Bukan Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Abang tahu, abang tahu. Mesti engko terfikir-fikir kenapa hari ini abang tulis. Bukan hari Ahad. Kisahnya begini, abang cuti hari ini. Jari manis abang bengkak sebab main golf itu hari dengan Datuk Seri mana entah. Kuat sangat abang hayun agaknya. Tu yang bengkak. Abang ni kalau engko nak tahu, tak boleh kalau jari abang sakit, lagi-lagi jari manis. Gile engko, jari manis nak sarung cincin woi. Sakit jari manis, tak manis lah diri abang untuk terus memikat wanita seluruh dunia. Hohoho (gelak seloroh).

Ini hari pendek je cerita abang. Engko bagi masa abang 5 minit okeh? 5 minit je. Tak lama. Abang bukan nak jual Hai-O. Abang nak cerita pasal

"Bercintalah sebab keperluan, bukan sebab kehendak"

Ini abang ambil dari ku-ot kat fesbuk terfaktab. Ade lah auter-auter yang tulis. Bagus! Bagus ku-ot ni. Sebab memandangkan abang ni pun orang meniaga. Bab-bab keperluan dan kehendak ni memang 'line' abang. Engko yang pakai cermin mata tu jangan asyik nak gelak, karang abang tumbok muka engko, terbenam cermin mata dalam mata. Jadi kontek-mata, bukan kontek-lens.

Bercinta sebab keperluan mestilah abang nak kabor cinta kepada Tuhan misalnya. Cinta pada Tuhan adalah keperluan. Perlu lah untuk kite rasa syukor. Bercinta sebab dah ada bini pun keperluan. Kalau engko tak cinta bini engko, takkan engko nak bercinta dengan peti sejuk pulak? Bercinta pada makwe yang engko nak jadikan isteri pun keperluan. Sebab takkanlah taim kahwin nanti engko nak rasa neves-neves atau tak kenal makhluk yang engko nak jadikan bini? Itulah antara contoh-contoh cinta sebab keperluan. Sekarang kita kalih kejap pada cinta sebab kehendak.

Bercinta sebab kehendak mestilah abang syak cinta sebab nak dapatkan pointer kencang kat universiti. Mengarut lah bagi abang. Itu kehendak. Samalah juga bercinta sebab nak dapat semangat belajor. Lagilah engko mengarut. Itu pun dikategorikan kehendak. Semangat belajor kalau engko tak bercinta pun boleh dapat. Cuba engko berhias sikit masa nak belajor. Pakai wangi-wangi ke, pakai semart-semart ke, pakai gincu ke, pakai topi 4u2c ke, kemaskan bilik misalnya, barulah semangat nak belajor. Bila dah semangat belajor, baru dapat pointer kencang.

Bercinta sebab nak dapat pegang buah dada atau geli-geli atau dapat pegang peha atau meraba lelaki punya pun dah dikira bercinta sebab kehendak. Engko agak-agaklah nak geli-geli je. Benda-benda macam ni kalau mak bapak engko tahu, abang gerenti kalau tak diorang terajang, paling tidak pun cabut gigi engko, buat klip kat grembal motor. Kuang hajo punya budak. Ha, macam gitulah rasa marahnye.

Apatah lagi bercinta sebab nak tunjuk engko ada makwe atau pakwe depan kawan-kawan engko. Abang terus-terang kabor, member-member engko tak hadam lah dengan benda tu semua. Lainlah kalau engko kongsi makwe engko. Itu pulak bukan dikira bercinta, mangkuk. Itu dikira gang-bang, rogol. Engko paham tak?

Ha, begitulah beza-beza antara cinta sebab keperluan dan cinta sebab kehendak. Kalau engko rasa bahasa abang ni kasar sangat. Engko jangan segan-segan koll abang bagitau abang. Abang peree hari ini. Sedap jugak kalau dapat makan eskrem baskin robin petang ni.


Jom?


Wassalam.


Ulasan

saya aen berkata…
bab yang nak geli-geli tu la banyak sekarang ni. haihh...

baskin robin eh bang? jommmm... hihi
Pida berkata…
Abang borhan i lap u.
Tanpa Nama berkata…
abang borhan syang, lap u.. muahhh, muahh, muahh.... jum makan eskem
TheBentPencil berkata…
Abang borhan ni lawak beteeeeeeiiii kahkahkah!

ps. hapai sikit nama auter tu. ni kejap-kejap Suhaila la, Sabrina la, Natasha la Kamila la. Kang nanti duk sobolah bini gi sobut namo laen, mampus!
Tanpa Nama berkata…
hahaha palancau?
why so random?
Wadi AR berkata…
dah abg borhan pulakk
Bella Zulkapli berkata…
ramai sgt dh bang yg kaki gelii.. dah tak ckop ulat bulu nak main geli.geli gaknyeee
Unknown berkata…
amboi nak geli-geli yaa.. haram doh, jangan la buat,, dosa je nanti..
nots berkata…
kemain abang borhan, mantops.

geli-geli tuh macam jelly jelly lah kan? kahkah ;p
Tanpa Nama berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2
laskar pelangi berkata…
Baskin robin mahal sangatlah abang borhan, kasi mahal aiskrim paddle pop sudah. Hihihi :)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.