Siri Surat Cinta Pilihan : Jangan, Pisahkan Please?
Penah dengar forbidden city? Ok. Gua taknak citer pon pasal forbidden city. Sebab gua pon taktau jadaharam mende alah tu. Kehkeh. Gua sbnanye nak citer pasal forbidden love aka cinta terlarang. Jejom kita layan surat pilihan minggu ini. Jengkejengjeng~
*****
Menemui kakandaku yang jauh di cermin mata dan juga kanta lekap. Tapi, tak penah jauh di hati dan sanubari. Sob. Sob. :'( Dinda harap berat badan kanda yang dah lepas tahap obesiti tu tak turun dengan mendadak lepas baca surat dinda ni.
Wahai kakanda yang kusayangi,
Tahukah kanda bahawa cinta dinda pada kanda umpama langit yang terbentang luas, laut yang terhampar bak permaidani? Mesti kanda taktau kan? Bagus jugak. Sebab dinda tipu je. Mana mungkin cinta dinda boleh diukur. Cinta dinda bukannya gula yang boleh ditimbang. Sebab cinta dinda lagi mahal daripada gula yang ditimbang tu tau. Gula pon dah naik harga. Kemaen lagi tau. Eh sorry. Tergeram pasai gula pulak kat sini. Yela. Kanda bukan taktau yang mami dinda tu meniaga. Menyusahkan orang je kan bila barang naik harga ni.
Haaa. Kanda nampak tak betapa susahnya hidup dinda kini? Dedi dah lama pegi. Sedih pulak aih. Jadi, mami dinda tu hanya harapkan dinda je skang ni. Nak derhaka lelebih, tak sampai hati ler pulek. Kita bercinta ni pon dah kira cukup derhaka kat mami dinda. Yela, mami mane penah suka kanda. Dia kate muka kanda tu macam muka pecah rumah. Kehkeh. Oppsss sorry. Dinda tergelak pulak. Macam bersetuju je kan dengan ape yang mami cakap tu. Heeee.
Jadi kanda, since mami macam menghalang je cinta suci tulus mulus kita yang lagi suci daripada minyak masak seri murni ni, dinda jadi terfaktab. Dinda sedih. Serius sedih, tak tipu ni. Tapi, dinda pon taknak jadi anak durhaka. Percintaan yang terhalang, mana mungkin bahagia, ye dak? Kanda pon asek blur je kalau dinda suro kanda amek hati mami tu. Makan lagi banyak ada la. Kanda ni memang bengap kan? Sadis betol dapat pakwe bengap ni tau. Tetibe rase bagus jugak mami halang cinta kita ni. Huuu.
Wahai kakanda yang kusayangi (masih. KOT),
Dinda tak ingin perkara ni berlaku. Tapi, nampaknya dinda takleh nak halang. Cinta memang datang tanpa dipaksa. Tapi seringkali pergi tanpa disangka juga. Dinda harap kanda takde la sampai tahap bunuh diri sebab kita dah tak dapat bersama lagi. Anggaplah yang memang takde jodoh antara kita. Klise bukan? =.='
Lagipon, kanda dah biasa di-dump kan? Terima ke-dump-an yang buat kesekian kalinya ni dengan pasrah hokayyy... Sebab dinda pon tengah minum coke sambil makan...panadol? Oh no no no! Dinda tengah makan kuih koci ni. Cara jugak makan kuih koci sambil minum air coke kan? Haha. Ok. Jangan sedih-sedih sangat tau kanda oi. Bertabah! Oh. Jangan lupa dengar lagu Cinta Terhalang, Bob Af2 nyanyi. Kthxbai.
"AKU TAK BISA MEMILIHMU"
Yang benar takde yang benar melainkan yang benar-benar celaka belaka,
Dindamu-yang-comel-lotey-yang-cuba-untuk-taknak-derhaka-kat-mami-dia.
Ulasan
kemaruk aihhhh.
patut letak bedak sikit.
gua rasa mampu menarik minat orang lain untuk membaca juga.
Jangan tanya saya macamana saya tahu.
wth i'm teaching a hell thing? nahh.