Cerpen Ringan Ringan: Cinta Susu
*macam biasa kata ganti diri aku dalam cerpen ni adalah "Pisang". #harapmaklong
"Berikan aku segelas susu panas, nescaya aku akan tidur nyenyak"
-Anonymous
(Anonymous tu sebenarnya aku. Saja buat nampak macam quote orang- orang terkenal).
Aku suka susu. Aku cinta susu. Lebih spesifik, aku cinta susu ibu. Warnanya putih cair, teksturnya tak sepekat warna susu ibu lembu. Cair, tapi manis- manis buah, berlemak. Tiada yang lebih, tiada yang kurang.
Aku bercerai susu lebih kurang 2 tahun lebih. Waktu tu adik lelaki aku belum lahir lagi. Disebabkan dia lahir lambat(4 tahun selepas tu), aku agak manja dengan ibu aku. Ibu aku dulu mak andam. Jadi kalau dia dan bapak aku pergi jauh untuk mengandam, aku akan tidur dengan bantal busuk dan gambar ibu tahun 80-an pakai baju purple dengan pad bahu macam askar troy di sebelah aku. Kadang- kadang kalau terlalu rindu(walaupun mak aku hanya keluar untuk beberapa jam), aku akan menangis sambil cium gambar ibu aku. Paranoid kalau- kalau aku tak dapat jumpa mak aku lagi. Selepas bercerai susu aku tak terus sambung minum susu ibu lembu macam anak- anak kecil yang lain. Tekak aku demand sungguh tak mahu merasa susu ibu lembu waktu tu, kalau sudah merasa yang lebih bagus, mestilah tak kepingin nak merasa yang kurang bagus. Setuju?
Bukan mak aku.
Waktu aku 4 tahun, adik aku lahir. Satu anugerah bagi aku. Ya, dia memang satu anugerah, tapi anugerah yang aku lihat waktu itu, peluang kedua merasa air putih cair yang lemak manis. Jadi aku perhatikan adik aku setiap malam. Waktu dia makan(disusukan). Aku rekod dalam otak 4 tahun aku, sekitar tengah malam. Aku tidaklah bodoh sangat mahu mencuri waktu siang. Mencuri perlukan sedikit permerhatian, dan kesabaran, pada aku. Dan kesabaran itu berbaloi.
Malam di Gemas memang sunyi. Bebas daripada bunyi kenderaan, hanya bunyi cengkerik. Gelap. Aku tidur sebelah adik lelaki aku, yang sedang menyusu di sebelah kanan ibu. Yang lain- lain hanyut dalam mimpi masing- masing. Peluang, I should say. Aku tarik dia, perlahan, supaya tak terbangun. Peluh sedikit. Nervous. Terlepas juga mulutnya. Aku gantikan dengan mulut aku.
Ohhhhhh. Nikmat. Manis. Lemak. Perfection.
Tak terkata nikmatnya. Kalau aku hurai lagi, bunyinya macam aku sedang mengarang cerita lucah. Lebih- lebih lagi kalau Aqram yang baca.
Aku habiskan bahagian adik aku. Kadang- kadang kalau riak muka dia macam mahu menangis, aku suapkan semula. Sekali lagi, gunakan otak. Mungkin kalau berjalan lancar ada lagi peluang aku selepas ini.
Kering. Tapi aku mahu lagi. Aku suapkan adik aku kembali, lakonkan semacam dia yang habiskan. Aku pegang tangan halusnya, menyondol- nyondol perut ibu, lagak macam bayi yang sedang haus. Lalu dia diberi yang satu lagi, dan aku tersengih. Seperti tadi juga, tapi kali ini aku terlalu semberono. Bodoh
Aku tergigit sikit. Faktab.
"Oooo Pisang ingat ibu tak perasan ke?"
Aku tersedak susu. Aku pandang ibu. Ibu cubit aku. Sakit
Aku tidur malam itu dengan perut yang kenyang. Apa yang pasti, selepas ini aku tak perlu mencuri dari adik aku lagi. Lesen sampai aku 5 tahun beb!
Notakaki: Aku dah cuba, tapi aku tetap gagal buat cerita ni tak berbunyi macam cerita separa lucah.
*gambar dicilok dari google dan thedailywhat.
Ulasan
BWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
celaka! haha.
jgn salah paham. habis jakim serbu aku satgi.
-prmbaca sunyi-
sanggup mencilok turn adek semata2 nak puaskan nafsu sendiri..
wakakaka...nasib baik kenyang..kalau x,,nak rembat turn sape pulak..??keh3
aku pernah baca di sebuah belog seorang pelukis. ~.~
i dont think this quote is yours!
Got Milk?
(aididmuaddib punya tagline)
i googled. tak jumpa sesiapa pun yang pakai quote. so i claim that was mine la. macam la kes ada pompuan amerika mana tah nak claim matahari tu dia punya.