This is probably not an education for unnormal people.
'Nak jugakkk' tu aku bagi tajuk dalam english. Bajek kool lah? Padahal english aku time SPM sikit lagi untuk tak melayakkan aku ke matrikulasi dulu.
Eyh, sebut matrikulasi. Mai sini aku nak bercerita tentang sebuah skrip yang sama di ulang-ulang setiap generasi bagi mereka yang pernah menjejak-kan kaki ke matrikulasi.
Aku sendiri tak paham bila seseorang itu masuk ke matrikulasi, kenapa jadi shock-culture dalam bercinta? Adakah kerana matrikulasi sekadar tempat cinta monyet?
Ini persoalan yang sebenarnya bermain dalam kepala aku dulu setelah aku keluar dari matrikulasi. So, sekarang aku cungkilkan untuk kamu semua nilai sama ada benar atau tak skrip nya sentiasa berulang.
1. Lelaki yang berasal dari sekolah lelaki seperti sekolah MCKK, SDAR mahupun English Collage adalah golongan yang paling cepat kena shock-culture di matrikulasi bila berjumpa dengan perempuan cantik, hot mahupun secomel muncung itik.
Fakta atau auta?
Berdasarkan pemerhatian aku dan beberapa pendapat dari orang lain, perkara ini 75% benar.
Kalau mereka bercouple, lain macam dia punya corak agresif couple-nya. Bukan jiwang, tapi seboleh-boleh nak dapat title couple paling cool atau paling manja taik kucing kat matrikulasi tu berdasarkan cara mereka berdating.
Kalau mereka tak dapat bercouple, cara mereka memerhatikan gadis cantik molek macam seolah tak pernah jumpa perempuan. Jangan terkejut kalau esok lusa si gadis yang di target itu akan dapat nombor misteri tak di undang. Brengsek. Aku pernah kena sebenarnya, kau tahu aku buat apa? Aku kumpulkan semua nombor yang ada, tulis atas kertas, photostat, dan tampal kat setiap pintu masuk dewan kuliah. Kat kertas tu aku tulis 'Saya pria kesepiaan yang gersang dengan perempuan, call saya ASAP!' Hik hik hik!
2. Perempuan yang berasal dari sekolah perempuan seperti Convent, Tun Fatimah, ataupun seceruk sekolah perempuan kat Kelantan nun sana pun tak terlepas dengan shock-culture ini.
Aku malas nak cakap lebih. Kamu lelaki mana tau apa yang perempuan gosipkan. Kamu tak tahu kalau kami berstalker tentang kamu pasal kamu suka pakai baju pink bila main bola sepak. Kejadah apa? Kamu tak tahu kalau kami berstalker pasal kamu yang nak mengurat perempuan tapi macam nak mengurat makcik kedai kantin. Ada ke patut datang kat aku, ribut takdak, apa takdak, salam takdak, terus melulu kat aku rapat-rapat cakap ;
"Hi, aku lah Obe tuu", dengan nada garau tongkang pecah.
Lepas tu ingatkan nak cakap apa. Terus blah lari di sebalik dinding. Kepala otak kamu?
Eh, kenapa aku troll lelaki ni? Eyh, silap. Ha, kat sini aku cuma nak cakap. Perempuan memang akan gedik menstalker sesama sendiri. Itu fakta. Tapi lebih teruk kalau ada yang datang dari sekolah perempuan ni, tak habes-habes nak tarik perhatian lelaki dengan cara murahan. Oh come on lah.
Kau tau berapa kilo make-up dia? Sebatu kau dah boleh bau make-up dia. Muka putih tapi tangan gelap. Aiseh, kantoi la kak.
Ye, pakai tudung. Cantik. Tapi please lah berkadar, tak payahlah pakai sanggul bak predator. Payah aku nak tengok slide-show time kuliah bila kau duduk depan aku. Babikkkkk.
Yang penting, memang gedik perempuan dari sekolah perempuan memang berlainan. Aku rasa, tak payah aku cakap lebih. Kamu semua akan faham sendiri. Karang kena fire aku dengan bestfriend-bestfriend aku.
3. Mereka yang datang dari bandar akan tunjukkan segala macam fesyen show dan cool nya mereka terkedapan, dan mereka yang datang dari desa akan mula terpengaruh serta mula menjejak langkah tapi sayangnya, FAILED.
Di matrikulasi lah, aku pertama kali nampak fesyen pakai tudung, baju ketat, cardigans, skirt atas lutut, dan legging. Haihhhh, series masuk air.
Bagaimana pula lelaki berbaju pink? Owh, aku takde masalahnya dengan kaler baju lelaki warna pink. Kaler je pun. Namun, orang lain yang mengata, mengutuk. Kasihan. Yang mengutuk tu of course lah yang datang dari desa atau bukan dari bandar besar seperti JB, KL dan Penang. Ya, of course lah dari ceruk Tanah Merah mahupun Kokdiang. Mereka yang dari desa sukar adopt dengan fesyen dan mungkin masalah warna kot. Yang peliknya, mula-mula mereka lihat fesyen tu diorang kutuk. Tapi, lama-lama diorang pulak terikut. Aikk?
Waktu zaman matrikulasi aku, tengah gila fenomena My Chemical Romance. So, korunk faham-faham lah, jangan terkejut kalau jumpa mayat berjalan di tengah panas, menyandang buku, bawak payung hitam, dan..... kemenyan. Eh tak, itu aku tambah. Hik hik!
Senang cerita, time aku matrikulasi, aku lebih suka memandang mereka yang nerdy. Lantak lah digelar skema, tapi pakaian mereka biasa dan tak sakit mata. Ini dahlah matrikulasi aku tu kat tengah sawah. Nak pergi bandar kena naik bas yang dah tak macam bas. Boleh plak perempuan ni pakai tube saja, oh seluar jeans juga. Cuma dia cover dengan sweater dulu, bila dah sampai destinasi, bukak sweater, berjalan lah bangga dengan tube dia. Apa? Besar ke kecik? Woi, lucahh!
4. Cinta matrikulasi hanya cinta sekerat jalan. Bila dah lepas matrikulasi putuslah nanti tu.
Siapa cakap? Aku start dengan Aqram sejak matrikulasi okehh. Sekarang dah.. em, kiralah sendiri.
Ok, mungkinlah. Memang ramai yang akan clash lepas matrikulasi. Sebabnya, mungkin cinta di matrikulasi adalah cinta yang gelojoh. Darah muda, nak sebat apa saja didepan mata. Tak fikir panjang. Lepas tu, akan bakal dapat universiti lain-lain. Kat situ nak kena long-distance relationship. Tahan tak tahan je lah.
Namun, bagi aku. Cinta di matrikulasi agak kelakar. Macam-macam hal, macam-macam drama. Ada yang aku jumpa ni, oh, mungkin aku pernah cerita tentang couple yang duduk bertentangan mata tanpa bercakap selama 3 jam kan? Ok, jap aku ingatkan yang lain. Ha! Ada satu couple ni siap berbaling-baling cawan pinggan. Si perempuan tu lah, entah emosi apa dengan pakwe dia, baling segala atas meja depan orang ramai. Selidik punya selidik, hanya sebab lelaki ni pinjam nota dengan kawan perempuan sekuliah lelaki ini. Cemburu, apa lagi meradang lah. Dan..... ok, dua-duanya orang Kelantan. Hadoiyai. ;P
Juga yang aku ingat, paling hot-news dalam sejarah. Kena tangkap basah. Masuk harian metro tu, glemer taww. 'Coli di katil, gadis dalam almari'. Ingatan aku masih baik, yes!. Dan, lelaki nya Kelantan. Perempuannya.... em... Johor. Ok, sebenarnya, dia lah perempuan yang aku stalker dari tadi pasal make-up bertimba sebatu boleh bau. Hish, rimas aku. So, patutlah kan?
5. Kalau couple tu bijak menjaga keharmonian sewaktu bercinta di matrikulasi, ada peluang cerah untuk kekal ke jinjang pelamin.
Aku rasa, banyak je kawan-kawan aku yang lain masih kekal sampai sekarang bila start bercinta di matrikulasi. Ada yang dah kahwin lagi. Beranak pun ada. Sebabnya satu, diorang rajin. Time matrikulasi, diorang datang bukan sebab bercinta nombor satu, tapi belajar nombor satu. Ia di sesuaikan dengan menjadikan percintaan sebagai perangsang untuk belajar. Rata-rata couple yang aku kenal masih kekal sampai sekarang, dulu mereka banyak bercinta di perpustakaan. Agak kedengaran geli. Tapi, itulah yang terjadi. Belajar bersama. Termasuk aku sekali, aku memang suka belajar di library, Aqram kurang sikit, dia nak main bola je kerjanya, belajar malas. Tapi, aku push dia, dan ajak sekali belajar bersama di perpustakaan. Oh come on lah, aku sebagai girlfriend ada hak kot untuk buat yang terbaik untuk orang aku sayang kan ka kan? Bercinta kena bertindak, kalau diam tak buat apa bila pasangan hanyut. Itu namanya bukan bercinta, tapi melingkup!
So, bercinta di library banyak kelebihan. Diam, senyap, hanya cakap bila perlu. Kita akan nampak wajah ikhlas atau tak seseorang tu bila di library. Kalau dia banyak cakap, tak belajar manapun masa dalam library, kita boleh reject on the spot. Tapi, kalau dia tekun belajar dalam library, dan pada masa yang sama ambil berat tentang diri kau. Itu lah pilihan yang terbaik. Ia seakan umpama ujian kecil sebelum kau dapat mengenali si dia lebih mendalam di dunia luar. Amacam?
Ok lah, sampai di sini cerita dan tips aku nak sampaikan. Semoga kamu semua hepi-hepi bercinta dan jangan gaduh-gaduh. Bye!
Muaxx!
Ulasan
Lag ke bro. Ambik streamix pekej mahai skit pls. xD
Anyway good read.
wah, tahniah wa respek sama lu!
wa ade jugak member yang dari matriks sampai sekarang tahan. gile kot, sekarang dah pun grad dan da keje. gua tatau camne diorg tahan. hahaha
tp malangnya ada jugak budak yang 'what stays in matrix stays in matrix'--diorg pasang awek/pakwe kat matriks, lepas habis matrix diorg trus break. ni TERUTAMANYA yang dah ada long term pakwe/awek dari zaman skool, but still wanna look cool berkapel. konon bagi naik saham la. benci sial dgn org camtu.
so kau orang ni batch 2006/2007 la kan?
double posting detected!
sebagai budak co-ed....uh...saya terpaksa setuju. kahkah.
tapi Alexia betul jugak, budak girls school ada yang kuat berdandan. bukan apa, diorg diajar berdandan dari dulu. cth budak girl school yg sy kenal, wajib pakai perfume kat kelas. yang peliknya kat co-ed saya dulu perfume (dan mekap jugak) tu haram kat sekolah. siap dapat kad merah tu!
eh betul! berkurang markah merit wehh.
i think better u stop kaitkn dgn negri asl diorg,sgt tak adil!