19 November 2010

Welkem 2 da klab!

Dalam tempoh dua hari ini, Terfaktab United berjaya mengikat kontrak bernilai hampir 150juta pound untuk membeli pemain baru menyertai Terfaktab United. Nilai ini pastinya tiada tandingan. Memecahkan nilai Kristiano Runaldo mahupun juga El Maximus.

Berita baik ini pastinya memberi semangat baru kepada pemain tua bangka Terfaktab United, lain tak bukan Shafiq Cikarito. Berikut temubual yang sempat di catat bersama Shafiq Cikarito ;

"Pastinya dengan kehadiran Mr.K dan Predator J.Abdullah mampu menyerap tekanan para pasangan bercinta yang tercari-cari arah. Ini penting dalam memastikan Terfaktab United kekal klasemen di galaksi blogsfera"

Ya, pemain baru itu ialah Mr.K yang mistirius dan Predator J.Abdullah di mana masing-masing merupakan heroic icon di kampung masing-masing.

Mr.K merupakan pemain yang misteri. Gerak langkah penulisannya kerap memeningkan pihak lawan. Pasti ramai yang akan menanyakan soalan cinta misteri kepada dia. Ilmu apa dia pakai, wallahualam kami pun tak tahu. Kita tunggu saja lah macam mana dia nak bagi Terfaktab United untuk kekal klasemen dan pecah punggung.

Manakala, Predator J.Abdullah merupakan yang tidak asing lagi di kalangan penggemar troller kerana kalau silap langkah berkata, mau di siku lipatnya sampai tak bangun. Mungkin dia boleh di jadikan striker dalam percintaan. Awas! Kehadirannya pasti menggamit suasana. Namun, kami tak gentar dengan J.Abdullah, apa barang takut dengan perempuan?

Sekian saja laporan ringkas dari kami, roger n out!

2 ulasan:

J. Abdullah berkata...

faking lu karim. lu takleh letak gambar gua yang market sikit ke?

AlexiaAqram berkata...

kah kah kah kah!!!!!!!