Majlis Hujung Minggu Ini Kawan
Semalam menulis untuk Terfaktab.
Untuk projek bersama dengan teman-teman lain sebelum tersungkur, tertidur. Maaf kepada bos aku yang kacak.
Tunduk.
Semalam juga tulisan aku lupa letak tajuk.
Alahai.
********
Dalam hidup ini, manusia sentiasa diduga.
Ya, dugaan serta cabaran yang pelbagai menjadikan kita lebih manusia 
setiap hari. Kadangkala dengan segala bentuk ujian itu juga, boleh 
menyerlahkan sisi kebinatangan yang disimpan sejak sekian lama. Dan 
manusia sebenarnya adalah makhluk yang sangat tidak boleh diduga - dari 
satu sisi dia akan ketawa, tapi dari satu sisi lain dia mungkin akan 
gila. 
Aneh?
Tidak juga.
Itu yang dinamakan manusia dan kita-kita semua masih lagi manusia yang 
acapkali menjadi sasaran para iblis dan syaitan menaburkan benih 
kemarahan dan pelbagai lagi anasir gila tatkala diberikan ujian. 
|  | 
| [Sumber gambar] | 
Tetapi, sebagai manusia, apa yang perlu kita lakukan?
Tatkala datang pelbagai musibah - satu demi satu, selain daripada 
kembali kepada Yang Maha Pencipta seperti biasa dan meminta yang 
baik-baik sahaja dalam menyelesaikan segala masalah, kita harus juga 
akaur kepada fitrah kita sebagai manusia dan janji Yang Maha Esa - kita 
yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita, bukan orang lain.
Dan, aku dikejutkan dengan panggilan seawal jam dua pagi - hanya untuk 
mendengar raungan dan tangisan seorang teman yang aku boleh sifatkan 
sebagai manusia baik yang diberikan ujian tatkala dia sudah tertimpa 
dengan ujian yang berat sebelum ini. Belum sembuh penderitaan, sudah 
disakiti hingga terpuruk sendirian.
N : Maaf ganggu kau tidur.
Aku : Kenapa menangis ni? Beritahu aku.
N : Hidup aku malang.
Aku : Kenapa cakap begini? Bakal pengantin mana boleh murung. 
N : Dah tiada lagi istilah bakal pengantin.
Aku : Kenapa?
N : L dah putuskan pertunangan kami.
Aku : Biar betul kau? Jangan main-main.
N : (menangis lebih kuat) Betul. Aku dah tak tahu macam mana ni.
Aku : Keluarga macam mana?
N : Ayah aku memang marah sangat tentunya. Sudahlah dia setuju nak 
teruskan majlis walaupun ibu aku meninggal bulan lepas, tiba-tiba jadi 
begini. Lagi berapa hari, macam mana nak tarik jemputan segala?
Aku : Dah duduk berbincang?
N : Dah. Keluarga dia siap dah datang rumah lagi.
Aku : Apa celakanya perangai ni?
N : Aku tak tahu. Bila tanya alasannya, dia kata dia tak nampak masa depan dengan aku.
Aku : Apa?!
N : Dia kata aku tak kuat masa ibu aku meninggal - aku menangis, 
pengsan sebab terkejut, dia kata dia tak sangka aku boleh jadi selemah 
itu.
Aku : Tapi ibu, keluarga adalah manusia paling dekat dengan kita 
dalam hidup. Kalau Puan Mulia sakit pu aku risau, sedih, susah hati - 
apatah lagi kau yang kehilangan ibu kau. Apa hak dia nak cakap kau lemah
 bagai sedemikian rupa?
N : (kembali menangis) Tak tahu. Dia kata dia tak nampak aku akan 
jadi seorang isteri dan ibu yang tabah, kalau kena ujian begitu pun tak 
tertanggung dah.
Aku : Apa celakanya ayat dia ni.
N : Apa nak buat ni Zara? Majlis Sabtu ni Zara.
Aku : Batalkan. Hantar pengumuman atau apa sahaja pada semua jemputan.
N : Kalau kawan-kawan bolehlah aku beritahu, tapi kad jemputan yang keluarga aku edar, macam mana?
Aku : Kalau susah sangat, tukar sahaja majlis tu jadi kenduri tahlil 
untuk ibu kau. Lagipun Sabtu ni Nisfu Sya'aban. Buat sahaja kenduri, 
beri orang makan.
N : Orang kan biasanya puasa hari tu.
Aku : Dari segalanya tak teratur, sekurang-kurangnya ada rancangan kalau masih ada lagi orang datang.
N : Pelamin semua hari Khamis baru orang ni nak cabut.
Aku : Dah, dah, jangan fikirkan dahulu buat masa ni. Kau kerja ke tak?
N : Macam mana nak kerja? Nak letak muka di mana?
Aku : Kau ambil masa kau sendiri, jangan putus asa. Jodoh itu rahsia Allah kan? Kau beritahu aku dulu.
N : Ya, rahsia. Dan siapa sangka, rahsia itu terbongkar sebelum mula segalanya.
Aku : Sekurang-kurangnya sebelum kau jadi isteri dia.
N : Aku tetap sedih.
Aku : Faham. Bukan sekejap kau kenal dia.
N : Aku masih tak faham kenapa dia buat aku begini.
Aku : Berhenti dari cari jawapan sebab kadangkala, lebih baik kita tidak tahu dari tahu hingga menyakitkan hati sendiri.
N : Terima kasih. Pergi tidur semula la.
Aku : Kau pun sama, pergi tidur.
N : Kalau boleh.
Aku : Boleh.
|  | 
| [Sumber gambar] | 
Kadangkala manusia boleh jadi terlampau kejam.
Sudahlah pembunuhan, segala jenayah berlaku di merata tempat dalam 
dunia, menyakitkan hati manusia masih termasuk dalam salah satu senarai 
yang panjang berjela. Segalanya sudah ditempah, segala bahan sudah 
tersedia dan beratur dalam rumah, tetapi bila perkara begini muncul dan 
goncang segalanya?
Ya.
Kita semua hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Itu pasti tetapi dalam hidup ini, ada benda lain yang kita kena lihat lebih luas dari sekadar pandangan mata.
Itu sahaja.
Selingan Tambahan :
Kesibukan sedang mencengkam diri. Apa sahaja berlaku, kita masih perlu kenal diri.
Lord Zara : Walau betapa kejamnya dunia, kita masih ada hak untuk rasa gembira. Benar bukan?
 
 
Ulasan
Jodoh rahsia Tuhan. :)
Semoga dia tabah.
tabah kawan! :)
Sebenarnya,masih ramai lelaki dan perempuan yang baik dikalangan kita,mungkin kita yang tidak menyedari.
Baik itu sendiri satu yg subjektif.Baik?Baik yang macammana?Baik pada awak,bukan pada saya.
Kepada yang mengalami,tabahkan hati..Insyallah..hakikat satu2 perkara itu hanya padaNYA.
semoga dia tabah mghdapi dugaan.. percayalah kbhgiaan itu akan dtg juge suatu ari nnt...
kakibebel.blogspot : putus cinta
Untuk pompuan tu, dia tak rugi, at least dia tau jantan tu macam mana.
Life must go on...
:)
moga teman mu tabah menghadapi ujian drpd -NYA dan sentiasa bersangka baik terhdap-NYA kerana hanya DIA yang maha mengetahui.. :)
sudah la.
nampak sangat lelaki ini yang tak layak untuk jadi pemimpin keluarga. bukan salah perempuan tu yang lemah akibat kehilangan ibunya.
betul.