Dari Pejabat Terfaktab 6
SUBANG JAYA, 24 Feb - Terfaktab, sebuah kumpulan penulis-penulis blog yang berbakat kini boleh menarik nafas lega dengan satu perkembangan terbaru yang bakal memberikan impak positif terhadap hala tuju Terfaktab pada masa hadapan. Terfaktab kini secara rasminya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama TERFAKTAB MEDIA bagi melicinkan penerbitan, penjualan dan pemasaran produk-produk penulisan kreatif dari skuad penulis Terfaktab khususnya pada produk Kitab Terfaktab dan blog Terfaktab.
Disamping itu, dengan permulaan sebagai sebuah kolonial media, Terfaktab juga akan menghasilkan produk-produk yang bakal memberi pulangan memuaskan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab diseluruh negara. Antara produk-produk yang bakal dipasarkan ialah t-shirt Terfaktab edisi terhad, cenderahati, aksesori dan sebagainya. Pihak TERFAKTAB MEDIA juga berkenan untuk mengembangkan perniagaan di dalam bidang pengiklanan di web dan khidmat kaunseling.
"Kita mahu memastikan Terfaktab kekal fleksibel dalam dunia penulisan kreatif", ujar Ketua Pengarah Terfaktab Media, Alexia Aqram hari ini.
Mengenai perkembangan Kitab Terfaktab Edisi 2 pula, beliau mengatakan perjalanan pembikinan sedang berjalan rancak dengan para penulis giat memberikan karya kreatif yang terbaik.
"Saya yakin dengan kemampuan penulis-penulis yang akan memberikan nafas baru dalam penerbitan Kitab Terfaktab 2", tambah beliau. Difahamkan juga bahawa AlexiaAqram akan bercuti sabatikal selama 6 bulan dan tempat beliau akan dipangku oleh Pengarah Urusan Terfaktab Media, Penulis.Sahaja yang juga merangkap Ketua Editor Kitab Terfaktab kali ini. Beliau juga berasa komited dalam penerbitan kali ini.
"Saya menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan teratur untuk Kitab Terfaktab edisi 2. Saya juga telah mengerah skuad terfaktab untuk mengeluarkan idea yang lebih bernas dan memberi semangat yang jitu kepada pembaca. InsyaAllah lebih memuaskan semua.", ujar ketua editor tersebut. Kitab Terfaktab 2 dijadual terbit pada hujung April 2012 akan datang dengan membariskan 17 pengkarya dan penambahan topik yang akan menjadikan kitab lebih tebal serta lebih berinteraktif.
"Nakal tapi halal", kata Pengarah Koperat Terfaktab Media, Elena Reeney, pada hari ini apabila ditanya mengenai Kitab Terfaktab edisi 2.
Sekian laporan ringkas dari pejabat Terfaktab.
Ulasan
mohon editor buat kerja.. kahkah
sudah dikemaskini. terima kasih. :)
bagus hang pa ni..
_zebentpenzel
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak
celah mana datang Pengarah Korperat?
Pemilikan tunggal dengan perkongsian mana ada board of director.
#Just saying
ada yg percaya ke?