Karisma. Bukan Karim mahupun Karipap Lep Lep
Mate teman mata karisma berlaser. |
Dalam dua tiga minggu ni, semua orang sibuk cerita pasal karisma. Ni Elena Reeney punya pasal lah. Kalau korang tanya aku maksud karisma ni, aku blur. Karisma Kapoor aku tau lah.
Lantas, di waktu petang yang damai di sulami kicauan burung berkocak-kocak mengalunkan lagu di tepi sawah yang indah. Aku cuba menafsirkan karisma itu. Ha, cer crite..cer crite..
Karisma bagi awokk adalah lebih kepada AURA seseorang itu atau penampilan yang menarik perhatian. Namun, teman rase karisma ni bukan terletak pada penampilan kabornye. Ia lebih kepada sikap. Ya, sama ada nak bersikap ke hadapan menonjolkan diri atau nak membelakangkan diri malu-malu macam abang Usop tangan gelek.
Kome yang jantan ni, tak payoh lah nak jadi segan tak berlagu dengan gepren sendiri. Memanglah 'biar segan-segan' macam dalam lagu Suhaimi Mior Hasan tu. Ni lain. Maksud teman kat sini, kalau melibatkan mende-mende yang memang kome kena kehadapan sebagai lelaki, kome kena menonjolkan diri, jangan segan sangat. Kalau kome tak faham, moh teman tunjukkan contoh situasi ;
Kome dengan makwe kome pergi Giant. Nak beli meggi contohnya. Harge yang kat label, mengelirukan. Maka, kena ada salah sorang dari kome kena pergi tanya harge kat pekerja. Siapa yang nak pergi tanye? Kome yang lelaki atau makwe kome?
Mestilah kome yang jantan! Ini dak, buat bodoh. Macam takde ape berlaku. Tak pun sibuk bertekak drama,
"Awaklah, ala saya segan, awaklah, eh saya nak cari benda lain".
atau
"Apa-apa je lah sayang, saya ikut je"
Lailahaillallah jantan ni. Kome mengigau ke apa? Jadilah gentel men skit. Kehadapan menolong nanya harga tu. Nanti kome gak yang makan meggi tuh. Hish, nyusoh kan orang ajo. Cer criter...cer criter..
Teman juga nak beringat kat yang perempuan ni. Kome kalau dapat pakwe yang macam tu, jangan marah, jangan ronyang dia, kesian pakwe kome. Yang perlu kome buat ialah push-up dia. Bukan push-up bersenam poco-poco ye, push bra pun bukan. Push-up ni maksodnya beri sokongan dan galakkan untuk pakwe kome supaya nampak lebih memimpin. Macam mana nak push-up? Paling senang buat je ayat bakor-membakor. Gerak lah nanti tuh.
Pakwe-pakwe yang ado sekarang ni banyak yang kene sindrom takut makwe. Nampok je makwe nye menyinga macam Elena, kuat komplen selagi selaga, terus je yang pakwe-pakwe ni kecot telor. Ish, tak beredukesyen langsung. Nama je belajo kat universiti tapi takut makwe. Tak malu.
Untuk makwe-makwe yang beredukesyen, kome pun janganlah nak tunjuk lagak hebat macam Sofi Jikan. Karang sia-sia kena penampor Kak Limah, naya kome nanti. Tak payoh le nak jadi kueen kontrol, nak terlalu ke depan dalam semua perkare sampai hari-hari tanye gaji dah masok ke lom? Tanya duit tu buat apa-itu-ni. Fed-up deme oi!
Ok? Kalau gepren kome buat mcm tu. Kome toksah nak marah nengking, tak kemane nye tu. Bisik elok-elok dah le. Deme perempuan ado perasaan jugak. Hati deme tu macam mutiaro, sekali gugur berkecai hancur berderai macam di sampuk Yeti. Ha, cer criter... cer criter...
Bende-bende macam ni penting teman nak cakap. Kome nak ke yang lelaki ni di cap duduk bawah ketiak gepren? Atau yang perempuan ni di cap perempuan manja nak kena gentel baru gorak? Tak payoh lah macam tu, malu kome kena ngate nanti. Ingat! Karisma dari sikap itu penting!
Kikiki. Baikloh, selamat bercinte dgn jayonye ler. Hormati pasangan kome masing-masing la yer? Jangan nakal-nakal! Bubyee! Muah ganda 23 kali.
p/s : sogan benda baik takpe, tapi kalau sogan nak meromen, tampor aje kasi mampos!
- AlexiaAlwaysKlasemen
Ulasan
Charisma Man (Lelaki Berkarisma)
"A charisma man is typically a western male in an Asia country who enjoys unexpected popularity, particularly if he was nothing special in his home country."
Uh...agak2nya kenapa orang perempuan kita suka kahwin omputih? sebab dia ada karisma ke?
ye, pernah kena gentel?
@matahari
jangan risau. tiada siapa yg akan pukul kau.
@poyome
bukan masalah karisma lelaki omputeh. tapi sebab masalah gedik perempuan melayu.
@elena
ehem. belikan saya jersi malaysia boleh?
haha.
gambar...
name die hadi kan?