Makwe vs Rokok
Smokinnnnn'!
"Kalau abang Rosyam nak couple dengan Effa, satu je syarat Effa bagi kat abang Rosyam, abang Rosyam kena berhenti hisap rokok, boleh tak?"
Sepanjang aku bercouple dengan gadis-gadis - girlfriend aku yang hisap rokok cuma dua orang - out of 10. Erica dan Ez - itupun si Ez tu givap lepas tengok aku dengan abang dia kemain hisap rokok, givap nak jadi suci dari rokok.
Anyway, aku ada satu persoalan yang tak pernah terjawab: Kenapa gadis-gadis prajudis sangat dengan lelaki perokok sedangkan hampir 90% lelaki adalah seorang perokok? Kenapa, warum, pourqoui, tim kay yah? Kenapa aku tanya soalan ini? Sebab nenek aku seorang perokok, mak aku seorang perokok - jadi bagi aku adalah okay untuk awek aku hisap rokok. Jadi kalau awek aku hisap rokok, automatiklah prajudis terhadap perokok dari makwe aku itu akan hilang.
Antara sebab-sebab yang aku dengar kenapa makwe prajudis dengan perokok:
1.Rokok merbahayakan kesihatan.
Terima kasih kepada iklan Kementerian Kesihatan Malaysia, yang sampai sekarang aku masih anggap yang mereka ini sebenarnya berkonspirasi dengan syarikat rokok untuk menaikkan harga rokok apabila KKM yang mewakili kerajaan mengatakan bahawa kerajaan mengurangkan import tembakau maka wajar harga rokok dinaikkan untuk tujuan percukaian dan kesihatan. Banyak yang berhujah bahawa bahan kimia dalam rokok, terdapat 4,000 kimia yang membunuh ada dalam rokok.
Mana-mana awek yang menggunakan hujah ini - tapi pakai make-up, blusher, eye-liner, tak jalan kaki atau naik basikal, dan juga kaki McD dan KFC - bermakna anda hipokrit.
Tahukah anda dalam make-up, blusher, eye-liner etc anda ada lagi banyak bahan kimia yang boleh membunuh dari rokok. Way over 5,000 chemicals. Lagi up 1,000. Kalau nak kata rokok mengandungi karbon monoksida, apasal makwe-makwe ni semua okay bila balak naik kereta? Mana pergi health conscious kau? Bukan ke asap kereta tu lagi mencemar alam? Karbon monoksida dalam enjin kereta tu lagi banyak dari asap rokok. By right kau secara tak langsung, paru-paru kau akan hitam juga kalau kau tak hisap rokok. Sama je.
Dan kalau nak cakap pasal health conscious lah, apasal kau okay bila makan McD atau KFC? Kenapa kau tak nak fikir makanan seimbang atau dating kat restoran vegetarian? Tau tak kau setiap satu set Big Mac mengandungi at least 5 kali ganda bahan pengawet dari yang dibenarkan? Kau tak pernah tahu sebab kau main ngap je, kan?
2.Rokok itu membazir.
Ini alasan kepala bana. Bila selalu kita tengok makwe pada hujung bulan(contoh pada hari ini) - akan menghabiskan masa mereka di shopping mall, beli beg terbaru Charles and Keith, beli kasut Christian Louboutin - kenapa kau nak kata hisap rokok itu membazir? Aku rasa bershopping beli benda macam tu lagi membazir. Sebab aku rasa ketagihan shopping lebih merbahaya daripada ketagihan rokok. At least ketagihan rokok, kau paling-paling spend RM10 sehari - RM300 sebulan. Tu pun kalau kau ni sejenis manusia hisap rokok 20 batang sehari. Ada pernah aku kenal seorang kawan perempuan - dia ketagihan shopping sampai gaji dia RM2k - tinggal RM200 je dia nak hidup setiap bulan. Nasib baik dia duduk dengan mak dia. Lagi bahana.
Put it this way, kau beli baju, dress, atau handbag mahal-mahal untuk apa? Untuk kau kelihatan cantik? Yang kau pergi refer kat billboard Federal Highway - kau pergi refer dengan model minah salleh kaukasia rambut blonde buat apa? Kau bajet dengan kau pakai macam tu, kau boleh nampak cantik macam tu? Contohilah awek aku dimana dia beli baju sepuluh ringgit pun masih nampak elegan dan cun-melecun. Kau beli baju mahal pun - kalau kau dah tak cun tu, tak cun je lah. Terimalah hakikat.
At the end of the day - mother of all pembaziran ialah perkahwinan Melayu. Bila ramai manusia Melayu tengok Nona, tengok kahwin Dato itu artis ini, maka lepas tu semua nak tiru. Contoh, bila Yusri dengan Lisa ni kahwin aku rasa akan lebih ramai yang terpengaruh dengan perkahwinan mereka. Sebab tu perkahwinan mereka ini ditaja dan disiarkan siaran langsung - ini adalah marketing strategy. Mereka tahu minda Meleis ni lemah maka dia taja kahwin artis juta-juta lepas tu ramailah Meleis yang nak mengikut. Profit.
3.Syarikat rokok ialah penaja kerajaan Israel.
Biasanya komen ini datang dari awek-awek hijabster mozlemmah serbanistas yang sering aku anggap Jar Jar Binks yang datang dari Planet Naboo menjajah planet Bumi. Come on, apa tahi yang tak taja Israel? Kau pakai handphone Nokia, dia taja Israel jugak. Kau isi minyak kereta, Shell, Exxon Mobil - penaja paling besar Israel. "Tapi saya isi minyak Petronas" - kau ingat Petronas takde deal ke?Come on, Petronas ni cuma jenama je - pengeluar minyak semua kautim dengan Israel, kau nak phobia apa? Akhirnya Microsoft yang kau guna ni pun - penaja Israel. Lagipun bagi aku, ada 22 negara Arab yang lain, apasal tanah sekangkang kera tu jugak kau nak rebut?
Bagi aku lah, kenapa kau nak sibuk sangat pasal Israel kejam, sedangkan kau ok je beli barangan dari negara China yang menindas warga Tibet dan Uighur, kau boleh hantar anak kau ke Russia belajar medic sedangkan Russia sibuk mempelangkung warga Chechen, dan kau boleh enjoy tengok sinetron Indonesia sedangkan TNI sibuk mempelangkung warga Papua, takkan Israel-Palestin je kau kecoh?
4.Mulut jadi busuk.
Haha ini aku tergelak. Mulut jadi busuk sebab tu kau tak kasi pakwe kau hisap rokok? Macam tu hilanglah nikmat dunia - tempoyak, cincalok, petai, budu, formaggio marcio - semua makanan yang enak-enak dan sedap-sedap menjadikan mulut berbau. Lagipun, mulut berbau adalah normal, kenapa kau nak jadi judgmental dengan mulut berbau? Bagi aku mulut berbau busuk lebih baik dari hati busuk. Sebab tu aku tak judge orang. Kau ingat kalau orang judge kau macam-macam, kau suka tak? Tak kan?
Kenapa kau taknak mulut berbau? Kau nak cemolot 24/7?
5.Nanti bila dah kahwin, merokok akan mempengaruhi anak-anak.
Sebagai perokok dari form 3 aku boleh cakap ini adalah bullshit. Mak bapak aku seorang perokok sejak aku dari azali lagi - tapi kenapa aku harus tunggu sampai form 3 baru aku nak hisap rokok? Kenapa masa aku berusia tujuh tahun aku tak curi-curi rokok abah aku, dan bapak aku selalu suruh aku beli rokok masa aku kecik, kenapa aku tak rembat sebatang senyap-senyap ke apa masa tu?
Sebab aku hisap rokok - sebab aku tengok filem Fight Club, aku tengok Tyler Durden lakonan Brad Pitt sungguh cool menghisap rokok. Lepas tu bila tengok kawan-kawan hisap rokok, baru aku hisap. Aku hisap rokok bukan sebab mak bapak aku hisap rokok, tapi sebab aku memang nak hisap rokok. Dan mak aku hisap rokok pun bukan sebab nenek dan atuk aku hisap rokok. Bagi aku, hisap rokok adalah pilihan diri sendiri.
6.Imej tak baik.
Ini paling lawak - imej tak baik. Apakah imej tak baik ialah menghisap rokok? Bagi aku imej tak baik ialah seorang YB yang ditangkap kerana rasuah RM200 juta untuk membina lebuhraya. Atau seorang ahli politik yang menggunakan ugama untuk kemajuan politiknya. Bagi aku ini lagi hina dari seorang perokok yang jujur dari hatinya sendiri. Lagipun, siapa yang menetapkan imej tak baik ini ada pada seorang perokok? Inilah manusia pasca moden - terpengaruh dengan iklan, filem, drama - selalu nak cerita samseng je hisap rokok, walhal aku tengok member aku yang skema pun hisap rokok. Filem, drama Melayu ni selalu tak mewakili imej realiti yang sebenar - dia distortkan informasi melalui imej visual supaya kau tangkap dalam pemikiran "oh, hisap rokok ialah jahat". Bullshit. In b4 aku tau ada ramai YB yang tak hisap rokok tapi hisap duit rakyat. Yang tu lagi hina.
Kesimpulannya - aku bukan suruh korang hisap rokok, atau lepas ni makwe-makwe terus hisap rokok. Aku takdelah enforce orang hisap rokok. Macam aku, aku hormat orang yang tak hisap rokok - aku akan hisap rokok jauh dari mereka. Tapi untuk seorang makwe menghalang cinta seorang pakwe terhadap rokok, ini melampau.
OK, gua light rokok sebatang. Calo.
p/s:By the way gua menyampah iklan di radio - makwe bimbo kutuk mat hisap rokok - iklan radio tersebut, mendengarkan suara annoying makwe bimbo tu - menyebabkan aku lebih kuat hisap rokok. Sebab aku menyampah.
Ulasan
selalunya perokok cakap tak salah merokok. peminat shopping cakap tak salah shopping. walhal keduanya memang tak salah dan hanya akan jadi salah kalau ADDICTED.
sehari 20 batang rokok. apa jadahnya? tiap bulan beli handbag baru. apa jadahnya?
Calo.
but now my boy memang die hard smoker..
mula2 dlu xboleh terima..tp fikir balek bila dia samakan perempuan dgn shopping n lelaki dgn rokok..
so, i didnt care rite now..
bandwagonry? mengikut tanpa berfikir?
Once I enter uni, my perspective changed lah. I used to be so anti-smokers but now... you nak smoke, smoke lah. I tak kisah and I won't judge. We're still friends. Asalkan jangan hembuskan asap tu kat muka orang sudah.
I learned that doesn't mean orang tu smoke, orang tu jahat.
yes, not all smokers are bad. yg penting attitude. kalau tak merokok tapi attitude teruk pun tak guna kan? :)
just an opinion. :)
Aku bkn la anti sakan kat smokers sana, tapi kpd writer, seriosly. WHAT's THE POINT of this post? MEROKOK ialah benda yang BUKAN BURUK sebab .......insert benda2 yg lagi bangang dari merokok.
Its like menulis post 'SAFE' SEX ialah benda yang TAK BURUK sebab tak melibatkan duit rakyat disonglap, tak mengambil nyawa org lain, tak menyebabkan pencemaran sungai.... insert benda2 yg lagi bangang.
Big picture ke.. small picture ke.. Just because [you] FAIL to STOP smoking(mcm2 kaedah dah wujud), takyah la buat mcm2 alasan utk terus keep on smoking. Nak smoke, gi smoke jauh2 dari org lain. Takyah tulih entri 'ada banyak lagi benda buruk kat dunia ni selain smoking'. Hadeeiiii...
people have right to smoking, shopping or anything that they like to do.u seolah2 menulis yg manusia dlm dunia ni se 'pattern' and u 'pattern' lain..come on...
ok let u see my situation..i ade ramai membe llaki yg hard smoker..and 3 of them msuk hpital baru ni sbb paru2 dorg sukar befungsi..bcoz of what? SMOKING la..
and seriously i x penah dgr org shopping bagai nk gila, msuk hspital, kene sakit kronik, di sebabkan SHOPPING? (walaupun ianya tetap ade keburukan pada sesiapa yg KUAT SHOPPPING)..
Am i have a right to wrote this redicilous opinion?
Ko gila..x pasal2 kene hentam..senang camni la..u have ur own opinion regarding this matter..but simpan dlm hati sudah!sebab this post cam dh memburukkan blog terfaktab sbb langsung x bg manfaat pada sesiapa.
apepun..semua perkara yg memudarat manusia ats muka bumi ni adalah sama sekali tidak baik dan berdosa. Tapi anda masih dan tetap ada pilihan sama ada nak buat atau xnk..
Peace :)
why smoking? kenapa tak benda lain kau tak nampak macam benda buruk? When people spends money on cars or shoppings, kau boleh cakap as "lain pattern", but smoking?
Lung disease? Come on, I thought religious people aren't afraid to die?
Yes - memang tak pernah kau dengar orang shopping sampai masuk hospital, but have you ever heard people gila shopping sampai file bankruptcy and worst sampai pinjam ah long?
Tu lagi worse than masuk hospital, either way kita semua pernah masuk hospital. Me myself dah empat kali, what's a problem?
Pasal manfaat - aku boleh cakap satu je, aku tak kisah kalau makwe aku hisap rokok ke tak, because before this pun aku ada awek yang tak hisap rokok. But why makwe nak enforce balak dia untuk tak merokok sedangkan dia sendiri ada gian shopping yang lebih menyusahkan? That's my argument.
Pendek kata, korang boleh cakap pasal perkahwinan, korang boleh cakap pasal cinta bagi hadiah jam tangan or whatever, tapi bila cerita pasal makwe dan rokok kau terus kata ini topik yang bodoh. But can't you see topic bodoh inilah yang berlaku dalam masyarakat? Have you ever spent your time to observe this?
Pemahaman yg salah nampaknya. Semua manusia GERUN menghadapi kematian termasuklah baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Do more reading please.
bila dah sakit kronik nak mampus baru terhegeh nak menyesal. so stupid entry
Kalau kau pandai sgt, kau pergi hospital then tgk sendiri manusia-manusia perokok yang nak mati tu.
Penyakit bukan untuk dicari.
Tolonglah.
Lembab.
Takde point langsung.
Kau tak keje kat hospital, tak tgk sendiri perokok2 yang nak mati tu.
Umur baru 30-40.
Then, baru kau insaf.
Sy bkn mwakili prempuan yg naik hantu sbb sentap. Tak. Ni just trfkir.
Sy nk cakap 1 je. Bila sapa2 mrokok dan orang yg sedut asap dia, prokok dah brdosa sbb bhayakn ksihatan org lain. Klu sorang sedut boleh blah lg. Klu kat public, 5-10 orang sedut? Menanggung.
N dia mrokok
= bahayakan diri dia
= pun dh brdosa.
Xde niat nk bukak topik agama, just nk lontarkn pndangan je n at least dh nsihat skit. Klu ckp pnjang2 tp xnk try stop jgk xguna. Trpulang kpada diri la.. N it's ok if prokok nk truskn mrokok. Kita x rejam, kita x maki.
Tp klu dh buat entri mcm ni, bkn ke 'GALAKKAN MEROKOK??' Klu ada org saat ni fkir nk taubat rokok [nothing is impossible] tiba2 bca, of course dia akn fkir balik n 'Ahh, sukati aku lah!' Mmg stop rokok atas diri msing2, tp klu post ni jdi 'semangat', susah jgk.
Klu kita galakkn kbaikan n org ikut, kita dpt pahala dia skali sma rata slagi dia buat. N klu kita galakkn buruk n org ikut, takkan kita nk tnggung dosa2 tnpa kurang skit pun? N klu dia mrokok 20 thun? 20 thun punya dosa nk tnggung.
Kita bkn nk mleter saudara.. Kita nk ajak saudara fkir2..
What a bandwagon.
Kalau kau nak cakap manusia kena lung cancer sebab rokok - ada lagi ramai manusia kena lung cancer bukan sebab rokok.
Sebab kereta. Sebab asap kilang. We're fucking screwed anyway.
Anyway, kalau kau rasa nak lelaki yang tak hisap rokok, beriman, bertakwa, selalu tak tinggal solat, yang kopiah tak tinggal - gi join MLM Jus Tok Guru.
Lelaki sejati ialah lelaki yang DGAF about hati terbakar ke apa. Kalau tak, kenapa lelaki ni speed-junkie walaupun tahu speed can kill.
Duh.
"sebab tu aku tak suka judge orang"
excuse me, do you have a mirror?
rokok itu membazir kerana, sekali guna habis macamtu.
handbag, dress, accessories/ girls stuff: beli dan guna sampai lunyai (max:3 years). OR jual balik stuff yg dah tak digunakan. membazirkah ini?
to bos terfaktab, please ban cob NOOBler because this post has nothing to do with relationship stuff but his opinion, encouraging and obsession on smoking. and worst of all, this post has bring a bad image to terfaktab.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Ko ni jenis yg xleh trime nasihat org. Wpon ko blogger, bukan bmkna ko betul.
And also, u don't afraid to die? Org alim pn takut mati woo..
yang tak paham apa penulis mahu sampaikan.. memang dasar pemikiran sempit je.. enough said..
-former smoker.
jangan burukkan terfaktab woi.
saya ulang. SILA MEROKOK DI DALAM BALDI.
-perokok bercinta
Owh.. itu SEBAB UTAMA penulis wat entry ni. So, kengkawan. Abaikan je la dia ni. Aku harap sngt dia melalak pasal benda ni kt depan gefren-gefren dia sendiri, bukan takat whining dlm blog.
apa yang menyebabkan pos ini paling bodoh kerana you don't even spend your time to revise your own empirical arguments inside this article. Sikit-sikit sebut bandwagonry etc.
Bukan pasal makwe dan rokok yang orang cakap bodoh, sebab kau tanpa sedar atau sengaja menunjukkan your so called empirical arguments untuk 'menghalalkan' asap nikotin. Now, you are just the same like those religious fags with different 'god'.
aku tak tawu ape point yg kau nak ckp kat ats bila kau bg alasan yang itu lagi trok ini lg trok. pdahal rokok tu dah declare haram. macam mnum arak lah. or kau just nak budayakan rokok tu kat malaysia ? tak heran lah bila rokok tu dah dihisap oleh lelaki n pompuan kat msia ni, kau buat entry psl arak lak?
and lg satu, aku pelik bila kau banggakan sgt awek kau mrokok. ayu sgt ke? aku tak pkir ayu. bitch tu yela.. lain la, klau kau bwk dia pi london sanoo. haaa, amacam?
psal shopping tu bleh buat bankrap la, make up tu ade chemical lah, kesan make up tu itu je. kesan shopping tu itu je. tapi merokok, merangkumi dua2. akibat dia tu lagi byk. shopping bleh buat cancer ke? make up bleh buat bnkrap ke? tak. tapi rokok bleh buat dua2. mbazir. and chemical. get it?
Jadi, toksah nak banding-banding bazir lagi shopping and such aku rasa. Sebab actually rokok tu memang tak okay pun.
Kalau nyawa kau panjang lagi hisap rokok, tu maknanya Tuhan bagi chance untuk kau perbetulkan silap engkau.
Dan, kalau kau nak try, pi cuba hisap rokok dengan isteri kau.
Member aku punya brother perokok tegar. Baru kahwin. Then hari-hari hisap rokok time bini ngandung. Sekarang, lahir, kena jangkitan kuman dan macam-macam penyakit. Ada chances nak hidup lagi. Tapi, bergantunglah dia cacat otak ke tak.
Kau cakap tak berlandaskan hadis dan quran. Please jangan cakap ikut pemikiran sendiri. Unless kau seorang atheist. Follow your religion.
Chalao. Wassalam.
haram macam bak kut teh ke? siapa cakap haram? surah apa ayat berapa?
parroting quotes from some serbanistas baik tak payah!
My uncle - a non smoker - he was 45 years old.
See, which part of "ajal maut di tangan Tuhan" that you don't understand. bukan di batang rokok.
sebab entry yang sebegini rupa semua naik hantu .
kelaka baca komen .
tapi memamg merokok tuu membahayakan kesihatan pun .
nak stop ke tanak stop , terpulang pada individu tu sendiri .
kau ada otak , ada akal boleh fikir .
yang tebal tu pun orang dah x peduli skang ni
kepada CN memang ada ayat dalam al quran yang mengharamkan rok0k tapi bukan sebut secara direct x silap ak,kau jgn cari perkataan rokok plak dalam al quran tuh..
so pesanan kepada CN cuba ko cari ape ayat tuh,refer ustaz,bukak laman web majlis fatwa pastu wat kajian,ko akan dapat jawapan
moga2 ko dapat betulkan balik statement kau tu disamping tambah kefahaman agama,kau tu pun 2x5 bandwagonry
ko tu lelaki eloklah tambah ilmu cket,moga2 boleh bimbing erykah badu kau tu
dr komen2 yg aku bace..CN plz la..xperlu nk tegakkan benang yg basah..just terima pandangan orang lain...
Memang ajal maut ditangan tuhan..tp bila merokok maknanya ko menempah maut tuk diri ko..bukan tu jer..asap rokok yg ko hembus tu bleh effect org lain..
better ko simpan pandangan ko ni tuk diri ko sendri..xperlu nk post bagai..xde kena ngena dgn tfaktab pon..cau~~
religious people should know better about this...
i even tried smoking. just to et the feeling.
to the bandwagon yang komen pasal anak tu...walau selebat mana korang opposed merokok ni...korang pun tak sure kan anak korang merokok ke tak? depan korang nanti maybe dia tak...tapi bila dengan kawan2?
erm, saya x suke bf saya merokok tp xpernah melarang sebab tahu die X kan stop sebab saya. die akan stop merokok bile die betol2 nak stop. so no point pon nk bebel2, annoying je. haha.
point pertama mmg rokok tu membahayakan kesihatan. Saya boleh menggunakan hujah itu :)
im not wearing any kind of make up, eyeliner, lipstics or what so ever la. sgt3 jarang mkn mcd or kfc. Sbb duduk dgn parents, mak ayah selalu mkn sayur2 je, kalo mkn ayam pon kena marah. selalu mkn buah, sayur2 and ikan. As early in the morning sy akn buat kerja2 rumah, basuh baju, mengemas, menyapu & etc etc ptg pergi kerja. once per week usually mak akan ajak pergi jogging. haha, malas tp anak yg baik ikot aje lah. so healthy lifestyle kan?
point ke 2, ROKOK ITU MEMBAZIR. memang sgt membazir.
saya bukan shopaholics, gaji saya hanya 500 sebulan, monthly sy spend utk bayar kereta, bg mak ayah duit, makan n simpan sikit. Ngam2 utk semua expenses itu, tiada pembaziran ye. so sy rase sgt terkilan jika duit itu digunakan hanye utk membeli rokok dan di bakar utk masuk kedalam badan sehingga paru2 menjadi hitam. membazir betol!! heh.Ayat mcm hape je kan..
point no 3, x dinafikan semua pon link dgn israel. so no komen.
point no 4, x isap rokok pon mulot busuk jgk kalo x gosok gigi seminggu. kah kah kah.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga."<-- setuju!!!
naik meluat betoi kalu cob NOOBler nih up entri..
perasan bagus..
banyak up diri sendiri aje pun..
cerite pengalaman yg die ingat cool sangat..
padahal entah ape-ape..
please lah cob NOOBler..
berambus lah dri Terfaktab nih..
Sumber fatwa
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
dah boleh diam blum?
http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/05/21/apakah-rokok-haram/
jgn nak perasan cool sngat lah..
lu punye knowledge gua tgk tak de lah power sngat..
cume asik-asik dok cite pasal awek lu..*muntah*
pengalaman lu..
dan paling annoying pendapat lu yg tak sepatut nya dikongsi ngan org lain..
up entri kat blog lu je lah..takde org nak marah..
okey,, i admit kalo dulu mmg hate gle dgan org yg merokok tp pas bce komen org laen,,i dont judje ppl da..so
up to u la nak jd ape,,tp nnt jgn menyesal da la n jngan ckap kteorg x bg warning..
salam n enjoy ur duniawi
byk aku jumpa lelaki yg kata buruk la jalang la busuk la bila pompuan isap rokok tapi dia boleh lak. aih
bkn seorang smoker.
gua tau lu moden..
blajo tinggi2 nun...
tapi jgn la nmpk ko ni bangang sgt dol...
komik apo pun bole kentut je kat ko ni...
fucking idiot..
nmpk sgt tak semayang ni...
si cob ni ckp je lebat..
mantul je kuat..
korg blogger ni tk yah kutuk2 die..
dah sah2 die ni bodoh...
kite tgk je bodoh die smpai tahap mane..
dlm entri2 yang akan datang...
apa la mak ko bg ko mkn ni cob oi...
memang tak semestinya blogger tu betul, tp aku kira masing-masing dah besar dan boleh pikir mane yg baik mane yg buruk. dan bagi aku, merokok itu memang dah difatwakan sebagai haram. jelas.
aku kira entry ini adlh utk psgn yg nk memaksa pkwe/mkwe dia bhenti merokok. cumenye, alasan2 yg diberi tu kurang sesuai. mungkin sekadar ikut dari pemerhatian penulis sendiri. dan bagi aku, memang susah bila seseorang yg terjebak dengan rokok untuk hentikan tabiat tersebut. buktinya orang2 dihadapan aku sendri. memang perlukan azam dan daya tahan yang kuat. so tak perlu nk dipakse2 suh behenti. cuma boleh bagi dorongan dan nasihat secara slow2. kalau kene caranya, pasti berhasil.
Pasal health, lantak korg la. Pandai pk.
-pembaca tegar terfaktab-
(Lynx)
lu lek je...
pi la jilat buntot CN tue..
sokong sangat?
CN ckp true?
lantak engko lah..
dah nak jgn menyalak kat cni ok?
pi lah baca n komen kat blog si apatheist tue je aje..
nih blog cinta ok bukan blog utk org2 apatheist..
buta hati n bangang abadi btoi pompuan nih!!
jika ingin menulis, pstikn jgn begitu jahil, jika jahil, x perlu sebarkn kpd org ramai kejahilan anda itu..
ada saja jawabnya...
tapi hujungnya si pengasap juga yang diajak sengggama...
kahkahkah...
-Insano-
Please la ko jgn nak sma kn taraf mrokok ti ngan nenek ko . Ko bukan nenek pun . Nenek / makcik kampung bkn ketagih mati sama rokok mcm kau . Remaja lelaki kalo dah pandai merokok mmg takleh kontrol . Hati ko keras beb susa trima pndgn baik dr org . Sbb merokok tu jgk la ko jd jahil . Ko ingat lah , bnda yg mrosakkan diri cmtu akn mnjauhkan ko dari rahmat Allah . Klo bgni gaya ko sia-sia lah khidupan ko dunia akhirat . Kalo ko nak rasa mati yg lagi sakit siap ditambah kemurkaan Allah . Truskan merokok . Ak mmg cukup bnci entry yg obses ngan mrokok ni .
Ps : aku tjumpa post ko ni pas ak tkan next blog . Harap ko sedar la ksalahan ko tu