Declaration-lah
Apabila sudah menjangkau usia pertengahan 20an. Nampak gayanya ramai yang seakan sudah tidak percaya dengan declaration. Bahasa geli-gelinya ialah declare untuk jadi couple. Atau confess. Mungkin kerana sudah rasa penat dengan pengalaman lalu yang kalau declare; Siap pilih tarikh dan buat ulang tahun anniversary. Geli juga bila kenang balik. Dulu aku siap tulis tarikh bila kami declare kat wang kertas RM10. Ada dua keping RM10 yang ditulis dengan tarikh dan nama kami berdua. Masing-masing simpan sebagai tanda ingat pada tarikh declare. Kahkahkah. Aku nak cerita balik pun aku nak muntah. Cuma mungkin, ada sedikit sweet untuk yang merasa ia satu perlakuan yang sweet lah. Romantik? Sedikitlah. Teruk juga gaya romantik sebegini. Baiklah. Aku akui bahawa declaration sudah tidak releven untuk mereka yang mahukan satu hubungan itu nampak lebih terbuka dan simple. Cukup dengan hang out dan mengaplikasi rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis antara pasangan...