Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sarkastik cinta

Permasalah Cinta?

Permasalahan Cinta. Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu. Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam. Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan ...

Jangan Mau Jadi Bodoh.

Untuk anda anda yang tidak bisa nerima sarkastik, untuk anda anda yang berhati plastik. Saya bilang dulu, entri ini bukan untuk anda. Ini tentang bodoh. Bukan cinta yang bodoh, tapi tentang manusia yang memilih jalan untuk membodohkan diri yang tidak bodoh. Tidak, saya tidak menyatakan kalau anda seorang manusia yang bodoh – secara semua yang dijadikan Tuhan itu tidak ada satu pun yang bodoh melainkan kalau anda malas berusaha dan malas belajar. Bukan cuma anda, saya juga pernah jadi bodoh karena satu hal yang bernama cinta. Bukan pernah, malah sering kali apalagi dengan orang yang sama. Bodoh karena menunggu. Bodoh karena menyia nyiakan uang, waktu, dan juga cita cita. Pejuang cinta kononnya, padahal memperjuangkan sesuatu yang terang terang belum pasti. Memperjuangkan sosok kekasih khayalan. Dan sadisnya lagi, kalau anda tau anda sudah membodohi diri sendiri dan masih mau bertahan dalam kebodohan. Menyangkal nasehat dan kritik baik dari keluarga maupun dari teman. Udah gitu b...

The love pirate, the treasure chest, and the sea of sorrows

Imej
Source We all know. We all know that somebody; whose his heart that is made of stone, ice and cold. Or maybe, he does not have a heart at all, we can never be sure. He was no bigger than an average human but, everywhere he crosses, a tidal wave of destruction was left in the wake. His name is legend among the fearful and the hated. His story unsurpassed, unshakable as it is passed by murmur of those survived. But what do we know is that, he desires for the heart of gold, owned by maidens young and pure. Desire--more like a thirst, really—but he has that kind of insatiable thirst that even the universe cannot fulfill. Thus then, he began his scheme. The thieving of your heart. That’s what I call the love pirate—when they come to your home and raid upon your chest, running away with a part of—if not all—your heart. He takes no heed of the consequences that would follow, only thinking of what’s satisfactorily fulfilling in his ship. Source Sometimes he wo...

Orang Kata Perempuan Itu Lemah

Imej
Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama? Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi. ******* Dari penulisan lama aku . Coretan aku kali ini sebagai menjawab hujanan pertanyaan di Twitter , surat elektronik peribadi dan juga di pesanan Mukabuku. Bukan aku tidak mahu melayan, tetapi ketahuilah satu perkara, aku sibuk dengan urusan bersama anak bangsa. Mohon maaf kalau aku tidak mampu melunaskan semua pertanyaan. ******* [ Su...

Walaupun Pahit, Kita Telan Juga

Imej
Menulis untuk Terfaktab adalah suatu kepuasan. Tatkala ramai yang sibuk menidakkan siapa aku dalam barisan yang hebat ini, aku hanya ketawa sambil main jentik jari dengan meja dan diri sendiri. Lawak jenaka berbaur celaka kadangkala boleh hiburkan hati duka. Tak, bukan salah sesiapa sebenarnya. Dan sedikit dari kesibukan dunia aku yang tidak pernah padam, aku hanya mahu berkongsi penulisan aku dari sini . Ya, tentang ketagihan manusia dan dunia. ******* Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan. Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah. Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang. Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh. [ Sumber gamb...

surat ini untuk kekasih baru kau.

Imej
[ Entri ini datang daripada personal blog aku - Rojakstory ] Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku . Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Jadi ayuh kita mulakan ok? Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar), Awak apa khabar di sana? Saya harap awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok? [ Picture Credit ] We have a huge argue and fight before we break up. Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tig...

Cinta Untuk Orang Tak Berguna.

Imej
Satu benda yang aku tak faham bila orang kata, "Kami tetap bersama demi cinta", "Saya cinta dia gila-gila", "Sampai mati hidup semula pun akan cinta dia" dan apa -apa lagi. Oh dude, love never die, but people do! (sambil sepit rambut ke tepi ala budak emo) Ada kalangan kita (tak semua) yang menunggu cinta orang yang tak berguna. Kenapa ya? Aku sendiri tak faham benda ini secara jujurnya, tapi aku percaya, benda inilah yang menjadi penyebab kenapa ramai wanita yang membiarkan diri mereka mendapat penerajang, penampar dan kaki dari lelaki. Mungkin juga, perkara sebeginilah yang membuatkan lelaki hanya senyap apabila wanita yang mereka cintai berlaku curang dengan lelaki lain dan sebagainya. Lepas tu berdedai masuk surat khabar, berita dan segala macam jenis media. Tajuk besar akan guna perkataan CINTA. Mungkinlah.   Ini olahan dari penulisan sini . Aku sibuk dengan urusan duniawi yang melibatkan pekerjaan dan masa depan. Maaf. (tunduk ala Jepun) [ Gam...

Bercinta?

Seawal umur gwa 10 tahun gwa dah terdedah dengan benda2 cinta monyet geli2 ni. Terima kasih kepada member gwa yang dari dulu sampai sekarang kaki perempuan. Sampi gwa sendiri terjebak kena pasang dengan member awek yang dia nak tackle. seesh. Jadik watak sampingan ni menyampah jugak kadang2. "Dude, u're only 10 years old! What the fuck are thinking back then?" Thats what i had in my mind now. I don't really know how the adrenaline rush back then, but now i know. Kanak2 zaman sekarang (anyone under 18) lagi senang nak bercinta. Gwa syak masa tadika pon kanak2 ni dah start suka2 satu sama lain. Yeah, tak tau la ape dah jadik but itu semua memang fitrah manusia. Who am i to blame. But thats what i wanted to talk about. Actually, masa gwa kecik2, memang dalam kepala hotak xde priority. Kalau kecik2 dah start kena p tuition and all, memang la sakit otak though i've been going to tuition since i was 11. And it helps. Though i hate that tutor much. Kanak2 zaman sekara...

Mengintip Sebab Cemburu - Aku Benci Stalker Wanita

Imej
Dari penulisan aku di blog. Maaf, minggu ini sibuk dengan sukantara dan ujian bulanan. Ya, aku memang guru. Apa kau tak percaya lagi? Nak bukti? Itu khas aku dalam makmal kimia - taman permainan hingga hujung nyawa. ******* Sungguh aku ketawa riang. Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini? Senyum nampak gigi. Kau mula rasa sakit hati? Gigit bibir sampai nampak gusi. Gadis, ah tidak, kau seorang wanita. Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan? Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya. Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha) Apa yang kau takut sebenarnya? Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila? Sekejap, kau buat begitu kenapa ya? Aneh tahu? Ketawa. Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya? Aku : (ketawa) Aneh ...

Menyamar Jadi Teman Lelaki Demi Kegembiraan Dia.

Imej
Edisi penambahbaikan. Sebenarnya membaikkan diri bukannya mudah. Jerit-jerit suruh orang jadi baik dah kurang dadah sebab budak-budak sekarang ubun-ubun penuh darah. Baru nampak gagah. Orang tua apa tahu, makin mereka sergah. Ah, dah terhantuk nanti baru nak terngadah. Ludah. Terima kasih buat yang sudi menonton Vlog aku sebelum ini. Ya, kali pertama buat video yang sememangnya mendapat kutukan nasional dan juga antarabangsa. Tahap global sudah blog aku rupanya sebab ditonton selain dari mereka yang tinggal di Malaysia (padahal yang di luar negara pun kebanyakannya adalah orang Malaysia). Senyum. Tidak menulis dan melihat matahari berlatarkan awan dan langit biru memberikan aku ilham merakam satu lagi video yang ternyata tidak sanggup aku muatnaik disebabkan tangan aku menggigil memegang telefon genggam sewaktu memandu. Ya, sengaja aku letakkan telefon dan cuba berkongsi dengan kamu semua tetapi entahlah, aku cuba buat lain kali, mungkin. [ Gambar : Maaflah buat yang m...

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Imej
Disclaimer : Ini entri parodi ye kawan kawan. Ada sedikit sarcastic. Jangan terasa dengan penulisan saya. Kang ada yang tak faham entri ni parodi terikut ikut tips kat bawah. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ditimpa kemalangan sebelum, semasa dan selepas tips ini diamalkan. Kekeke. Jika kau seorang lelaki melayu yang lebh bernafsu kepada amoi atau cewek cina. Mari ikuti tips ini. Pasti anda akan berjaya memiliki seorang cewek cina! 1. Kena ada rambut gaya lelaki korea. Amoi-amoi tak minat style rambut kau orang yang style pacak pacak macam style punk tu woi. Jadi kau orang print gambar kat atas ni lepas tu pergi kedai gunting rambut mamak tunjuk kau orang nak rambut pesen gitu. Lebih banyak rambut depan tu lebih bagus. Lebih kelihatan lelaki korea kacuk melayu kacuk dengan cina. Kalau kau berkulit agak gelap. PAKAI FAIR AND LOVELY sekarang! Anda akan kelihatan seperti gambar di atas. 2. Kata kau sanggup keluar Islam kerana cinta. Tahu kenapa cewek cina takut nak ka...

Seperti Lesen Memandu, Bertunang Adalah Lesen Berpacaran.

Imej
Apabila tunang adalah suami... Ta-daa! Secara rasminya anda mempunyai calon suri hidup. Sudah steady, dan hanya berkira masa untuk menjadi pasangan secara sah. Ibu bapa pun suka sangat dengan pilihan anda. Tersangat suka. Tersangat suka sampaikan seluruh jiwa raga anak dilepaskan sahaja kepada si bakal suami. For them, bertunang bermakna sesi “berlatih jadi suami” maka kenalah diberikan anak bersama si tunang sebagai “latihan” bukan? Maaf, kalau ada yang terasa lagi dalam entri saya. Semua perkataan di bawah ini saya kumpulkan dari pemerhatian saya kepada begitu ramai orang (Ya. Begitu ramai. Kenapa ramai sangat orang macam ini ha yang saya kenal?) Tetapi nasihat ini saya berikan secara terbuka untuk rakan-rakan terdekat, juga yang tanpa nama dalam dunia maya ini. Jujurnya saya hairan seketika melihat gelagat ibu bapa zaman sekarang. Membiarkan anak dibawa ke sana ke mari oleh pasangan yang belum tentu muhrim. Melepaskan terus hak penjagaan anak perempuannya kepada lelaki yang bukan d...

Nota Kaki 1: Fate/Takdir

Imej
Satu hari seorang kenalan menangis-nangis meluah rasa hati apabila dikecewakan seorang lelaki. Kasihan, si perempuan cuma bertepuk sebelah tangan kerana sapaan cinta tidak berbalas. Sedihnya dia, payah betul nak dipujuk. Almaklumlah, lelaki itu segalanya. dialah yang paling hot, yang paling sempurna wajah, dialah yang paling rajin, dialah yang paling gentleman. Semua dia, dia Mr Right. Bolehla. Hensem macam abang Prince Caspian ni. Satu hari hampir sebulan kemudian saya disapa seorang saudara. Bercerita punyalah bercerita, tiba-tiba terkeluar nama seseorang. "Kenal tak lelaki ni? Dia kenalan rakan kamu kan?" tanya saudara. Saya ragu-ragu. Eh, bagaimana boleh kenal? Lalu, saudara menunjukkan profil laman sosialnya. Sah, ada common friend. Itulah lelaki yang menolak cinta tu. "Ah, ya. kenal sangat. Kenapa?" "Ohh!! Dia tu, satu Uni dengan kitorg. nak tahu, geng kami dulu.... ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| !" Em. Tersensored lah p...

episod pengenalan dah 18sx. maaf.

semenjak dua menjak ini aku telah diinvite oleh si AlexiaAqram untuk menulis di sini. entah siapa AlexiaAqram ni, entah boleh dipercayai atau tidak. risau juga takut aku jadi seperti gadis-gadis zaman sekarang, terlampau percaya pada orang tak dikenali, lepas tu dilarikan. tapi selepas berfikir, aku join jugalah. macam seronok jugak. jadi aku masuklah sekali ke dalam terfaktab. terasa macam budak sekolah rendah baru pindah sekolah. aku tengok saja apa kawan2 semua buat. nak tanya lebih-lebih, malu. Nak join perbualan, takut lari topik. Apatah lagi nak join main rebut tiang. Namun, tiba-tiba setelah nampak hint yang aku boleh mula menulis. apa lagi. disebabkan ini blog cinta tak cinta mana, dan memandangkan antara kriteria aku dipilih adalah sebab aku dah kahwin, jadi untuk entry pengenalan aku ada satu cerita untuk dikongsi bersama kawan2 sebagai pengajaran. cerita aku sebelum kahwin sehingga lepas kahwin. begini ceritanya. sebelum kahwin awek duduk sebelah tersipu-sipu. aku bawak k...