8 Januari 2011

Perempuan cakap tak serupa bikin sebenarnya.

Selalu lelaki yang suka cakap tak serupa bikin kan? Tapi in certain condition perempuan akan cakap tak serupa bikin.

Contohnya tengah gaduh dengan boyfriend :

"I dah fed up dengan perangai you yang macam @#!@$#^%^&^ tu okay. Putus ah cam ni"

Jadi lelaki akan fikir awek dia betul-betul nak putus dengan dia padahal bukan. Perempuan ni hanya akan tuturkan kata-kata putus di kala tengah jiwa kacau dan tengah hati terbakar.

Nanti esok lusa. Bila hati si awek dah sejuk dia akan terlupa terus kata-kata nak putus tu. Dia akan anggap kata-kata tu macam tak wujud dan akan mula berbaik dengan si pakwe. Betul. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku selama 20 tahun menjadi perempuan. haha.

Yang lelaki jangan pula gatal mulut pergi ungkit semula kata-kata putus tu. Mahunya kena pelempang terus. haha.

Contoh keadaan di shopping mall :

"Eh. I nak lah beli bag ni. Lawa sangat ni"

At the end dok membebel pasal beg tu dah puas round satu kedai tu. Last-last "Eh. I tak jadi beli lah. Pergi kedai lain nak?" . Kan macam sengal tu? Sebenarnya perempuan ni ada masalah membuat pilihan dengan tepat dan tangkas lebih-lebih lagi kalau waktu sales.Perghhhh. Memang laju gila lah otak perempuan berfungsi membuat pilihan kalau kat tengah-tengah sales. haha.

Perempuan ni mudah rambang mata. Dia takut kalau dah beli beg tu. Tapi beg lain lawa plak. Habis nak beli yang mana ni? Last-last dua-dua pun tak beli. Tapi yang pasti perempuan akan beli beg tu sooner or later. Tak percaya? Sila test kat awek sendiri.haha.

Contoh keadaan di Facebook :

Status: "I dah nak out ni. Goodnight"

Tapi tak sign out langsung dari Facebook. Kau refresh 5 6 kali lah Facebook tu. Kau still akan nampak perempuan tu masih online kat chat dia. Masih lagi hijau. Bukan bentuk bulan tu okayh. Sebenarnya perempuan tu tengah menanti komen kau orang semua wish dia good night. Takut tak ada orang wish tak dapat tidur plak nanti mimpi kena sorok dengan hantu tetek kononnya.

Contoh keadaan bila perempuan on diet:

"I tengah diet. Tak nak makan nasi seminggu tapi makan makanan jenis sayur je"

Esoknya kau tengok dia melantak sepinggan yang penuh dengan nasi lauk ayam masak merah tambah telur mata tambah air teh tarik gelas besar. Diet katanya kan? Nak makan jenis sayur katanya kan?

Contoh keadaan tengah fed up :

"Aku tak jadi ikut kau keluar esok"

lepas beberapa minit

"Ok. Aku jadi esok ikut kau keluar"

Ha. Ni yang aku selalu buat. Nak buat keputusan punya lah payah. Tak serupa bikin sudah. Kadang-kadang boleh last minute aku baru nak kata ikut padahal awal-awal rancang tak nak langsung keluar rumah.

See. Perempuan memang cakap tak serupa bikin kan? HAHA.
Lelaki pun cakap tak serupa bikin.

Cepat bagi tahu aku keadaan apa lagi yang membuatkan perempuan terpaksa cakap tak serupa bikin. :D

38 ulasan:

AlexiaAqram berkata...

ada satu contoh yang aku pernah kena dengan alexia.

"awak hantar lah saya pergi kerja petang ni eh? pukul 5 stgh petang, saya tunggu awak"

tgk-tgk dia dah bawak kereta sendiri pukul 4.45ptg pergi kerja sendiri dan kata aku lambat.

wa de eff?

tapi takpelah, aku sayang kat dia. layankan aje. hehe.

gabanMorka berkata...

aku setuju 120% dengan apa yang kau tulis

MATAHARI berkata...

haha. kalau dah sayang aku ye kan je.

"i dah gemuk la. gemuk kan?"
nak minta puji

"i keluar ngan tooot.tooot. jangan jeles tau"
nak uji thp jeles.

"u lambat la pick up i, i jalan kaki balik umah je"
aku sengaja tak pegi pick up, n dia tertunggu2 expect aku dtg kt situ. kehkehkeh.

cik senah berkata...

like this entry!! :)

Khairul Antasha berkata...

mmg tak serupa bikin pun..setujuuuu...

ada satu kes..cthnya pakwe dia g holiday/outstation..pastu pakwe dia tnya nak ape2 tak.. ala..pompuan akan jwb mcm ni.."xyah beli ape2..awak balik dh ckup buat sy.." dlm hati kemain lagi nak itu nak ini..

nn berkata...

pap! terkena sekali kat batang hidung. hahahaha

aNNa maRdHiaH berkata...

eh i like this entry . terasa ckit la .ternyata aku pun cakap tak serupa bikin . hahahaha ...

pernah sekali tu aku de date ngn ex bf aku..aku punye la tggu dia tak sampai2 lg.
last2 aku text dia..'u tak payah la datang..i de hal ckit la.tak dapat jumpa u hari ni' . padahal aku mmg dah nk dkt sejam tggu dia.last2 bila aku nk blah..dia pun sampai .
trus dia gelak-gelak..pastu dia ckp ..'elleh! tadi u ckp xsempat jumpa i,tapi nape tggu jugak ?'..
pergh .. aku dah malu siot time tuh ! hahaha ...

NAZRUL AHMAD berkata...

menari;-)

ika~~ berkata...

Terbaik!
yang first and keempat tu terkena kat btg hidung aku weh..
hahaha.

rossoneri berkata...

yang last tu mmg paling pantang lah, cancel last minute, berani ah buat kat kita, mmg xlayan ah lepas tuh... bagi kita kawan jenis nih,jenis xfikir perasaan orang..haishhh..hangin okey

Alynn Notnot berkata...

tgh2 marah tetiba cakap.

"i hate u!"

haaaaaaa mmg tak serupa bikin,

mimizuzuhaha berkata...

ada yg kene dan ada yg tak kat aku.
tapi pompuan biasala. suka di manja2 dan mengada kadang2 hahaha

nohfee berkata...

memng betol laaa. sejibik kot!! best2.

AlexiaAqram berkata...

nampak gayanya semua ada masalah cakap tak serupa bikin

ehhh, apa de hal ye dak?

redbean berkata...

hantu tetek sexy hape..

Sca Ndx berkata...

hantu kopek dalam hantu kak limah lagi best.

Hanisah Nasuha berkata...

haha , mmg biase brlaku kt prmuan .

Tanpa Nama berkata...

macam la lelaki cakap semua serupa bikin. cermin la diri woi.

Amirul (aremierulez) berkata...

Hahaha..
tanpa nama 15:20 sudah butthurt!!!

Satu lagi situasi, memilih jejaka pilihan. Yang ni berdasarkan kawan aku

"aku nak lelaki yang muka jambu macam justi bieber, rambut tutup mata macam pelakon korea. baru taste aku."

last2, couple dengan lelaki muka jawa jugak.

kah kah kah

Edi berkata...

amirul..aku suka...hahaha

cik zaza berkata...

haha..mmg betul pmpuan mcm tu.kejap ckp lain kejap lg lain pulak..

Elise Sallehudin berkata...

snang cite laki pompuan x sempurna..
yg sempurna, PENCIPTA KORG..

hana berkata...

haha..
mmg x srupe bikin la kot..
pompuan nh kn pmalu..
tu yg ckp laen tp ati kate laen..
hahaha
=D

tira azhar berkata...

first tuh bebetul kena kat batang hidung. nak pujuk balik pun payahh. huhuhu

☆aDihAys☆ berkata...

tu la unik nye pmpn?
erk..unik ke..
kalo bf leh thn xpe..
kalo xleh..
mst die nyampah abes..

eyan2 berkata...

haha yes.aku menyokong dgn angkat kaki xD

nazwin berkata...

sebijik mcm perangai aku je entry ni..hahahh

Tanpa Nama berkata...

eeerrmm..kurang stuju psl beg tu..hehehhe...

░♥si lampu neon♥░ berkata...

NI MESTI PERNAH DIKECEWAKAN SO BADLY NI MUAHAHAHA


CHECK ENTRI MANTAP NI :
# TWITTER ARTIS MALAYSIA ! #
# STICKER KERETA YANG LAWAK#
# NAK PINDAH WORDPRESS?? #

SangDaraPujangga berkata...

budak baru belajar kat sini :)

aku pompuan, tapi aku admit jugaklah yang org pompuan memang cakap cam keling je. kepala hotak fikir lain, hati rasa lain, mulut cakap lain :P

The Poyo Me berkata...

Terbaik dari ladang!

ok berbalik kepada cakap tak serupa bikin. em hakikatnya wanita ni cepat berubah-ubah fikirannya. macam saya la. mula2 bila dengar cerita dari dia rasa macam nak sokong 100%, lepas tu dengar dari orang lain eh, tak nak sokong la. lepas tu dengar pendapat pihak ketiga eh sokong pulak.

bila orang lain baca pendapat2 saya, diorg ingat saya ni jenis talam dua muka pulak haisssh.

p.s. sedang tengok AJL tadi. siti mana selendang kamu? apsal dah nampak macam 100% rambut je? oh satu lagi contoh terbaik! heeee

p.p.s. tiga kali komen dah ni. sah mengantuk sangat. lols

The Poyo Me berkata...

p.p.p.s apekah ak rase macam commentator 2011 Januari 8 15:20 menyangkakan yang alexia tulis entri ini?

ahaks.

Yuyu Johanna berkata...

hahaha.betul la tu weh...
konon konon nak putus,bese la time mara.pastu bile dah sejuk,ok je sambil wat muka x bersalah.

nakkan perhatian,mungkin?

romantiXindicate berkata...

alamak...dush dush dush...hamek kau..rase kne tumbuk kat muke..adeyh...yeay baru sedar...alaaa...bukannye ape...nak bf lebih caring n sensitif....mintak kena pujuk n etc etc..nak manje2 pon xleyh..mwahahahaha

ciK gAyah kePohh berkata...

ahhah tol la ek pompan xserupe bikin der :)) okiee haqu ngaku :)

Loyaliris berkata...

ada contoh:

Kau masuk kereta tanya BF

"Dah makan dah ke?"

Laki cakap

"Dah...tadi makan roti canai 2...Awak?"

kau cakap

"Dah juga"

* padahal belom makan..

errr..kes tak serupa bikin ke ni? mcm bukan jek pulak aku rase..huhuhu

ima althafunnisa' berkata...

okie....caye terase....-___-

tapi okie ape..mulut kate lain (hate)..hati kata lain (love)..itu tanda yg pompuan nih mmg comel..so,lelaki out there...sile bersyukur...hik3

hanna berkata...

MENARIK. mohon share :)