Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel asas hubungan

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
" Tok Kadi semua cuti panjang ke?  Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni.  Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad. Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini? Shipping. Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam k...

Lima Minit yang Sia-Sia

Masa awal-awal kahwin dulu, aku berkesempatan menyertai kegiatan dakwah tablik. Dulu la, dulu. Kalau nak tahu tablik ni, selain daripada ketuk-ketuk pintu walaupun diorang tau korang tengah pura pura takde kat dalam, tablik juga ada 3 hari "bootcamp" untuk kaum-kaum wanita berkumpul dan belajar hadis, ibadat solat dan hafal surah-surah lazim. Dan dalam tiga hari "bootcamp" ni (maaf aku lupa namanya, kadang-kadang aku tergeliat lidah sikit sebut Bahasa Arab, kaum-kaum wanita akan terpisah dari suami / anak lelaki mereka, kecuali pada sesi pertemuan empat mata (ni pun aku lupa nama dia, tolong drop comment kalau korang tahu!). Dalam sesi ni, setiap lelaki akan masuk bilik/ruang kosong, dan borak dengan bini / mak mereka lebih kurang lima enam minit. Ada yang lebih ada yang kurang. Cuma yang pentingnya, kalau dipanggil engko kena masuk. Tak ada merajuk-rajuk. Dan dalam lima minit tu, kau KENA bercakap. Awal-awal dulu, aku tak biasa lalu aku tanya mereka yang lebih ...

Lepak Luar Lepas Kahwin: Kupasan Khas

Amboi, Kupasan Khas wok lu! Anyway, semenjak dua menjak ni isu laki suka lepak dengan member jadi isu hangat sekejap. Terutama bila FB influencers (yg ni term aku kasi sendiri kepada gang2 FB yang asal depa tulis je ribu-ribu shares dapat) tulis pasal hal ini. Nak pulak ramai yang setuju dan ramai yang tak. Pendapat aku? Hm..Aku tak setuju.  Mesti engkorang rasa aku acah-acah nak jadi "Cool Girl" Amy Dunne kan , konon sporting padahal dalam hati terbakar? Hahaha. Dah agak dah. Tapi bagi aku, keperluan lepak luar ni berkadar terus kepada jenis lelaki tersebut. Jenis intorvert dan extrovert? Ya. Macam yang korang tau (kalau tak tau google lah sendiri, dah banyak orang bincang hal ni kot) extrovert ni kena "recharge" semula dengan social situation. Maknanya kalau kerja pumpangpumpang penat gila siap OT kena tembak dengan boss lagi, last thing dalam fikiran ialah "kena pi lepak ni, kat mana eh?" Sebab diorang dah drained, dah habis emosi, dan l...

Solitud Si Carik Rupa

Kau adalah antara orang yang bangun paginya sentiasa melihat cermin kerana kurang yakin dengan wajah diri. Sejak kau mengenali apa itu mimpi basah dan datang bulan, seringkali, kau ke mana-mana, menghias badan dengan pakaian cantik-cantik dan mewah-mewah, tidak dipandang oleh mana-mana yang berlainan jantina. Walaupun kau berpakaian indah-indah ketika hari ulangtahun kelahiran, kenduri kahwin dan hari perayaan, langsung tiada mata yang memandang. Kau fikir, apa yang salahnya pada wajah kau. Hanya sedikit berlainan dari orang lain. Hidung pesek tidak terletak di tempat yang betul, gigi tidak sama rata antara baris, mata bulat besar sebelah, telinga capang dengan cuping besar, pipi dahi hidung dagu berjerawat jeragat, kepala berkelemumur yang tidak terkawal adalah antara sifat-sifat pada diri kau. Itu baru sifat yang berada di kepala, belum lagi sifat di bawah kepala. Entah apa lagi kecacatan yang dimiliki kau, segalanya menjadi rahsia milik kau buat selamanya. Malu jika diketahui ora...

Catalyst

Ehlo dear terfaktab readers. Today we're going to discuss about, catalyst. As we can see, people got thousands, maybe billions, perhaps trillionz reason to be in a relationship. I don't want to drag about it and list each and every one of it so lets just give it a go. When i was in high school, we're being programmed to learn about chemistry, biology and physics. Which none of that shit mentioned above is actually useful to me in my studies since i swayed myself off it because i'm not that good at it, except biology (that's another story). We actually had a good time studying about chemistry and its peculiar terms because they're not of daily regular words we've been using in our conversation. Besides learning all of the chemistry subject's term and jargon, we actually apply some of it in our daily life. Our, because most classmates of mine have the same ideas on it. And that's how we used 'catalyst' in relationship. So the term ...

cerita tentang kertas yang kita dah koyak dan buang semalam

Imej
[ sumber ] Benda yang paling tak best sekali dalam sesebuah perhubungan bila kita terpaksa sebut tentang bekas kekasih kepada kekasih kita yang sekarang ini. Ada orang bilang, kita masih belum boleh move on Ada pulak yang bilang, kita masih gagal tinggalkan kenangan lalu biarpun sudah move on Ada juga yang bilang, kita ini haloba, yang dulu mahu, yang sekarang juga mahu. Kadang-kadang, sedikit sebanyak perlakuan dan minat kita dipengaruhi oleh orang-orang tertentu. Mungkin ada dua atau tiga minat kita itu kelihatan sedikit menyimpang dari personaliti yang kita bawa. Misalkata kita ni sebenarnya orang yang jiwa-jiwa, alih alih ada pula minat ke lagu rock-rock keras. Mesti ada pengaruh lain yang mendedahkan kita kepada genre yang demikian. Dah tu bila ditanya, tak kan nak tipu pulak ye dok? Yang paling menjadi kepantangan dalam sesebuah perhubungan adalah perkara tipu menipu. Berkata benar walaupun pahit. Baik begitu. Bukan apa, sekali kita menipu, akan wujud tipu menipu yang l...

cinta bantal busuk

Imej
"lama sangat dah kau macam ni. kau nak yang macam mana lagi? yang tu kau tak nak, yang ni kau buat tak peduli. tak baik tau" "lebih baik lah aku buat tak tahu, terus cakap tak mahu, daripada aku tipu hati sendiri, dan mainkan perasaan orang lain. aku tak suka, maknanya aku tak suka la" "aku tak faham. kau memilih sangat lah" *diam. senyum sekilas* "kau rasa aku memilih ke? aku cuma nak orang yang boleh buat aku rasa selesa. macam bantal" __________ _ _ _ _ _ __________ kisah sendiri, beberapa tahun yang dulu. empat tahun yang serius orang kata membazir dan buat kawan-kawan aku buntu, lansung tak faham apa mahu aku. aku tak ada menetapkan satu satu kriteria khusus dalam memilih pasangan. misalannya, tinggi, putih, berkaca mata, ada lesung pipit, tak gemuk, banyak duit, bla..bla..bla..bla.. ah ! penat nak tulis banyak-banyak. pada aku, kriteria kriteria tu semua adalah bonus. kalau ada, menggelupur suka, kalau tak ada, asal hati dah su...

Listening | Communicating Skills

We are human. I bet human read this shit i wrote here. If and only if the robot can read and understand what i wrote here, thats a plus. All human NEED to learn the communicating skills. Because thats the basic of life, i might say. Unless u were deaf and all. Some of us loves to talk. Some can talk all day long without realizing that they also need to listen. Listen to everyone around them. Takde mood ah nak tulis in english. Ok. Back to manglish. Asas communicating skills is of course bercakap, and mendengar. Ade banyak lagi. Tapi gwa nak cerita pasal mendengar. Sebab gwa tau lu orang semua pandai bercakap. At least. Walaupun gagap2 kalau nak bercakap depan orang ramai. Lepas gwa buat random observation antara lelaki and perempuan, lagi2 melibatkan manusia yang tengah hangat bercinta macam esok kiamat dah, gwa dapat simpulkan bahawa salah satu masalah besar antara mereka ialah masing2 gagal menguasai kemahiran mendengar. Sebab tu gwa malas ulas pasal bercakap. Sebab masing2 dah ...