Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selamat tinggal

Penutupan Terfaktab

Imej
MAKLUMAN & HEBAHAN Pada November 2017 ini, Terfaktab akan menyambut ulang tahunnya yang ke-7. Sepanjang 7 tahun Terfaktab di dalam arena penulisan dan perbukuan, kami telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan dalam memandaikan masyarakat dengan buku-buku terbitan kami. Namun, segalanya seakan tidak menjadi dalam 2 tahun kebelakangan ini akibat kesan kelembapan ekonomi, penurunan mendadak minat membaca masyarakat terhadap buku dan masa depan industri buku yang terumbang-ambing. Hal ini membuatkan kami terpaksa melakukan keputusan yang berat dan pahit. Dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Terfaktab Media akan menutup operasi penerbitan pada akhir Disember 2017 ini. Keputusan yang berat ini merupakan keputusan sebulat suara anggota dan wargakerja Terfaktab Media setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak. Bak kata pepatah; "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Sehubungan dengan itu, sebelum penutupan operasi Terfaktab Med...

Godaan yang terakhir.

Imej
Bismillahirrahmanirrahim -- Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum w.b.t. Serius jari aku terketar-ketar di saat aku menulis entri ini dan perasaan aku sebak tak terkira. Menahan air mata daripada berjujuran jatuh ke atas papan kekunci, aku gigihkan diri menaip sepotong entri, terakhir, buat tatapan bersama. *senyum* ***** Orang kata goodbyes are never easy. Tapi pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan, lalu harus diturut kata yang mana? Eka teruskan perjalanan membelah sepi malam. Fikirannya kusut.  Bagaimana mahu diletakkan satu titik noktah pada satu perhubungan yang dia tahu tak elok di sisi agama yang dia anuti sedangkan dia sendiri tersepit dengan perasaan sayang yang menggunung pada seorang lelaki ajnabi - Man. "Babe, I never said that it's gonna be easy. But just believe that Allah will always ease our true paths." Husna menepuk lembut bahu teman sebiliknya. "Takde sempena apa-apa, tap...

Seorang Arjuna Mahu Bertemu Bunganya.

Imej
Zinedine Zidane - 10 minit terakhir sebelum tamat perlawanan terakhir - satu simbolik cinta agung yang gagal. Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan kumpulan penulis Terfaktab kerana memberi saya peluang untuk saya menulis di blog ini. Sebelum saya masuk Terfaktab ini hampir setahun yang lalu, siapalah diri ini. Belum pernah aku bertemu di kedai buku dan ada makwe yang menegur "hey, ini Nami ke?" masa tu. Masa tu jangan mimpilah aku punya novel yang masuk Top 5 sales dalam section Bahasa Malaysia di Kinokuniya. Sebelum aku masuk Terfaktab, aku kosong, kosong, ooohh! Ya - hubungan saya dan Erica Micheal telah gagal baru-baru ini dan para haters telah menyambut Hari Raya mereka lebih awal sebelum puasa lagi. Seperti Zidane berjalan melewati Piala Dunia di Kota Berlin pada tahun 2006, saya akui ini adalah tusukan dalam hati paling dalam. Ini adalah perkara paling berat yang pernah saya terima sejak kematian arwah Elly, dan arwah Ez baru...