Love Lesson For Men 505

Nak ke tak nak?

Situasinya malam, kamu sedang sibuk menyiapkan proposal untuk pembentangan projek lagi 2-3 hari. Kemudian, makwe kamu yang sedang kelaparan menelefon kamu untuk menceritakan dirinya lapar.

Dia menceritakan kelaparan yang di alaminya, kepenatan dia bekerja sepanjang hari. Tekanan dia di bebel oleh bos yang mentaliti kampung. Habis dia bercerita, dia bertanyakan kepada kamu ;

"U dah makan?"

Lalu, kamu menjawab ;

"Dah, I tengah sibuk ni", menjawab dengan nada sibuk.

"Ok lah macam tu, I pergi makan sorang-sorang", lantas dia meletakkan telefon, menamatkan panggilan. Kamu terkedu dengan tamatnya panggilan telefon tanpa di habisi dengan perkataan 'i love u' seperti biasa.

Korunk rasa, apa yang tak kena di sini?
.........................................................................................................

Baiklah, mari sini abang-abang, aku nak bergebang.

Seperti yang kita pernah pelajari dalam love lesson lepas mengenai perilaku obvious lelaki ialah 'lelaki kebanyakkannya straight to the point dan hanya berkalis bila membincangkan perkara yang buat dia rasa segan'. Ini valid untuk kebanyakkan lelaki lah. Kalau yang bukan macam aku sebutkan tu, dia kategori lelaki lain. Abaikan saja, kita ambil yang majoriti terjadi.

Manakala, perempuan secara obvious-nya adalah 'perempuan gemar berkalis bila bercakap dengan lelaki dan akan gemar straight to the point bila bercakap dengan sejantina sendiri'. Tapi, kalau kau jumpa perempuan yang gemar straight to the point melafazkan kata-kata kesat seperti 'fuck you' kepada kau sebab rasa kau rasis, abaikan saja. Perempuan macam itu dah takde norma Melayu tulen, mungkin terkena shock-culture. So, kita ambil yang sering terjadi lah. Oh, lupa, ini untuk definasi 'bercakap', bukan definasi menulis mesej di henpon, fesbuk atau blog.

Jadi, dari dua definasi di atas, bila bertemu dalam satu permasalahan yang nampak macam remeh seperti yang aku ceritakan tadi, ia sebenarnya boleh menambah duka pada si perempuan dan lebih teruk, mengeruhkan hubungan. Kita sebagai lelaki harus bersedia dengan situasi ini.

Masalahnya simple, ada dua perspektif, dari perspektif lelaki :

Si perempuan sebenarnya nak mengajak si lelaki untuk makan bersama, tetapi si perempuan hanya menceritakan kesusahan diri dia dan kalau dah nama nak ajak makan, takkan lah susah si perempuan nak cakap 'jom makan' atau 'I nak ajak U makan' atau more nicely, 'sayangg, jom makan' kepada si lelaki?. Si lelaki takkan faham dengan apa yang di minta perempuan kalau si perempuan tak straight to the point lagi-lagi dengan keadaan lelaki yang nampak sibuk. Nampak?

Dari perspektif perempuan :

Si perempuan mahukan si lelaki yang memahami kesusahan si perempuan pada saat ini untuk lebih 'gentlemen' mengajak si perempuan makan. Si perempuan dah bagi hint yang dia lapar dan perlukan si lelaki di sisi saat dia dalam tekanan. Kalau boleh, nak si lelaki cakap dulu, 'Ala-la kesian U hari ini, i temankan U makan k' atau lebih mendambakan jiwa, 'Demi sayang yang penat bekerja, jom I belanja makan kat Seoul Garden, makan lah apa yang U nak makan'. Tapi tu lah, cuma si lelaki ni lembab nak mati tak faham-faham apa yang si perempuan nak. Boleh?

Bila perspektif ini bertembung, akan terjadilah pertikaman lidah antara makwe-pakwe ini. Masing-masing akan membangkitkan alasan seperti lelaki yang memberikan alasan ;

'kenapa U tak cakap terang-terang?',
'berat mulut ke nak ajak makan?',
'lagipun I dah kenyang, banyak kerja'.

Dan si perempuan akan memberikan alasan ;

'U memang takkan faham I kan?',
'sampai hati U buat I macam ni, I makan sorang-sorang tau tak? Kalau I kena culik macam mana? U kejam',

lebih tragis,

'U punya sibuk je U ingat,I punya sibuk boleh je I temankan U makan?'.

Ok, dah masuk kes mengungkit. Rilek-rilek. Dah-dah jangan gaduh-gaduh.

Untuk menangani masalah ini, aku lebih suka menitik-beratkan perancangan awal. Ya, para couple yang berkomitmen dengan kerjaya di luar sana harus menyematkan diri untuk merancang lebih awal. Tempoh 3-4 jam sebelum date pun ok jugak. Jangan time nak berak, time tu baru nak buat jamban. Time tu lapar, time tu baru nak pergi makan. Kan lebih elok cakap awal-awal, walau kau sibuk, tapi sebab dah janji awal, masa boleh dirancang, kan? Jadi atau tak belakang cerita. Aku bukan nak blame perempuan sepenuhnya, lelaki tu pun sama ada salahnya. Aku cuma mencungkil masalah ini ke pengetahuan umum supaya lepas ni masing-masing boleh ready, boleh hadapi dan tak lah sampai nak bergaduh baling henpon. Aparaa macam budak kecik. Bila dah gaduh, menangis, pilih KLCC atau diri dia, lepas tu bercium tepi jalan. Macam babi.

Sekian, muaxx!

p/s : pasal makan pun nak gaduh, buat makan hati je!

Ulasan

TheBentPencil berkata…
haha!
ade gak ko selit KLCC di situ.
ko tau tak, even lecturer ak sibuk dok parodykan budak tu dgn ak.

"die pilih KLCC DOW!" katanya dengan gaya hip-hoppers anak empat.
dee berkata…
sumpah best..hahaha..KLCC pom ad! lalala
Unknown berkata…
huhu..blog ni dh lama ada.tp baru jumpa semalam.so,hari ni baru stat baca dr 1st entry...hehehe....part KLCC best.
tp nk ulas gk cket pasal isu utama tu.
yup..lelaki mmg susah nak paham.tp depa jnis easy sbnqnya.masa baru kawen,sy ni jensi segan nak cakap,nk mtk tolong topup pun segan,mcm2 lg la..last c suami tak paham.kita merajuk.tp sudahnya,suami bt taktau sampai sudah n heran knp sy merajuk.bila dicerita,cmtu laa ayat dia "laaa...awt tak habaq"..
la ni dah tau dah...jarang la nk bg hint ja..terus ckp n supaya hati tak merajuk.sbb kalau merajuk buang masa ja.bukan dia nak paham pun.hahahahaha...RUGI MERAJUK!!!!
Unknown berkata…
Pasangan perlu la saling memahami dan sesuatu keadaan~ Jika ada masih yg tidak berpuas hati sila berbincang~~ ^^,

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.