23 November 2010

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Nakal

Perempuan nakal boleh di klasifikasikan sebagai separa perempuan liar, separa perempuan muslimah, dan separa perempuan jiwang.

Ia berada di posisi tengah-tengah. An average stereotype due to an expression of women's attitude.

Berkawan dengan perempuan nakal umpama macam berkawan dengan sesama jantan. Maksud lebih jelas, situasi berkawan antara lelaki dan lelaki lebih kurang sama antara lelaki dan perempuan nakal.

Contoh stereotype.

1. Member lelaki adalah kaki jamming. Manakala, sebilangan besar perempuan nakal juga boleh bermain alat muzik.

2. Member lelaki adalah kaki futsal. Dan, ya! perempuan nakal juga boleh menyepak bola dan paling penting, bergiat cergas dalam sukan terutamanya tenis dan bola jaring.

3. Member lelaki adalah kaki menganjing/mengutuk. Perempuan nakal juga sebilangan besarnya kaki troll orang, dan kaki stalker yang super pantas mendapatkan info dan gosip.

4. Member lelaki adalah kaki blue. Hmm, setakat ini dalam pemerhatian, majoriti perempuan juga menonton porno. Cuma, berani atau tak berani saja yang jadi pemisah. Perempuan nakal sama berani dengan perempuan liar menonton porno berbanding jenis perempuan yang lain.

5. Member lelaki adalah kaki surau. Perempuan yang nakal juga masih beringat untuk ke surau atau masjid bila tiba waktunya walaupun dalam misi membeli-belah di shopping complex.

Contoh yang last,

6. Member lelaki adalah kaki havoc. Perempuan yang nakal memang tak sah kalau tak havoc sama. Fakta ini tepat, jika di lihat gaya ketawa mereka yang satu burger king boleh dengar.

Lelaki yang bercinta dengan perempuan nakal. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan.

1. Sekepala dalam banyak perkara.
Tak dapat di nafikan, bila gaya mereka banyak ke arah member-member lelaki, maka seorang pakwe itu mudah menyesuaikan diri dengan makwe perempuan nakal. Senang di ajak berbual dan di bawa ke tempat-tempat menyeronokkan. Of course dalam memilih tempat makan. Rata-ratanya tak memilih. Mamak pun takde hal. Tempat penuh dengan asap rokok pun bukan masalah. Apatah lagi kalau di ajak tengok wayang cerita 2Alam. Jom saja.

2. Berfesyen.
Pakwe mana yang tak suka makwe nya lawa dan trendy? Perempuan nakal banyak ciri trendy. Lebih-lebih lagi yang bertudung. Senantiasa menampilkan gaya tudung terbaru dengan membeli di blogshop mahupun online shopping di fesbuk. Celik IT. Seseorang pakwe itu jarang nak cakap terang-terang yang dia suka penampilan perempuan nakal. Sebaliknya akan mengimplikasi rasa sukanya dengan 'tak berkelip mata memandang'. Kalau yang free-hair, lihat saja pada garis di dada. Mau juling biji mata.

3. Cepat manja.
Ini merupakan kesukaan para lelaki. Biarlah di katakan nampak gay dan jiwang karat. Bila perempuan nakal mula mengeluarkan suara nakal dan manja. Hati yang keras dan marah boleh runtuh sekelip mata. Ia umpama electric-shock kerana perempuan yang nakal bijak menggunakan kelebihan pada diri untuk memikat pakwenya berbanding perempuan muslimah dan perempuan jiwang. Salah satu senjata rahsianya ialah cara mereka melantunkan suara mereka ke tahap desibel paling halus sehingga membuatkan pakwe mereka rasa nak cubit-cubit pipi sebab nakal sangat. Geram.

4. Ada wawasan.
Ini paling penting. Ada visi untuk berjaya dalam hidup seperti bersungguh-sungguh untuk dapatkan gred A dalam subjek Mathematic Method yang di ketahui antara level paling susah dalam cabang matematik. Mengajak perempuan yang nakal untuk study bersama adalah lebih mudah berbanding mengajak perempuan muslimah. True!

Kekurangan

1. Lelaki perlu setapak kehadapan.
Ini adalah risikonya. Berhadapan perempuan yang nakal bermakna menghadapi kelebihan akal yang ada pada perempuan nakal. Hanya lelaki yang tahu merancang atau jenis bertaktikal sahaja layak dan mampu bercinta dengan perempuan nakal. Jika lelaki jiwang dan lelaki nerdy. Alamat kirim salam nampak gayanya mahu menempah keranda dek tak tertahan dengan sikap menekan atau push yang ada pada jati diri perempuan nakal.

2. Ego yang lebih tinggi dari mana-mana kalangan perempuan.
Tak percaya? Bandingkan dengan perempuan liar. Pada eksperimen kod 243JHN/76 dalam 'Kajian Wanita Era Moden oleh Dr Fritzhaulger Watson', ada menyatakan ego seseorang wanita itu di pengaruhi dari 3 perkara, iaitu keturunan, gaya hidup, dan pencapaian. Menyentuh point gaya hidup atau lifestyle. Setiap perlakuan membentuk sifat. Perempuan liar hanya ego pada sesuatu yang tedesak kerana mereka lazimya menjadi liar bila terdesak dalam hidup. Namun, perempuan nakal mempunyai ego dalam setiap perkara kerana mereka sentiasa mahu mencuba pelbagai perkara dalam hidup. Hipotesis eksperimen ini jelas releven dalam menjelaskan ego perempuan nakal lebih tinggi di antara perempuan-perempuan lain.

3. Segi kewangan.
Berdampingan dengan perempuan nakal memang 100% benar wang lelaki akan jadi 2 kali ganda di habiskan untuk pelbagai aktiviti bersama. Ini kerana, keseronokkan melepak dan beraktiviti dengan perempuan nakal memang seronok tak ingat, jadi boleh terlupa bahawa rm50 sudah di habiskan begitu saja dalam masa 2 hari kerana bersama makan di Secret Recipe dan menonton filem 2Alam 3D.

Hipotesis yang boleh di lampirkan dalam abstract ini ialah ;

Perempuan yang nakal mempunyai peluang yang cerah dalam percintaan era moden berdasarkan permintaan lelaki yang kini menggemari perempuan yang trendy, cool dan bijak.

Setuju atau tak, belakang cerita, komen saja.

p/s : semua gambar dicedok dari awekcomel.net dan google image.

51 ulasan:

sHarY berkata...

mohon share.agak bernas apa yang diulaskn.

J. Abdullah berkata...

sebab gambar gua tak ada, maka gua bukanlah seperti yang diperkatakan.

assalamualaikum.

AlexiaAqram berkata...

@shary

boleh je.

@jlove

nak aku letak gambar wolverine ker?

waalaikumsalam.

Diloz berkata...

definasi lebih kepada muslimah-urban dan awek ipta.

sempoi.

Reen Amir berkata...

Sangat tepat dan bernas. Haha and funny. Nak share boleh?

EEan berkata...

Lol!! betul jugak tulisan ni..
lagi satu, kalau bercinte dgn pmpuan nakal, kene la lagi kuat tahan jeles kot.. sebab die byk kwan lelaki.. haha

paan sabri berkata...

sangat sempoi.. awek gua nakal gak.. so kne pandai pau die balek la.. bru fair and square kn?

Hellioz berkata...

nakal...

hm...

gwa jarang jmpe.
sbb rmi sgt bajet feminist
and skanky sgt

skank tu nakal ke?

AlexiaAqram berkata...

@diloz

muslimah-urban dan gadis ipta banyak merujuk kepada luaran, sebaliknya perempuan nakal lebih kepada dalaman. ya, sebahagian besar perempuan nakal ada pada muslimah-urban dan gadis ipta.

@reen amir

sila-sila kan.

@eean

betul!

@paan sabri

benar!

@hellioz

skanky ni macam show-off kot. itu dalam definasi siri tafsiran jantan yang seterusnya. tunggguu!

MuJE berkata...

haha... nape aku rase macam pernah melalui semua ini ye? =)


pssst: abg blog, ni kali ke-3 aku submit komen ni sbb captcha baru nmpak. tadi captcha cam harem! =)

Tanpa Nama berkata...

http://lyaman.blogspot.com/

The Poyo Me berkata...

gua ada kawan macamni.
yang bestnye muke mmg comel macam nora danish
tapi kalau ko tgk facebook dia puh! status "fak. go dai plis" menerangi alam. hahahah

tp gua tatap suka tudung yg dia pakai. ayu gitew. dpt menyembunyikan 'fire' dalam dirinya itu.

Tanpa Nama berkata...

beb, terase siot aku dgn blog kau yg ni.. hahah - Amidala

sarah berkata...

hye..
suka dengan entri ini.
tiba-tiba terasa terkena batang hidung sendiri..hehe
mohon share di blog saya ya.

sarahata.blogspot.com

:)

Cik Puan Muda Aisyah berkata...

memang math method sangat susah -_-"

Aurora berkata...

post alexiaaqram bru real

Tanpa Nama berkata...

habis duit 2 kali ganda???eeermm..x btol je rasa nya..hehehe...

Tanpa Nama berkata...

yg gamba awek tudung tuh, gamba blogger lya suriani kan? hermmm...

h f berkata...

this is my 2011 resolution

Tanpa Nama berkata...

kalu separuh nakal, separuh low-profile mcm mana??

mimie berkata...

aku suke artikel ni. sb kne btg hidung sndri.huhu!

ayue! berkata...

hehe..
tepat sekali=)

SpaQue berkata...

rmai yg kne btg idung sndr ek..ekeke

Fathiah Jasni berkata...

terbaik ah

JUEK berkata...

macam gampang blog kau ni. in a good way tho. chao.

xoxo

Panda berkata...

serius, memang betul. haha

mohon share . <3

^DyaNnaPandA^ berkata...

sooo true...
share ea? ;)

Tanpa Nama berkata...

OH MYYY, THIS IS SO ME.
o.o

piNky LuCiA berkata...

hmm.. kenapa tak link kan gambar? hahahaha.

cikmimmie berkata...

tepat..suka entry nie..

Farhan Ibn Yahya berkata...

tepat dan benar.
leh x share?

Fieza Areyza berkata...

ada benarnya :)

tp klu da cple ngn perempuan nakal ni lelaki2 kena la jgn cemburu buta, sbb perempuan macam aku ni mmg kebanyakkan kwn2 adalah lelaki.dr pgalaman ak,yg ak ta tahan tu bl dpt balak kaki jeles kuat, mmg ak hangin.so GOODBYE la jwbnye

cik paja hanim berkata...

best2..mohon share bole tuan umah..uhuhuh

Diana Zainal berkata...

agree and somehow think that im one of it. haha

syafiqa hayra berkata...

pergh byk gila sifat kena dekat aku . haihh . dasat btol lah . kau ada belajar ilmu apa ni doh :D ahahah

Nini berkata...

aku tak tahu kenapa aku macam terasa. entahlah, pendapat masing masing.

ok bernas!

Poison_Ivy berkata...

pelik..sebab rse posting ni de kene mengena ngan diri aku. ahaks!

tapi pe pon, aku memang setuju la posting ni dari ats smpai la ke bawah. nice post!

oh nudra berkata...

nice ;)

nunui Joe berkata...

hoho no komen..
tp terkomen plk.. :D

qalam_timur berkata...

Bercinta dengan perempuan/lelaki nakal seronok dan indah
Tapi berkahwin mesti mahu lelaki/perempuan baik.

Jodoh itu ketentuanNYA.

farhanieza berkata...

kenape aku sungguh2 tersa yg aku ada ciri2 sebegini

Tanpa Nama berkata...

sangat tepat dgn diri aku! ahaksss...

diana bahijah berkata...

sangat tepat dgn diri aku!!! ahaksss

kakak sifu berkata...

owoss..ramainye mengaku diri sendiri takboleh blah lah

Suraya. berkata...

@kakak sifu

tau takpe.mmg takley blah.ngaku dri sendiri.kah3.

Tanpa Nama berkata...

Nohorommmm trasa gila.ish..mmg kna kna btl kt btg idung sdr.(Kwn laki byk dr kwn pmpoan,pkai bj sexy tp ble p surau time kt shopping mall,laki tu akn abs byk duet sbb byk sgt aktiviti tu aku ajk wat.satu ari kuar ble smp sratus,ska marah n maki2 kt fb,pastu mnja n ble lyn je bola,keta n anything psl yg laki mnat,mmg ego tggi pun klu ble nk suh laki tu mlutut kt kaki n klu xska something ckp trang2 n xda cover2.klu ska something pun akn gtau gak.jns direct to the point la.sgt ambitious.klu apa2 nk yg gempak2 je xnk yg lekeh2).siot je prangai aku ni.kna ubah la.nnt kwen xkan nk wt prangai cmtu lg kan.xbek2..

Tanpa Nama berkata...

testing

Suraya Noor berkata...

been there...done that.hahahahaha...tp skrg besa2 ja..

Suraya Noor berkata...

nak tmbh g..bg sy,perempuan yg jenis mcm ni,tak hipokrit kot.depa lebih jujur dalam erti kata sebenaq.walaupun leh tahan jugak mulut tu,tapi sbnq hati baik..jujur dan ikhlas..wahhh..kasi up cket geng ni....
sbb tu,sy byk pesan kt kwn2 yg laki tu..kalau perempuan tu lemah lembut..jalan pijak semut pun tak mati,suara punggung sendiri pun tak dgaq..tak semestinya hati tu lembut.malah lebih panas lagi hati depa drpd yg jenis 'gila2' ni..hmm..mls la nk ckp byk.hahaha..

Unknown berkata...

taste aku pompuan cm ni
tp aku bkn jenis laki yg bertaktikal or strategi ke ape

Unknown berkata...

Ramai betul yang ngaku terkena batang hidung sendiri.. Up bakul sendiri nampak?? Bahahahahha