Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel introvert

How to marry an Intovert

Imej
"Hai, sorang ke?" "Sorang." "Kesian." "Apahal pula kesian?" "Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis. Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya.  Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser . Or does it? Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri. Selesa yang bagaimana tu? Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat taju...

How To Date an Introvert

Imej
"Perempuan tu kan, datang twitap senyap je duk corner, tunggu orang salam dia dulu. amboi kemain sombong!"   "Dia tu engko tak payah le ajak lepak, buang masa. Gebang je lebih dalam internet, dekat luar, senyap seribu bahasa."      Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Ya, pernah, tentunya. Ini ulasan yang saya ambil dalam media sosial mengenai orang-orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak. Yang pertama tu pasal seorang gadis tweetfamous dan yang kedua tu pasal tidak lain tidak bukan *cough, cough* The Other Khairul *cough, cough*       Now, sebelum Kay datang ke meja saya dengan rotan berdiameter suku inci beliau sambil membawa muka gangsta, ingin saya tekankan blogpost ini bukan untuk mengenakan atau mengkritik sesiapa. Cuma di sini saya nak tunjukkan bahawa Kay, (dan kebanyakan pembaca Terfaktab juga, saya pasti) adalah tergolong dalam satu golongan yang kita panggil sebagai  Introvert .   ...