Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hiv

Siri Surat Cinta Pilihan : Pengakuan Berani Mati

Menemui isteriku yang dicintai separuh hati. Lagi separuh untuk bakal madu awak. Kehkeh. Tujuan abang menulis surat ini adalah untuk memberitahu sesuatu yang abang tak penah gtau ayang. Abang rasa abang tak boleh mati dengan tenang selagi abang tak buat pengakuan ni kat ayang. Walaupon agak berani mati, takpelah. Abang redha juga pasrah. Sayangku, Sbnanye, sebelum kita kawen, abang mempunyai sejarah yang sangat hitam. Kurang sket je hitam daripada kulit ayang tu. Tapi, abang tak penah pon gtau kat sesape pasal sejarah abang ni, terutama sekali mak ngan abah. Kat ayang lagilah! Memang tempah maut kalau abang gtau.  Tapi, itulah... Sejarah hitam ni orang kate nak cerita pon serba salah jadinya abang ni. Tapi takpelah. Abang rase abang kena gtau jugak kat ayang. Ayang pon bukan boleh sembur abang depan-depan kan, sebab ayang hanya mampu baca surat ni. Kalau ada pon rasa nak mencarot, ptuih jela di surat ni yang ayang mampu lakukan. Adakah ayang sudah bersedia? Here we go... Cewah....

Tips Cinta Lahanat #1 (Warning NSFW)

Imej
Aku ada nafsu. Kau pun ada nafsu. Semua orang ada nafsu. Tidak kiralah nafsu makan, nafsu serakah, hawa nafsu mahupun Ahmad Nisfu. Nafsu itu perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kau ada pasangan hidup. Kau mahu pasangan hidup. Siapa tidak? Ya mungkin kau akan cakap benda- benda seperti "aku cinta dia kerana aku tertarik dengan hati budinya" and so on, tapi aku yakin perasaan itu tidak datang tanpa sedikit atau banyak tarikan seksual. Setuju? Raut wajah yang cantik, rambut ikal mayang, pipi yang gebu, pinggang yang ramping, itu semua attributes fizikal yang subjektif yang menyumbang kepada tarikan sexual. Bernafsu. Bernafsu tatkala melihat seseorang yang mempunyai ciri- ciri fizikal yang subjektif tadi. Jadi kau mulakan langkah pertama. Mesej teks yang pertama, email yang pertama, apa- apa sajalah yang pertama, dan kemudian pertemuan muka ke muka pertama. Rupa parasnya lebih menarik daripada dalam gambar. oh damn. kau semakin bernafsu. uhh uhh (sengaja tambah sound effect)...