20 September 2016

Lepak Luar Lepas Kahwin: Kupasan Khas

Amboi, Kupasan Khas wok lu!

Anyway, semenjak dua menjak ni isu laki suka lepak dengan member jadi isu hangat sekejap. Terutama bila FB influencers (yg ni term aku kasi sendiri kepada gang2 FB yang asal depa tulis je ribu-ribu shares dapat) tulis pasal hal ini. Nak pulak ramai yang setuju dan ramai yang tak.

Pendapat aku?
Hm..Aku tak setuju. 

Mesti engkorang rasa aku acah-acah nak jadi "Cool Girl" Amy Dunne kan , konon sporting padahal dalam hati terbakar? Hahaha. Dah agak dah. Tapi bagi aku, keperluan lepak luar ni berkadar terus kepada jenis lelaki tersebut.

Jenis intorvert dan extrovert? Ya. Macam yang korang tau (kalau tak tau google lah sendiri, dah banyak orang bincang hal ni kot) extrovert ni kena "recharge" semula dengan social situation. Maknanya kalau kerja pumpangpumpang penat gila siap OT kena tembak dengan boss lagi, last thing dalam fikiran ialah "kena pi lepak ni, kat mana eh?"

Sebab diorang dah drained, dah habis emosi, dan lagi ramai orang dia dapat ketemu, lagi banyak la tenaga dia 're-energize balik'. Aku ada kenal juga beberapa orang begini, lelaki dan perempuan. Ada yang pasangan chill boleh memahami. Ada yang break juga sebab tak puas hati.

"Nak release tension? Saya kan ada, ceritalah kat saya!" Tak juga miss, borak dengan member ni lain daripada borak dengan pasangan. Satu, mungkin diorang tak faham 100% apa kita cakap, dan dua, kalau nak pandangan pasal apa-apa, lebih baik la dapatkan pandangan dari neutral third party. Also, ketiga: banyak benda yang tak tahu jadi tau bila lepak dengan member. Lagi-lagi ada member yang jenis "aku punya kawan punya kawan kan..." pergh yang ni sedap betul dengar cerita dia.

Extrovert macam tu. Introvert pula, diorang jarang lepak, sebab lepak ni menghabiskan tenaga diorang. Kalau dapat yang cenggini, memang ramailah kaum perempuan yang gembira. Sebab terperuk dalam rumah aje tengok tv surf internet sampai gemok.

Begitulah laki aku, jenis tak suka keluar. Macam best, tapi kadangkala aku rasa kesian dengan dia. Hidup dia dalam empat segi bilik opis di siang hari, dan empat segi bilik rumah di malam hari. Kalau kami bermalam rumah MIL aku mesti akan sebut "Bang, alang-alang abang dah balik sini abang taknak hangout dengan exschoolmates ke?" Kemudian barulah dia akan mesej exschoolmates dia, ada yang terima pelawaan, ada yang tidak. Ada yang dia rasa segan tinggalkan aku, aku join sekali dengan anak. Apakedehal, asalkan bagitau nama tempat lepak,  bila dan berapa lama nak lepak. Also bawak balik roti nan cheese kalau tak siap!

Antara sebab aku buat camni ialah, laki aku ni pendiam, macam aku. Dan bila pendiam, kawan pun tak banyak lah. Bila kawan tak banyak, makin lama makin tua makin la berkurangnya. Aku risau part ni je. Kang umur 40 an kawan tu jumpa sekadar kat kenduri member je. Itupun kalau ada member yang kahwin lagi sekali!

Gitulah pendapat aku. Cumanya bila socializing samada lepak mamak atau lepak mancing ke lepak DOTA ke, pastikanlah dah bagitau awal-awal kat mana, balik pukul berapa, dengan siapa. Hat tu la paling penting. Handphone tak boleh silent (dan bini jugak kena berjanji takkan call lebih dari sekali kecuali urgent) dan angkat bila di call. Bukan bini engko nak tuduh engko balik lewat sebab pi romen dengan belen, tapi depa takut lewat tu sebab eksiden ke, kena rompak ke, motor pancit ke, bolehlah tolong. 

"Tapi kalau laki takdak kat rumah kena rompak camana?" Kalau kena rompak call polis lah. Mende nak suruh laki engko lawan. Lainlah dia ada karate tali pinggang hitam enam kali 'dan'. Perompak ada laki ke takdak laki, dia libas jugak parangnya. Baik engko call polis, ada pistol. Anak tetibe patah kaki lepas jatuh tangga? Call la ambulans. Paip pecah? Call plumber. Ada hantu? Call lah darussyifa. Semua laki engko jugak nak diharap setel, lemah nau.

Socializing is the oldest need of human. Kalau tidak taklah wujudnya bahasa berbagai dialek dan slanga. Lagipun, zaman dulu-dulu (tak ada lah dulu sangat, zaman mak bapak kita pun), perempuan pun ada melepak gak tahu? Kalau laki keluar rumah pi menoreh pi meraih ikan ke, hat perempuan duk rumah je ke? Tak aih, sarung selipar pakai selendang, turun pi rumah member hujung jalan. Gosiplah berjam-jam sambil kunyah biskut. Untung nasib sikit gosiplah sambil belek kain pasang, set barang kemas tak pun pinggan mangkuk. Petang lelaki turun gerai lepak main dam. Pagi makcik makcik turun rumah kawan belek barang. Fair game right? (Agaknya tu pasal kawin zaman tu tahan lama kot. Masing-masing ada outlet release tension)

Tu jugak la  punca bisnes Avon dan Tupperware naik masa tu tau dak? Sebab Avon Tuperware dan MLM jenis barangan gitu, capitalize on budaya lepak cenggini la. Sambil gosip sambil buat duit. Zaman sekarang janganlah nak harap ada kaum ibu-ibu gitu. Buka pintu tutup pintu siram bunga sangkut baju, hello, byebye. Konon sebab nak mengelak mengumpat, tapi sebenarnya malas nak start borak. Lepastu mengadu kat lelaki, bosan lah bang! Lepastu duk jaki sebab abang ada member tapi ayang takdak member, di mana kah keadilan bang!!! Saya dah lupakan semua member saya lepas kahwin tapi abang boleh kawan dengan diorang!!! Saya jeles bang jeles!!!

Opss! Terlebih sudah.

Moral of the story: 
Semua orang ada keperluan bersosial. Dua-dua laki bini kena komunikasi. Bila, berapa lama, berapa kerap, kenalah bincang supaya dua-dua puas hati. Masing-masing kena tahu dengan siapa pasangan nak berkawan. Dan bagi yang takdak kawan tu....berkawanlah. Bila tak dak kawan tu yang kepala duk fikir bukan-bukan tu.  Paham kan?

Tiada ulasan: