Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel daphne iking

Cerpen Ringan Ringan: Cinta Susu

Imej
*macam biasa kata ganti diri aku dalam cerpen ni adalah "Pisang". #harapmaklong "Berikan aku segelas susu panas, nescaya aku akan tidur nyenyak" -Anonymous ( Anonymous tu sebenarnya aku. Saja buat nampak macam quote orang- orang terkenal). Aku suka susu. Aku cinta susu. Lebih spesifik, aku cinta susu ibu. Warnanya putih cair, teksturnya tak sepekat warna susu ibu lembu. Cair, tapi manis- manis buah, berlemak. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Aku bercerai susu lebih kurang 2 tahun lebih. Waktu tu adik lelaki aku belum lahir lagi. Disebabkan dia lahir lambat(4 tahun selepas tu), aku agak manja dengan ibu aku. Ibu aku dulu mak andam. Jadi kalau dia dan bapak aku pergi jauh untuk mengandam, aku akan tidur dengan bantal busuk dan gambar ibu tahun 80-an pakai baju purple dengan pad bahu macam askar troy di sebelah aku. Kadang- kadang kalau terlalu rindu(walaupun mak aku hanya keluar untuk beberapa jam), aku akan menangis sambil cium gambar ibu aku. Paranoid kalau- ...

Jangan Marah Orang Beli Kondom.

Imej
Ada tengok OhBulan punya page tak? Ala yang pasal iklan HIV itu. Marah betul semua orang dengan Sazzy Falak sebab dia minta orang pakai kondom. time kaceh kat ruumz.com dan Ohbulan.com Eh, die minta je. Bukan dia galakkan seks bebas. Kalau aku pun, aku jumpa anak muda beli kondom, aku tengokkan aje. Tak kasi dia beli? Kalau tak bagi dia keluar kedai, buat jugak. Baik bagi aje kan. Oh marah ke mak ngah? Hakikatnya bukan aku menyokong seks bebas. Seks bebas tu salah, sangat salah. Tetapi jangan dibiarkan mereka tambah satu lagi salah dengan menyebar HIV. Satu dosa berzina, satu lagi dosa kerana menyebarkan penyakit berbahaya. Dan tu belum dosa kalau ada anak dan anak itu terbiar. Cuba tengok di negara kita. Berapa persen orang Melayu yang buang anak? Berapa persen orang melayu yang kena AIDS dan HIV? Banyak tak? Kenapa kaum lain tak banyak? Kondom ke? Ke mereka tak buat seks langsung? Hakikatnya masyarakat kita dah cukup benar menasihat tentang seks bebas ni. Pum-pang-pum-pang (...