) Rombongan skuad Terfaktab kali ini juga dihadiri oleh puaka-puaka kesayangan Terfaktab yang lain seperti Abu Dolah, Ashraf Shadan, Razman Namzar, Siggplus, Syahid, Brader ChaCha, Paeh dan tak lupa tourist guide untuk Skuad Terfaktab kali ini iaitu saudara Bule dari Gopenghagen. Rombongan dengan menaiki tiga buah kereta iaitu kereta yang dipandu oleh Abu Dolah bertemankan jurupandu Ashraf Shaadan membawa penulis, Elena Reeney dan Brader Leplep. Kereta yang dipandu Siggplus pula bertemankan jurupandu Razman membawa Deus, Cob Nobbler dan Bani Hakim. Manakala sebuah kereta lagi tidak dapat dikesan kerana khabarnya mengalami...

Kitab Terfaktab Launching : Terima Kasih!

Imej
Cun! SUBANG JAYA : Melangkaui transformasi perhubungan yang dinamik. Itulah kesimpulan yang boleh diberikan setelah pelancaran secara santai-nya Kitab Terfaktab di Uya Distro, Subang Jaya kelmarin. Dengan kehadiran para peminat dan tetamu kira-kira 5000 orang (tipu), venue Uya Distro sesak dengan pelbagai aksi dan gelagat penulis dan peminat Terfaktab.  Acara yang dimulakan lewat setengah jam gara-gara menunggu semua puaka-puaka Terfaktab, Sarkasis, Sokerleaks, KontrolHisteria (geng projeKomrad) tiba dengan paluan kompang dan tiupan wisel. Namun, itu tidaklah mencacatkan aturcara majlis kerana kesempoian para lovers yang sanggup menunggu dengan penuh sabar dan istiqamah. Menunggu untuk dapatkan tandakaki dan tandatangan serta tak lupa juga bergambar secara puaka dengan penulis. Event kali ini dipengacarakan oleh ketua editor Kitab Terfaktab iaitu saudara Syazrul Aqram atau lebih dikenali sebagai Aqram. Dengan gaya neves kerana menjadi pengacara bidan terjun. Saudara Aqram memu...

Aturcara Launching Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor dan Zine Sarkasis Horizon Raya

Imej
TARIKH: 1 OKTOBER 2011 TEMPAT: UYA DISTRO, SS15 SUBANG JAYA, SELANGOR MASA: 4.30 - 6.30 PETANG 4.00 Petang : Ketibaan para tetamu yang tidak diundang. (Suka diingatkan di sini bahawa masuk ke Majlis Pelancaran ini adalah percuma. Sesiapa yang menjual tiket untuk medapat keuntungan tepi daripada penganjuran majlis ini akan didakwa mengikut suka pihak penganjur dan penerbit buku yang garang) 4.10 Petang : Ketibaan para tetamu yang diundang. 4.15 Petang : Pendaftaran tetamu untuk cabutan bertuah. 4.20 Petang : Persembahan Gamelan oleh Shafirul Azmi diiringi penari kebudayaan daripada Ultras Subang Jaya. 4.25 Petang : Perarakan masuk para penulis Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor & Horizon Raya. 4.30 Petang : Perarakan masuk pihak penerbit (baca: Lejen Press) diiringi percikan bunga api dan tepung tawar. 4.40 Petang : Persembahan pembukaan oleh artis jemputan Cikgu Vee . 4.50 Petang : Sessi memperkenalkan barisan penulis buku. Ucapan ringkas dan persembahan bebas d...

Dari Pejabat Terfaktab 4 : Launching Kitab Terfaktab

Imej
Hai kawan-kawan! Kami dari Skuad Terfaktab menjemput korang semua ke launching Kitab Terfaktab yang akan diacarakan di Uya Distro, Subang Jaya SS15, Selangor DE pada 1 Oktober 2011 (Sabtu). Acara akan dimulakan pada pukul 4.30petang dan sampai-lah habis. Hehe. Juga nantikan Kitab Terfaktab yang akan berada di Ipoh yaw! Ipoh  Rock-city. Moh la datang!  p/s: Malam ini, Kitab Terfaktab telah boleh dibeli secara walk-in di Uya Distro. Dan untuk penghantaran post-order, akan dimulakan pagi esok. Yipee!