cinta bantal busuk
"lama sangat dah kau macam ni. kau nak yang macam mana lagi? yang tu kau tak nak, yang ni kau buat tak peduli. tak baik tau"
"lebih baik lah aku buat tak tahu, terus cakap tak mahu, daripada aku tipu hati sendiri, dan mainkan perasaan orang lain. aku tak suka, maknanya aku tak suka la"
"aku tak faham. kau memilih sangat lah"
*diam. senyum sekilas*
"kau rasa aku memilih ke? aku cuma nak orang yang boleh buat aku rasa selesa. macam bantal"
__________ _ _ _ _ _ __________
kisah sendiri, beberapa tahun yang dulu.
empat tahun yang serius orang kata membazir dan buat kawan-kawan aku buntu, lansung tak faham apa mahu aku.
empat tahun yang serius orang kata membazir dan buat kawan-kawan aku buntu, lansung tak faham apa mahu aku.
aku tak ada menetapkan satu satu kriteria khusus dalam memilih pasangan. misalannya, tinggi, putih, berkaca mata, ada lesung pipit, tak gemuk, banyak duit, bla..bla..bla..bla.. ah ! penat nak tulis banyak-banyak. pada aku, kriteria kriteria tu semua adalah bonus. kalau ada, menggelupur suka, kalau tak ada, asal hati dah suka, apa pun tak apa.
yang penting, boleh membimbing aku. cukup.
ada satu lagi.. yang penting, boleh buat aku merasa selesa. cukup.
selesa tu pulak sebenarnya luas. mungkin muka dia buat kita rasa selesa. mungkin sikap yang pandai berjenaka boleh buat kita rasa selesa. mungkin duit berkepuk yang dia ada buat kita rasa selesa. atau boleh jadi cara dia berkomunikasi dengan kita buat kita rasa selesa.
macam yang aku kata tadi, selesa ni luas. bahkan ia berbentuk subjektif bergantung kepada citarasa masing-masing.
kalau untuk aku,
bila aku mampu berbicara apa sahaja dengan dia, bila aku mampu menjadi diri sendiri, tak ada nak cover cover cun, tak perlu sesak nafas-senak dada tahan sendawa, tak perlu duduk berjam-jam depan cermin semata-mata kerana mahu blow rambut, pendek kata, aku jadi diri aku seperti apa yang aku mahu dan dia terima setiapnya dengan senyum mesra dan masih bilang aku comel walau dalam baju t warna putih lusuh juga tidak bertampal secalit mekap pun. itu selesa aku. dia seperti bantal busuk aku. buat aku selesa, sejuk, selamat, damai dan boleh jadi nyenyak dibuai lena sampai ke pagi.
kalau muka dia ala-ala hero cerita Smallville pun, tak ada guna kalau tak reti nak respon dengan apa yang aku bualkan. aku cakap sepuluh patah, respon sepatah je. sedangkan aku mahu sembang isu dunia, berdebat soal politik, bercerita tentang buku-buku yang baru aku beli, bergosip tentang artis, merungut tentang turun naiknya ekonomi, tapi dia buat muka lurus seperti manusia tak tahu apa. last last, yang keluar dari mulut, "kita cerita pasal kita je la"
kalau muka dia ala-ala hero cerita Smallville pun, tak ada guna kalau hari-hari aku sakit kepala fikir hari ni nak pakai baju warna apa, pesen macam mana. shit. kita yang pesen-pesen simple ni tiba-tiba nak berubah jadi perempuan gaya gaya urban, biar sepadan dengan teman lelaki gaya gaya hero Smallville. sampai bila kau mahu jadi orang lain? kalau untuk sebulan pertama mungkin kau masih boleh tersenyum menyenget. tapi selepas itu? bila kau dah tak tahan menyarung wedges tiga inci setengah, bila kau dah jelak selongkar wardrobe setiap kali mahu keluar, bila kau dah jenuh berhabis untuk update wardrobe kau pulak, masa tu nanti kau akan rasa hubungan itu merupakan satu kesilapan. kau rasa dia bukan orang yang betul. akhirnya putus.
selesa aku, biar tak semenggah di mata orang, asal indah di mata aku.
ya..
macam bantal busuk tompok peta yang aku peluk hari-hari la. bau masam masam sedap. best !
dan..
seperti kata Fynn Jamal dalam 150 juta;
baju ronyok tak apa, asal pakai selesa
berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada
p/s: menerima tanpa syarat.
Ulasan
i don't have bantal busuk, pinjam boleh.kite share. ;p
Letih tahu jd orang lain semata-mata nak puaskan hati si dia yg belum tentu dgn kita.
aku selesa sembang bila berdepan je. dlm blog aku failed. sebab tu aku bukan bantal busuk dia- sbb aku bukan blogger......
yerp. indeed !
@Allyza Abdullah
tak semestinya gitu sayang. ada je lelaki hensem kawen dengan perempuan yang tak lawa pada pandangan mata kita. benda ni subjektif.
@frogprincesz
ekeke.. selamat mencari..
@N berkata
kalau hilang, cari yang baru orait. hidup perlu terus.
@pikaa
:)
@Cik Bell
betul. balik kampung pun sanggup sumbat dalam beg. hihi.
@cik aletheea
heppp.. bantal busuk tak leh share-share. bau dia lain lain.. ekeke..
@kc kasedah
betei tu. jadi diri sendiri lebih baik. kau nak gelak kangkang pun relek je. tak yah nak kaber kaber.
@Wid Skyline
jaga bantak busuk elok elok
@Aku Bukan Blogger
pesen cenggini yang susah nak paham ni. bila kawen nanti, kau akan komunikasi depan depan, sambil tengok muka puas puas. pesen cakap dalam belog ni lain ni. elok kau cari lain je. bantal busuk ni nyata, bukan virtual sayang..
@Alexandriana Alia
yerp. subjektif. ikut citarasa kita sendiri. ikut masing masing punya hati.
tu je nak cakap.
dan betul, sepanjang-panjang crush dan bercinta dengan orang, semua rupa saya pernah rasa. tinggi, rendah, putih, hitam, gemuk, kurus.
tapi satu je persamaan diorg, boleh bawak borak.
Ok, ini entry terhebat hari ni yang aku baca. Terus rasa mahu wake up!
Wake up wake up. Did i found my bantal busuk?
mybe not..=|
-sya