Walaupun Pahit, Kita Telan Juga
Menulis untuk Terfaktab adalah suatu kepuasan.
Tatkala ramai yang sibuk menidakkan siapa aku dalam barisan yang hebat ini, aku hanya ketawa sambil main jentik jari dengan meja dan diri sendiri. Lawak jenaka berbaur celaka kadangkala boleh hiburkan hati duka. Tak, bukan salah sesiapa sebenarnya.
Dan sedikit dari kesibukan dunia aku yang tidak pernah padam, aku hanya mahu berkongsi penulisan aku dari sini. Ya, tentang ketagihan manusia dan dunia.
*******
Dalam
hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita.
Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan
memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.
Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan.
Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah.
Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang.
Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh.
[Sumber gambar] |
Ya.
Dalam
hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup,
tetapi berapa bermaknakah hidup kita. Kalau hidup kita panjang tetapi
tidak berguna, pastinya tidak ada sesuatu pun yang mahu dikenangkan.
Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah - bahkan
barangkali menempah rengsa yang tidak berkesudahan.
Kawan : Aku trauma untuk memulakan hidup baru.
Aku : Kenapa?
Kawan
: Setiap kali aku mulakan hidup baru, cinta baru juga akan menyusul dan
itu membuatkan aku akan teringat kembali, betapa kecewanya aku dengan
cinta lama.
Aku : Jatuh cinta bolehkah dihindarkan?
Kawan : Jatuh cinta kan sama macam kemalangan? Boleh ambil langkah berjaga-jaga.
Aku : Tetapi, seringkali dalam berjaga-jaga, muncul juga sesuatu yang tidak diduga.
Kawan : Itukan sudah ditakdirkan.
Aku : Begitu juga dengan jodoh, jatuh cinta dan sebagainya.
Kawan : Aku tak mahu lagi jadi optimis.
Aku : Kau boleh jadi pesimis kalau mahu.
Kawan : Ah, celakanya hidup.
Aku : Kita selalunya akan salahkan sesuatu, atas semua yang berlaku.
Kawan : Aku benci dengan segala kesengsaraan, kepahitan hidup.
Aku : Walaupun pahit, kita telan juga kan?
Kawan : Ya ke?
Aku : Contohnya ubat. Ubat pahit, tetapi kita telan juga.
Kawan : Sebab ubat menolong kita cepat sembuh - usaha kita.
Aku : Sama dengan kita telan kesengsaraan. Ia tolong kita lupakan lama dan mulakan yang baru. Boleh?
Hidup kan ada sentiasa naik turun.
Macam pasaran saham.
Macam roda.
Macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya.
Dan juga mungkin berat badan.
Sentiasa
ada perumpamaan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan segala masalah.
Apa salahnya kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa
yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?
Selingan Bukan Hinaan :
Kalau kau tak pernah belajar apa itu sejarah, jangan pernah duduk mengongoi, merengek tidak tentu hala.
Lord Zara
: Dalam kesibukan dunia, susahkah kau mahu berhenti sebentar dan
bertanyakan khabar? Kesombongan kau ada bayarannya. Mungkin bukan hari
ini, tetapi akan datang. Tiada siapa yang tahu. Celaka.
[Sumber Asal]
[Sumber Asal]
Ulasan
satu perkataan ini, menunjukkan perbuatan. dua perkataan ini menunjukkan binatang. LIMA perkataan ini menunjukkan binatang melakukan perbuatan terhadap binatang.
cer teka cer teka.
khikihkih
Hahahaha~