20 Januari 2011

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Steady

Perempuan steady boleh di justifikasikan sebagai 'kapten kepada' perempuan nakal. Ia juga selalu dirujuk kepada separuh dari perempuan show-off dan perempuan low-profile. Dan lagi 30% menyamai perempuan muslimah (akan di review kemudian).

Firmly stable in equilibrium which free from change, variation or interruption.

Ada persamaan antara perempuan steady dan perempuan nakal. Walaubagaimanapun, setelah di analisis, perempuan steady lebih cool, rileks, tak cepat melatah dan kebarangkalian untuk para jejaka terpikat juga tinggi.

Contoh stereotype

1. Seseorang perempuan steady mestilah mempunyai nickname yang educated dan serba cool. Nama memperjelaskan sifat. Mereka takkan menggunakan nama dari buah-buahan, sayur-sayuran mahupun binatang seperti nama Cik Starfruit, LadyKangkung, mahupun Kak Tiger. Jenis nama perempuan steady yang boleh di ambil contoh ialah Elena Reeney, Maria Elena, SueAnnaJoe, Perempuan Jomblo, Rysa The Sheandroid dan sebagainya. Nama yang terlalu Melayu seperti nama Mahirah Kamal,  Lyana Hashim dan sebagainya tidak boleh di kategorikan sebagai perempuan steady, ia lebih sesuai di masukkan dalam kategori Perempuan Nakal. Apatah lagi kalau nama LuvElyaTiqAh, F4t3n Goj3s dan miEmiYbUchuK, tak masuk akal langsung, mungkin kategori perempuan gedik?

2. Perempuan yang steady tidak kekok menyesuaikan diri dengan perjumpaan, majlis, presentation mahupun sesi photoshoot. Berperangai gila-gila? Mungkin. Lebih penting, mereka aktif, dan lain daripada yang lain aura aksinya. Sila rujuk gambar di sebelah untuk lebih memahami definisi perempuan steady.

3. Sama ada perempuan steady itu bertudung atau tak bertudung (menutup aurat atau tak menutup aurat), perilaku perempuan steady yang sentiasa ke depan dan menonjol tidak terhalang. Dapat dilihat, jika dalam sebuah kumpulan wanita, perempuan steady lebih menarik perhatian. Maka ini menidakkan kajian Prof.Dr.Sir.Dato'.Haji. Azizi Lokman yang mengusahakan perniagaan MLM Minda Power, dimana, kenyataan beliau bahawa 'perempuan steady tak berkarisma' adalah tidak tepat.

4. Salah satu fakta yang menarik mengenai perempuan steady, mereka di kenali bukan kerana kontroversi. Tapi, kerana berkat usaha daya gigih mereka dalam kerjaya dan hobi. Ya, perempuan steady kebanyakkannya  boleh berbahasa Inggeris dengan cemerlang. Berseni orangnya dan jika dalam bidang sains, mereka di kalangan antara yang genius.

Lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan

1. Simbol Gegurl Power™.
Jangan salah sangka dulu. Ini tak sama maksudnya dengan simbol seks. Gegurl-Power™ merupakan satu trademark yang di khaskan untuk sekalian para wanita yang berani kehadapan mengetuai sesuatu isu, topik dan kajian. Mereka berani untuk bersuara, tak suam-suam kuku diam macam orang tongong. Ramai lelaki moden sekarang sukakan perempuan sebegini di jadikan teman wanita bahkan isteri supaya dapat melancarkan lagi keharmonian perhubungan agar tidak suram dan tidak membosankan.

2. Hebat di ranjang?
Mungkin fakta ini agak sedikit kontroversi. Benarkah perempuan steady hebat di ranjang? Menurut responden dalam 'Kajian Wanita Era Moden oleh Dr Fritzhaulger Watson' yang kita ketahui sebelum ini, 64 dari 100 orang responden wanita merupakan golongan wanita yang mempunyai kehidupan seks yang aktif.  Kemudian, 51 dari 64 orang responden wanita tersebut telah di kenal pasti sebagai perempuan steady. Di Malaysia, kajian seperti ini mungkin hanya valid kepada wanita yang telah berkahwin kerana isu seks masih menjadi taboo dalam masyarakat. Namun, cuba kita fikir kembali. Sifat yang di tunjukkan oleh perempuan steady yang dominan itu, adakah ia langsung tidak mempengaruhi corak laku seks nya yang lebih dominan di ranjang?

3. Pemangkin kreativiti perhubungan dalam mengimbangi status lelaki.
Ia sedikit sama dengan klasifikasi dengan perempuan nakal. Namun, bezanya di sini ialah nilai kreativiti yang lebih maksima di praktikkan. Sebagai seorang lelaki, kita mahukan teman wanita kita berkomitmen dan setia. Namun, semua komitmen dan setia itu hanya akan jadi sia-sia jika kita sebagai lelaki sahaja yang beria lebih-lebih menjaga perhubungan bukan? Jadi, resolusinya ada pada perempuan steady yang mampu memberi impak equilibrium dalam memangkinkan nilai kreativiti perhubungan. Fikirkan, anda seorang lelaki berkerjaya, takkan anda hendak mencari perempuan yang biasa-biasa saja? Nak cari perempuan operator pengeluaran je ke? 5.49 je? Nafsu kita sebagai lelaki berkerjaya semestinya nak cari yang up-up macam kita jugak kadang-kala bukan?

4. Cun-melecun dan menyerlah.
Yeah. Ini yang pasti-nya yang di mahukan oleh para lelaki di luar sana. Bergaya, dan nampak elegant. Berlilit ke, bunga besar ke, ada aku kesah™? Perempuan steady jarang untuk memakai pakaian bercitarasa pelik dan kebudak-budakkan. Macam mana pelik tu, rujuk gambar sebelah. Ini kerana, ramai di antara perempuan steady merupakan trend-setter sesuatu fesyen dan ideologi. Bila mereka mengenakan pakaian, mesti akan ramai perempuan-perempuan lain akan cuba ikut. Yang selalu ikut, konfemlah perempuan nakal. Obvious.


Kekurangan

1. Maintenance tinggi
Perempuan yang steady, memerlukan belanja yang banyak dalam mengekalkan aura mereka tersendiri. Kalau duit mereka tak di habiskan ke make-up mahupun set facial SK-2. Mereka akan habiskan duit itu dengan membeli fesyen. Shawls, heels, baju, denim, cardigans, aksesori, jam tangan, dan sebagainya. Kalau dapat yang branded, lagi suka. Selalunya mereka akan kata 'tak kesah murah, asalkan cantik'. Namun, itu semua tak valid bila ada sales di MNG. Walaupun 50% discount sekalipun, tapi 50% dari RM400, ia masih di kira mahal bukan? So, lelaki yang hendak mengendalikan perempuan steady, kena lah ada duit yang banyak. Takde duit, mungkin boleh guna senjata mulut? Kalau dapat lah.

2. Arrogant
Baiklah, ini merupakan sebuah keburukkan bersifat peribadi. Mungkin ada yang mempunyai sikap sebegini, dan ada yang tak. Perempuan steady selalu mendapat perhatian orang lain. Once thing yang kita kena tahu mengenai perempuan steady, mereka takkan jual murah dan menggedik bila ada lelaki hendak cuba memikat mereka. Jadi mereka akan jual mahal, tunjuk arrogant sedikit. Jelingan tajam dengan gaya seolah berdendam itu memang biasa datang dari perempuan steady yang cuba memberikan amaran kepada lelaki lain yang cuba menggatal terhadap dirinya. Apatah lagi kalau perempuan steady itu dah berpunya. Kita sebagai lelaki nampak ia sebagai arrogant. Namun, sebenarnya ia merupakan protected-shields bagi perempan steady.

3. Mangsa kutukan
Isu di sini mudah saja. Sebab pandangan setiap orang adalah berbeza. Ada orang panggil perempuan steady sebagai perempuan kuat mencapap. Ada yang panggil sebagai cool and fun (pandangan aku lebih kepada ini). Namun, sebagai iconic kepada perempuan nakal, golongan perempuan steady sentiasa tak lekang dari gosip, kutukan dan syarahan agama free-free di internet. Jadi, bila kita ada teman wanita perempuan steady, adakah kita akan kekal memberi supportif atau mula rasa jelek dengan segala mulut orang yang jeles? Di sini lah cabaran yang perlu di sahut oleh lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Bersedia untuk menerima tempias kutukan dari orang lain. Kalau di puji, standard lah kalau hidung kembang ye dak?

Kesimpulan


Dalam mengimbangi bilangan wanita yang semakin ramai di Malaysia, keperluan perempuan steady telah bertambah seiring dengan trend dan permintaan semasa. Perempuan steady merupakan sebuah simbol kepada perempuan-perempuan di Malaysia dalam menerajui era moden. Ramai perempuan mendambakan gaya seperti perempuan steady, namun.... Hak alah, jadi diri sendiri sudeyhh. tak payah lah nak ikut orang lain sangat.

Kan kan kan?

p/s : Nak reference ke? ok. semua gambar adalah sekadar hiasan semata bertujuan menerangkan lebih lanjut mengenai artikel ini. Gambar 1st diambil dari hentakbelipat. gambar 2nd, helly yg bagi. gambar atas ni, aku lupa mana aku dapat. tapi perempuan gambar atas ni memang steady! credit to all! 

43 ulasan:

Hellioz999 berkata...

cik awek aku ada ciri-ciri di atas (bahagian kelebihan/kekurangan)

aku setuju dengan kau alexiaaqram

ಠ‿ಠ

ika~~ berkata...

maria elena winrar!
aku suka dia.

rossoneri berkata...

hmmmmmm rajin dorang ni melilit2 mewarna warni...

Elena Reeney berkata...

Tak steady, tak cool. Boleh? Hahaha.

Indiana Johnny berkata...

Gua rasa gua ada kenal sorang awek steady nie...........EUUUUUUU....HA3

AlexiaAqram berkata...

@helly999

jaga awek kau betul. kekekeke.

@ika

maria elena forever!

@rossoneri

terbelit.

@elena

elehh, nak rendah2 diri plak. mencik i!

@indiana

jangan makan sorang.

lucifer berkata...

siot. aku gelak2 tengok gambar sambil baca entri.keh3.



maria elena! i love u!


p/s: tengah sediakan popcorn, dan 3d goggles

Hanani Izzati berkata...

best gila. :)

Tanpa Nama berkata...

kau tertinggal lagi satu ciri:

pompuan steady xpakai makeup pun dah cun melecun!!

Akulah Aqilah Itu berkata...

aku tak steady. grrrr! haha. comel kot maria.

Indiana Johnny berkata...

@alexia
gua layan aweks shawl jerrr.....keh3

Naqib Mohamad berkata...

sepatah haram pun aku tak percaya HAHAHA....
btw, xde org claim gambar ni ke bro? HAHAHA

Sca Ndx berkata...

perempuan steady? layan kepala.
itu cool.
susah nak terasa.

LORD ZARA 札拉 berkata...

Maria Elena cool!

Gambar 2nd tu dak farid guna.

XD

AlexiaAqram berkata...

korang tak rasa gambar kedua tu macam Pendekar Laut ke?

aura sewaktu putaran meda magnetik.

kewll!

luna berkata...

maria elena terbaek didunia. gambar kedua. jangan bagi aku jumpa.


personaliti sendiri, sendiri yang cipta & itu yang terbaek

Tanpa Nama berkata...

aku nak pompuan cmni la. ko bole carikan?

Tanpa Nama berkata...

guwa ade kenal gurl cmni.
cun tp xsuke mekap.
pakai simple ala2 lisa surihani.
steady je.
dugaan dan cabaran datang pon die tetap muke menten steady, xmerungut,xmengeluh,dan segala sifat sabar yang lain.
yg jual mahal tu guwa setuju tapi die macam hepi je ngn kehidupan single.

afrohead berkata...

bodek perempuan jomblo ni. haha

TheBentPencil berkata...

wah saya suka.
namun istilah perempuan steady lebih afdhol jika dinamakan perempuan selamber....kot?


p.s. Aqram, hentak belipat tak paranawei ko ke tgk gambar/nama awek die kat sini? die pembaca setia tuuuu

mahirahkamal berkata...

alamak saya perempuan nakal ke. :p
hahaha dah nama melayu nk wt cmne kan.


stu lagi entry yang saya nk like =)

AlexiaAqram berkata...

@mahirahkamal

saya tak kesah pon tak dapat perempuan steady. asalkan dapat berbual dengan mahirah kamal, saya dah cukup gembira.

aisehh! kemaen!

lucifer berkata...

peh ayat ulat bulu. kehkehkeh.

Husky Pusky berkata...

@mahirahkamal

hai mahirah saya husky. nak panggil abang bob pun bole.

mahirahkamal berkata...

@Husky Pusky

hi husky aka abg bob =)
bile nak publish magazine terfaktab. saya orang first beli. haha

Tanpa Nama berkata...

haha ! aku rasa maybe kau google pasal contact lens gambar last tu. sebab aku kenal sangat. :)

seorang mamalia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
seorang mamalia berkata...

maria elena tu steady, yang lagi sorang yang terbelit2 tu tak steady. macam nyi blorong ;p

lepas tgk kurang lebih tu aku rasa kena tempias siket. tapi aku tak beli shawls dan aku tak tau aku hebat di ranjang ke tak. hahaha ;p

aku steady ke ?? *_*

bukan penggoda berkata...

ni ciri2 norbahiyah ke?

Tanpa Nama berkata...

tak kesah la korang nak jd pompuan steady / selamber.. tapi jangan la sampai memBADUTkan diri.. kahkah

atas kepala shawl lilit 3-4 lapis, tapi baju kat bawah sendat se-lapis.. ape ke jadah tu

eiffel berkata...

wah, maria elena steady jerk xderk nk claim psl picca tuh ea...

yuup, gwa stuju ngan pndpt lu...dorg nmpk simple tp attractive!

Tanpa Nama berkata...

woww...dh ada..separuh low profile..separuh nakal..totally impress... ^_^

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama

stuju2....heehehehe...

Nyze The PumpkinBee berkata...

caya la maria elena!
buat muka buruk pun still lawa kot.
tak perlu control cun untuk nampak cun. tak perlu make up tebal 1 inch untuk jadi adorable. heh.

hazel darwisya berkata...

gmbar second tak masuk akal.
-_-'

Maria Elena (Zarul) berkata...

my friends gave me the link to this post. ingatkan ada orang kutuk! hahaha!!

thanks la ya =) tak sangka i'm in the category of "perempuan steady"! eventhough gambar tu memang macam 'eww' tapi oh well. that's me. can't help it. hehehe!!

peace yawww =D

AlexiaAqram berkata...

alamak, maria elena dah datang!

hai maria!

;P

oh farah berkata...

ehh. gambar saya pun ada. tapi saya tak steady. fine! :p

theblabber. berkata...

aku kategorikan perempuan gambar kedua itu pula sebagai "perempuan konfiden tanpa mempedulikan apa tafsiran dan kata2 nista orang". boleh kan?

haha!!

Tanpa Nama berkata...

yg suke beli brg2 jenama n mekap ni aku rasa kategori nakal..

steady ni lebih pada sempoi.. x pk pon psl mekap mahal..or brg2 mahal tp still bergaya n elok mata memandang.. n personally pada aku lg suke kategorikan steady pd perempuan yg bertudung/berpakaian sopan tp still funky n cool... die tau batas idop sbg perempuan melayu n islam..

hehe pendapat aku je!! go steady go.. ciri2 wanita idaman global

Boolat berkata...

Berdebar doh bila kawan aku share link kat fb cakap, wey cek blog nih ada gambar kau doh. haha.

p.s : sorry aku suka uli doh. hehe

Tanpa Nama berkata...

i might be late but...
FUCK MARIA ELENA

truly,
OmegaHex

Hidemichi berkata...

senang giler jadi budak ni http://lensanuna.blogspot.com/2011_10_01_archive.html ... kopipes cam entri ni dia punya...salute lah!