Walaupun Pahit, Kita Telan Juga



Menulis untuk Terfaktab adalah suatu kepuasan.
Tatkala ramai yang sibuk menidakkan siapa aku dalam barisan yang hebat ini, aku hanya ketawa sambil main jentik jari dengan meja dan diri sendiri. Lawak jenaka berbaur celaka kadangkala boleh hiburkan hati duka. Tak, bukan salah sesiapa sebenarnya.

Dan sedikit dari kesibukan dunia aku yang tidak pernah padam, aku hanya mahu berkongsi penulisan aku dari sini. Ya, tentang ketagihan manusia dan dunia.

*******


Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan.
Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah.
Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang.
Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh.

http://farm5.static.flickr.com/4047/4633330151_7df7f2b990.jpg
[Sumber gambar]
Ya.
Dalam hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, tetapi berapa bermaknakah hidup kita. Kalau hidup kita panjang tetapi tidak berguna, pastinya tidak ada sesuatu pun yang mahu dikenangkan. Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah - bahkan barangkali menempah rengsa yang tidak berkesudahan.

Kawan : Aku trauma untuk memulakan hidup baru.
Aku : Kenapa?
Kawan : Setiap kali aku mulakan hidup baru, cinta baru juga akan menyusul dan itu membuatkan aku akan teringat kembali, betapa kecewanya aku dengan cinta lama.
Aku : Jatuh cinta bolehkah dihindarkan?
Kawan : Jatuh cinta kan sama macam kemalangan? Boleh ambil langkah berjaga-jaga.
Aku : Tetapi, seringkali dalam berjaga-jaga, muncul juga sesuatu yang tidak diduga.
Kawan : Itukan sudah ditakdirkan.
Aku : Begitu juga dengan jodoh, jatuh cinta dan sebagainya.
Kawan : Aku tak mahu lagi jadi optimis.
Aku : Kau boleh jadi pesimis kalau mahu.
Kawan : Ah, celakanya hidup.
Aku : Kita selalunya akan salahkan sesuatu, atas semua yang berlaku.
Kawan : Aku benci dengan segala kesengsaraan, kepahitan hidup.
Aku : Walaupun pahit, kita telan juga kan?
Kawan : Ya ke?
Aku : Contohnya ubat. Ubat pahit, tetapi kita telan juga.
Kawan : Sebab ubat menolong kita cepat sembuh - usaha kita.
Aku : Sama dengan kita telan kesengsaraan. Ia tolong kita lupakan lama dan mulakan yang baru. Boleh?


Hidup kan ada sentiasa naik turun.
Macam pasaran saham.
Macam roda.
Macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya.
Dan juga mungkin berat badan.

Sentiasa ada perumpamaan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Apa salahnya kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?

Selingan Bukan Hinaan :
Kalau kau tak pernah belajar apa itu sejarah, jangan pernah duduk mengongoi, merengek tidak tentu hala.

Lord Zara : Dalam kesibukan dunia, susahkah kau mahu berhenti sebentar dan bertanyakan khabar? Kesombongan kau ada bayarannya. Mungkin bukan hari ini, tetapi akan datang. Tiada siapa yang tahu. Celaka.

[Sumber Asal]

Ulasan

Alexia Aqram berkata…
aku nk bagi teka teki.

satu perkataan ini, menunjukkan perbuatan. dua perkataan ini menunjukkan binatang. LIMA perkataan ini menunjukkan binatang melakukan perbuatan terhadap binatang.

cer teka cer teka.
Fatimah Ali berkata…
kadang kadang mereka jadi macam tu sebab mereka takut nak move on. aku pon dulu macam tu. takut sgt nak move on. tapi finally fall in love again. ciss. haha
Wadi AR berkata…
susah nak tafsirkan
ZeBentPenzel berkata…
Aqram, kalau teka dapat hadiah tak?
khikihkih
♥c!k Ann♥ berkata…
ko mmg hebat lah zara!
mr.huhahuu.~ berkata…
kecewenye aku.hush.idop pnoh sengsara.
nots berkata…
*Bagi yang setia meneruskan perjuangan , tahniah diucapkan . -aku suka ayat tuh . HAHA .

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.