How To Date an Introvert

"Perempuan tu kan, datang twitap senyap je duk corner, tunggu orang salam dia dulu. amboi kemain sombong!" 
 "Dia tu engko tak payah le ajak lepak, buang masa. Gebang je lebih dalam internet, dekat luar, senyap seribu bahasa." 
    Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Ya, pernah, tentunya. Ini ulasan yang saya ambil dalam media sosial mengenai orang-orang yang mungkin kita kenal dan mungkin juga tidak. Yang pertama tu pasal seorang gadis tweetfamous dan yang kedua tu pasal tidak lain tidak bukan *cough, cough* The Other Khairul *cough, cough* 

     Now, sebelum Kay datang ke meja saya dengan rotan berdiameter suku inci beliau sambil membawa muka gangsta, ingin saya tekankan blogpost ini bukan untuk mengenakan atau mengkritik sesiapa. Cuma di sini saya nak tunjukkan bahawa Kay, (dan kebanyakan pembaca Terfaktab juga, saya pasti) adalah tergolong dalam satu golongan yang kita panggil sebagai Introvert

 Apa itu Introvert? 

    Hmm, tidak pasti apa perkataan Bahasa Melayu yang sesuai. Nak kata pendiam, boleh juga cakap berjam-jam. Tapi yang pastinya orang Introvert ni selalu prefer untuk bersendirian berbanding dengan orang ramai. Mereka lebih "mendalam" dan "deep", kadang-kala macam misteri pula. (kalau nak tahu lebih lanjut tanda-tanda Introvert, ini mungkin membantu). Dan, yang saya pasti, mereka bukannya orang jahat mahupun sombong atau acah-acah famous, kadangkala mereka ni boleh ramah, mesra dan penyayang juga (OK Kay, dah boleh letak rotan tu sekarang).

    Berbalik kita kepada isu utama blogpost ini--mungkin ada di antara anda yang terjatuh cinta dengan seorang introvert. Atau ingin mengoratnya. Atau mahu keluar dengannya. Tetapi anda rasa cukup sukar nak "connect" dengan dia bila berjumpa. Tapi anda suka dia dan anda rasa dialah jodoh #tilljannah #yolo #swag anda! Oleh itu, saya di sini sebagai seorang yang pernah introvert, mempunyai abang introvert, berkawan dengan orang introvert dan juga pernah date dengan orang introvert, saya harap tips saya dapat membantu anda untuk mendekati mereka.

How to Date An Introvert

1) Ajak banyak-banyak kali.
Satu hal tentang introvert ni, biarpun dia berminat kepada anda, dia jarang mempunyai keinginan untuk keluar dengan anda. Anda kena ajak banyak-banyak kali--lepas kali ketiga atau keempat atau mungkin kesepuluh baru dia nak join. Dan tak boleh main paksa-paksa--bila ajak pertama dia tak ok, cool down dulu few days, then ajak lagi. Dan lagi, dan lagi. Amboi penat tak? Penat! Percayalah. Dan dia pun kesian sebab anda penat sebenarnya. Tapi, bagi dia, event sosial macam ni agak menakutkan. Dia takut nanti dia nervous dan dia bagi wrong impression. Dia juga takut kalau dia datang pun dia diam seribu bahasa dan anda ingat dia boring.

2) Jangan discuss hal peribadi/remeh/gossip.

Tumblr gif
Bila borak, most intovert nampak macam "blur" je sebab dia takde point nak buka topik. Dan anda ingat dia pendiam sebab dia tak banyak cakap. Tapi sebenarnya, apa yang saya notice adalah dia tak berapa boleh "small talk", iaitu cakap benda peribadi. Kalau orang biasa akan mula dengan tanya khabar, cerita pasal family, bukak gossip, bukak topik peribadi...dia memang tak boleh buat macamtu, dan tak akan faham pun kenapa anda buat macamtu.

Most likely (kalaupun anda boleh buat dia bercakap) dia akan cerita seminit dua je. "Apa khabar mak awak? Sihat? Oh, OK."*krik krik krik* "Apa khabar Shila Amzah sekarang, dah delete video tu ke belum?" "video apa?" *krik krik krik*

3) Research sebelum date.
Apa benda yang dia biasa cakap semasa date? Well, introvert tak suka cakap hal peribadi (kecuali dia bebetul rapat) tapi dia suka bercakap tentang isu semasa, idea, dan teori. Kalau buka topik yang betul tentang perkara yang dia minat, dua jam tiga jam pun tak habis borak lagi. Sebab tu kalau saya, sebelum date dengan introvert, saya selak majalah dulu. Atau baca berita. Atau sometimes, bawa buku ke restoran tu sekali. Serius!

Akan tetapi kata seorang rakan blogger saya si UltrasGebu (carilah blog dia ni ha), tak semestinya kita kena tahu semua benda. Know just a bit enough, and ask the right questions. Kalau kita tahu dia main golf, tanya dia pasal handicap. Kalau kita tahu dia suka Japanese cartoons, petik la nama satu dua anime. Kalau kita tahu dia terer bab kewangan, buka isu pasal insurans ke takaful ke. Gitu!

Tak pun bukak topik ilmiah yang boleh tambah pengetahuan korang dua orang. Once anda menarik minat dia dalam topik tu--bam! Dia boleh borak bersambung-sambung sampai 1-2 jam. Benda paling dahsyat saya pernah buat ialah bukak topik pasal sistem percukaian negara masa tengah tunggu queue beli popcorn. (ye la takde la dahsyat sangat tapi sampai queue tak gerak-gerak sebab kitorang sibuk berceloteh. Dahsyat betei).

4) KISS.

Haip! jangan gatal! I tak suruh u pergi comolot dengan sesiapa okay! You ingat JAIS kerja time Valentine je ke? *teet! terasa!* KISS adalah akronim untuk Keep It Short Simple. Lebih kuranglah. Maknanya jangan stretch date anda terlalu lama hingga dia tidak selesa. Dan jangan event date terlalu elaborate contoh ke fine dining restaurant atau kenduri kahwin yang perlu interaksi dengan ramai saudara dan kawan.

Satu hal tentang introvert ni seperti diluahkan oleh a fellow introvert dalam blog, dia tak boleh duduk di tempat awam lama-lama. Dia akan jadi nervous, agitated, penat, cepat marah, tak selesa dan lain-lain. Walaupun asalnya memang dia pun nak keluar. Orang introvert ni macam ikan di luar balang akuarium--boleh la hidup sekejap, tapi kena letak balik dalam balang kalau tak dia "mati" terus. Ramai juga orang cakap introvert ni macam rechargable battery--battery dia drain cepat kalau duduk kat crowd, tapi recharge balik kalau dia duduk sorang-sorang.

Jadi, cuba limitkan date kepada setengah jam atau sejam sampailah dia dah selesa untuk keluar dengan anda. Atau kalau mula rasa tidak selesa dan minta diri awal, benarkan sahaja. Simpan date yang panjang-panjang atau event yang socially exhausting macam twitap pada tahun kedua atau ketiga bersama.

5) Give them space.

Tumblr gif
Macam saya katakan tadi, introvert ni perlu recharge social batteries mereka. Jadi selepas satu date/event/percutian mereka mungkin akan senyap sekejap tak keluar pergi mana-mana. Contoh kalau dia ambil Cuti Tahun Baru Cina seminggu, keluar sehari, lepak rumah tonton movie dalam laptop dua hari, then keluar sehari, then cuti lagi.

Memang pelik tapi janganlah terasa kalau mereka tiba-tiba tak mesej tak bertelefon. Kadang-kadang sampai tahap anda call pun dia cancel kan. Pergh!

Most of the time bukan mereka benci tapi mereka dah "drain" dan tak ada apa-apa nak dicakapkan. Bersabar! Pada mereka, lebih baik bercakap bila mood baik, keluar perkataan yang baik daripada bercakap bila mood tak ada, then keluarkan perkataan yang sia-sia.


Ha begitulah adanya tips dari saya. maaf panjang. Dan ya, ini tidaklah tepat untuk semua jenis introvert. Ada yang socially adjusted introvert (yang biasa bercakap dengan orang mungkin sebab jenis kerja atau persekitaran luar), yang membolehkan mereka bersosial seperti biasa. Tapi itupun, sekali-sekala mereka akan kembali balik introvert dan anda perlu cool sahaja. Yang penting (terutamanya jika anda jenis sosial), sila bersabar dengan kerenah mereka, and once they warm up to you--bam! they will become the most interesting person you have ever met across.

Good Luck Love!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aftr bc pjg lebar dscriptn atas, i feel like I am an introvert....^.^
Tanpa Nama berkata…
Aftr bc pjg lebar dscriptn atas, i feel like I am an introvert....^.^
Fatin Liyana berkata…
<--- introvert.

first time dtg sini baca entry teros capture dgn huraian entry ni and feel like " best blog ni " =)

Nazrey Dylandy berkata…
shiznit! entri ni kena tepat kat diri sendiri! lololol.
Unknown berkata…
wahahaa......mmg kena ngn diri sndiri....somtime bole commnicate ngn org lain....smtime lbih pasif....xde idea....
rase nk kluar date tp takut si dia kata kita boring.....
soooo....ade tips x utk elakkan mslah ni..hehehe
*terasa...haha...btw, nice entry n very useful utk sape2 yg nak pikat org introvert ni...ehem
NMAN berkata…
agree sgt dgn last sentence tu :D "they will become the most interesting person you have ever met across."
Snowkid berkata…
Point no. 2 setuju sangat sebab bila orang tanya hal peribadi memang rasa tak selesa dan hanya jawab sepatah dua sahaja..Introvert people need someone who never give up on them \\(>_<)//
Terfaktab berkata…
hihi thank you readers!

eh, takde ke orang yang berpakwe/makwe introvert? share cerita sikit :P

-bentpencil
Axoneemy berkata…
As an Introvert person, memang macam-macam tohmahan orang akan lempar kat dia. Tapi kualiti insan introvert ni, orang tak tahu. Introvert ni kawan yang paling boleh dipercayai, setia dan boleh simpan rahsia juga pendengar yang baik.
Introvert memang 'deep' dan 25% saja penduduk bumi ni adalah introvert. RARE!
Introverts are awesome!
bila baca coretan nie.. sy rasa sy separa introvert..huhuhu..
Laserquest berkata…
i'm one of them ! :]
nanti tulis pasal extrovert pulak ye.. hehe ^.^
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shahada Fauzi berkata…
errr..saya tergolong dalam kategori itu..sob sob..
Tanpa Nama berkata…
Point 2 dan 5 memang kena dgn diri saya.. Saya sebenarnya introvert + extrovert.. berubah2 mcm chameleon.. ikot mood, masa dan keadaan
Tanpa Nama berkata…
oh saya ni introvert rupanya, baru saya tau (・_・ヾ
mscoffeecat berkata…
I can really relate to this post..Sedih selama hari ni mcm ad cap mohor "Sombong" kt dahi ni..lol..

"Quiet people have the loudest minds." (Stephen Hawking)


http://mscoffeecat.blogspot.com/2013/02/review-seorang-introvert.html
Nurul Ashikin Hazmi berkata…
Ciri2 di atas sedikit sebyk ade pd sy...tp sy ni considered ambivert instead of introvert...mmg sesuai la sy keje as researcher ni...honestly mmg prefer sembang benda ilmiah dr gosip....org yg x rapat dgn sy x suka sgt cerita dgn sy psl life diorg...diorg rasa mcm ckp dgn dinding kot...kalau dgn kwn rapat...gurau senda x ingat dunia...gelak cam langsuir...tp sekejap je cam tu...kalau time nk bersendirian tu...member rapat dan family mmbr da faham...x nk diganggu le tu...time tu mmg x nk jawab call n x nk reply msg...nampak cam rude...tp mmg xde idea nk reply msg atau call nk wat camne excpt emergency case...sedih gak dianggap mcm makhluk pelik atau sombong oleh certain people...
Pencinta Seni berkata…
laa...aku introvert rupa nya..hehehee....tapi memg betul...introvert are the best listener.. ;)
Proletariat obscura berkata…
Mcm² perangai essentrik manusia. haha
dee love eiffel berkata…
Hai .. pakwe saya ni kes introvert la ni .. bila baca dari atas sampai bawah .. most of it macam perangai dia .. well memang susah nak adapt .. sampai naik penat n pk macam macam .. kadang kadang rasa macam main tarik tali pon ada .. and after all .. nasib baik saya ni pnyabar org nya .. habis dah syg .. he .. btw thanks fo beautiful explaination :)
Orkid berkata…
yess.. i think my bf like introvert mybe.. emm thanks 4 ur tips.. xoxo
Siti berkata…
Omo~~ I'm introvert!

I'am introvert! :(
selalu kena cop nama pelik pendiam..
Sbb ke mana2 semua sorang2. bersendirian best juga.. haha urgh
-,-"
entry ni mmg tepat kena pada diri sendiri..
amie berkata…
Sebijik macam bf kita. haha. Kenduri rumah dia pun dia hilang. Nak ajak keluar memang taklah. Kalau betul nak date kena set one month before. Sebut banyak banyak kali bagi dia penat dengar. haha
neraxnet berkata…
best post ever ! x rasa rendah diri bila dah tahu diri sendiri ..
CIK KIWI berkata…
sy rasa..betol lah sy pnye pkwe introvert, sabor jelah..huhuhu
Unknown berkata…
Sy seorg yg introvert & I'm proud with that..yeah..!!
Unknown berkata…
Exactly like me

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.