Jawapan tipikal kenapa kami berpisah.

MINGGU 'I DUMP YOU, YOU DUMP I'.

Jadi mari cerita pasal satu perpisahan dalam satu hubungan kekasih. Berpisah itu tak mudah tapi bercinta itu mudah. Hari-hari bagi ayat-ayat manis. Hari-hari berkasih sayang. Cara bercinta sangat mudah. Tapi untuk berpisah siapa yang mahu kan?

Bila kau dah berpisah tu kan. Mesti ada mak minah kepoh tanya kenapa kau putus dengan dia? Kenapa? dan Kenapa? Lebih-lebih lagi kalau kau dengan dia kapel dah 2-3 tahun. Menimbulkan keterujaan member kau untuk tahu kisah di sebalik perpisahan kau itu. Dan macam biasa jawapan kau mesti jawapan yang typical seperti ini kan?

Tak ada jodoh sebagai kekasih.
Tapi pasti ada jodoh untuk menjadi kawan. Teman tapi mesra mungkin?

Tiada persefahaman dalam hubungan.
Kau dah terlupa ke kau pernah juga bergaduh dengan si dia. Kau pernah tersalah anggap akan si dia. Sekarang baru nak cakap tak ada persefahamaan.

Rasa cinta itu sudah hilang.
Biasalah tu. Kalau baru kapel mesti semua indah-indah belaka. Lama kelamaan kau pun dah start bosan dengan si dia sebab menghadap benda sama je. Tapi ada usaha tak untuk make the love spark again?

Si dia bermain kayu tiga.
Sebab apa dia bermain kayu tiga? Sebab RASA CINTA ITU SUDAH HILANG. dan di sini lah kau kena pandai make the love spark and blossom again. Buat bunga cinta hati kau tu mekar semula. Siram sikit air kat bunga yang dah layu tu.

Mulut orang tak akan diam bertanya selagi jawapan macam tu yang keluar dari mulut kau. Mereka akan selidik dan selidik. Sampai jumpa punca masalah sebenar. Daripada kau biar orang lain buat spekulasi sendiri. Baik kau cerita je sedikit sebanyak punca kau mengambil tindakan untuk berpisah dengan si dia tu.

Mungkin perpisahaan itu lebih baik daripada terus bercinta jika hubungan kau dengan dia dah tak boleh diselamatkan. Terimalah keputusan si dia dengan hati yang tabah.

Letting go is better when you know he will never be yours.

Ulasan

Verdict berkata…
Letting go is better when you know he will never be yours.

dan itu aku panggil hadiah instead of pengorbanan.
Tanpa Nama berkata…
break up sebab kantoi beliau ade bf/gf lain & dah terlanjur pun.

aci dak?

jeng jeng jeng

p/s: nice entry BTW.
ierayahaya berkata…
semua jawapan tu betul dan logic.
anna mardhiah berkata…
sume jawapan tu mmg selalu aku dgr pun ..kadang2 aku pun ckp cmtu jugak tapi yg selalu aku guna 'tak de jodoh nk bwt cmne kn ?' hahaha .. terus diam mmbe2 aku sume tapi diorang cm tak puas ati jugak la ngn jwpn aku . esok lusa diorang pg tny ex bf aku lak . hurrmmmm ...

anyway,nice entry .....
edi berkata…
Ku kena alasan rasa cinta tu dah takde..lepaskan dia kerana aku sayangkan dia huhu
ayue! berkata…
sbb boyfie ko tu hamsapppp sgt. blah lu b4 jd lauk.huhu
Shareeza berkata…
ngaku je la dh berminat kt org len.... dh xde perasaan pd aku... sng kate... lelaki lebih cepat berubah hati dr perempuan...
Kc Kasedah berkata…
ehm. entah. bg aku,kalau seseorang tu menampakkan da takde rasa syg pada aku,always elak mcm2 walaupun da 2-3 tahun,walaupun da usaha mcm2,ok mmg ini saatnye utk melepaskan dia. pedih siak! takpe la. ade benda lain yg buleh buat aku recover.



*menulis komen ini berdasarkan pengalaman*
AlexiaAqram berkata…
iye ke lelaki cepat berubah hati dari perempuan? tolonggg skittt.

hehehe.
Call me, Eyka berkata…
weyh,
aku sokong ayat terakhir.

dan aku akan cakap mcm ni kalau aku dah break ngn seseorg,

"maybe aku akan di temukan dengan seseorang yg jauh lebih baik dari kau, and dats y kita berpisah. biar masa yg menentukan.."

ECEH! geli kan?

hehehe
oh nudra berkata…
btol2. stuju sgt. let him go. past is past. yg pnting, current n future
Nur berkata…
ayat last..even its hard but thats reality...huhu
TheBentPencil berkata…
Ramai orang selalu anggap kalau ada breakup mesti ada sesuatu berlaku. contoh orang ketiga la, terlanjur la, terlepas cakap la, kene bomoh la, mak bapak tak bagi la...

ni mesti selalu sangat tengok sinetron/anime/j-dorama/boliwut nih.

hakikatnya kadang-kadang memang tak ada apa pun. Orang boleh drift apart macam tu aja.
Tanpa Nama berkata…
@TheBentPencil tu semua sbb.. tp kalau hati dah tak sanggup walaupun sayang sepenuhnya.. tak boleh nak buat ape jgak..
Tanpa Nama berkata…
aku setia dua tahun,study kl tp balik kedah 2mnggu skali selama setahun..last2 kena dump semnggu nak raya puasa tahun 2009..perghhh,serius sampai skarang masih terasa lg pedih..apa ada hal??.kena layankan jugakla..alasan beliau just aku xreply msg dan beliau pun terpaut balik kat xbf :(
Fall Nish berkata…
Haha..mmg alasan ngetop!
Mem-Faktab-kan tak pernah..
Di-Faktab-kan slalu..
syal!
fleXor berkata…
@Tanpa Nama sejibik sama ngn ak, alasan pon hmpir sama.. tapi xpalah, ak pon x tau apa mslh belah dia so ak x leh nak judge lebeyh2.. selebeynya dia sndri tau hahaha..
Tanpa Nama berkata…
aku lepaskan ex bf aku sebab dia dah ade awek sblum cple ngan aku . err , ntah . au tahu dia mesti syg gila kt awek no 1 dy . so , biarla aku yg blahh .. huk3 T.T

tp aku syg dia .sedih siot .

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.