Pertama Kali, Kononnya lah!

Pertama kali. Bila bicara tentang pertama kali, hati kita, atau yang lebih tepat, otak kita kan terus mencari celah-celah lalang dan menjumpai satu nombor yang agak senang di tulis; satu. Mungkin seribu satu kisah mampu kita tulis di dinding sepanjang Sungai Klang atau Sungai Gombak mengenai pertama kali. Imbas kembali zaman kanak-kanak, pertama kali sebut mak, pertama kali berdiri tanpa di pegang, pertama kali menunggang basikal, pertama kali memegang bunga api sendiri di malam raya, pertama kali masuk ke sekolah, pertama kali, pertama kali dan pertama kali. Tak habis. List itu akan terus-menerus.



Gua pun macam lu’olls semua. Banyak kisah pertama kali gua. Tapi bukan tu yang gua nak share dengan lu’olls. Apa lu’olls ingat entri yang gua nak tulis ni macam diari gua ke nak kasi lu baca? No wei kata mat saleh. Gua cuma nak salami aktiviti pertama kali antara sang lelaki dan sang perempuan.

Macam-macam boleh kita cerita pasal benda ni. Sangat subjektif. Ada yang baik. Ada yang buruk. Kalau benda tu sangat istimewa, dia boleh membuat lu’olls senyum setiap kali terkenang kembali kisah tu. Hel yah! Kata mat saleh. Tapi, jangan bimbang. Lu’olls juga mampu untuk takut atau sedih bila terkenangkan kembali satu kisah pertama kali. Contohnya, pertama kali dirogol. Oh dem. Simpang patplohpat.



Apa pertama kali yang lu pernah buat dengan si Dia? Mungkin lu’olls takkan pernah share dengan orang lain. Cuma, cuba kenang. Mungkin benda tu lu’olls tak pernah kenang sebab bagi lu tak penting pun. Padahal ia adalah satu memori yang cun bila kita ingat balik. Contohnya, lu pertama kali solat jemaah berimamkan balak sendiri. Belum kahwin cuma balak. Mungkin lu rasa benda tu biasa. Tapi bila di ingat balik,

“Hey, itu adalah pertama kali aku sembahyang berdua, dan imamnya ialah bukan mahram ku?” kata lu sambil senyum lesung pipit.

Usah bicara tentang hubungan intim jahat di sini. Mungkin banyak pertama kalinya. Di love bite. Di cium depan khalayak ramai sambil melaungkan dia pilih aku dari KLCC doh. Di rakam video dalam file 3gp. Itu pertama kali lancau kepala otak lu. Kalau benda sebegini dan sebaris dengannya yang lu ingat semasa lu baca entri ni, sah, lu perlu usya balik diri lu. Tengok cermin dan berkata,

“Eh, bangsatnya kau.”

Gua tak tahu sebenarnya apa yang gua tulis ni. Celaka.

Okay sambung. Biasanya, benda pertama kali ni, bila diingat, sangat best. Serious. Benda yang sweet dan menariklah. Bukan macam benda dalam perenggan ‘celaka’ tu. Contohnya, pertama kali lu terima bunga. Pertama kali, lu makan tidur dalam kereta di stesen minyak sampai subuh sebab tak dapat nak masuk kolej yang gatenya dikunci sampai subuh. Pertama kalinya, lu pergi naik bukit tinggit, melihat pemandangan seraya Kuala Lumpur. Pertama kali, lu dapat rasa hangatnya tangan orang lain. Pertama kalinya, di tumbuk manja di lengan kerana bergurau lebih. Pertama kalinya memujuk perempuan yang keras kepala. Pertama kalinya naik motosikal. Pertama kalinya berlaga pipi dengan mak orang lain yang baru pertama kali jumpa. Pertama kalinya berkongsi straw dengan lelaki. Pertama kalinya, melukis gambar lelaki idaman. Pertama kalinya, ada orang nyanyi lagu untuk lu. Pertama kalinya, ada orang sanggup ke rumah awak dan bawa awak ke tempat yang awak teringin walaupun terpaksa menyusahkan orang tu, tapi dia tak kisah. Pertama kalinya, melepak di Putrajaya tengah malam, duduk bersila berdua dan pandang satu sama lain. Pertama kalinya, ada orang pandang tepat ke mata lu selama 20 saat. Dan yang penting, pertama kalinya, lu rasa, lu betul-betul dah jatuh cinta.


Justify Full
Tak ke lu’olls rasa semua kenangan pertama kali dengan si dia itu indah? Okay, buang semua part ‘celaka’ tu. Apa lagi yang sang arjuna? Cepat-cepat masuk meminang! Sang gadis sunti, apa di fikir lagi? Kahwin itu ibadah apa? Keh keh keh.

//semua gambar hiasan ihsan dari mr.google.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
pertama



kena tinggal. dumped.
Razman berkata…
kiranya mak shax dah berlaga pipi dengan kau la ye?
Nadia Hani berkata…
pertama kali jumpa si dia lari menyorok belakang pokok. omgggg! kenangan. hahaha
nazihahisa berkata…
haha pertama kali makan coki2 o_0 itu pon jd isu ke?

tapi kalau pertama kali mkn coki2 dgn sidia.. ok itu nice ^_^
yanyan berkata…
1st time pegi zoo dgn beloved one..ahaa..romantik tak zoo tuh? xD
The Poyo Me berkata…
Tidak pernah, tidak pernah, tidak pernah.

Tak apa, belum sampai jodoh lagi.
qalam_timur berkata…
pertama kali bangun pagi pada 5 syawal 1430H,didapati seorang wanita lena berbantalkan lenganku...Ya Allah...aku da bergelar seorang suami.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.